Followers

Tempat cari pasangan



Assalamualaikum..


mari mari ada tips gempak. ececehh. ditujukan khas pada sesiapa yang sedang mencari sahabat, teman baru, pakwe, makwe, kekasih, skandal atau sekadar menambahkan teman yang dah sedia berbas-bas. kalau korang rasa nak cari orang orang dalam list di atas tu, kat sini la tempat yang paling sesuai.




1. Pusat membeli belah.

pusat membeli belah memang semestinya tempat untuk cuci mata.  selain cuci mata tengok baju baju yang melambai lambai mintak poket keluarkan duit, kita juga bole cuci mata tengok pakwe pakwe hensem atau makwe cantik. mana tau ada yang melekat nak berkenalan. selain dapat kenal hati budi, mungkin dapat bonus ada orang belanja.


ada sesiapa yang berkenan di hati?


2. Internet

medium internet memang tempat untuk orang berkenalan dan menambahkan kawan. tambah tambah sekarang ni banyak laman sosial macam facebook dan pencicit a.k.a twitter. orang yang tak pernah tegur sebelah rumah pun boleh jadi kawan. tapi dalam internet jugak ramai orang yang tak boleh dipercayai, so kena hati hati ye.



3. Kenduri

tak kira kenduri kahwin mahupun kenduri tahlil, macam macam orang yang boleh kita jumpa masa kenduri. sambil sambil makan tu mata boleh la melilau cuci cuci mata sikit tengok yang mana berkenan di hati. mana la tahu minggu ni korang datang tengok orang naik pelamin, minggu depan korang pulak terus naik pelamin kan.



4. Pejabat, Universiti mahupun sekolah.

cinta satu pejabat , universiti atau sekolah? atau kata lainnya cinta satu tempat? so sweet kan. pergi kerja atau belajar sama sama,  makan sama sama, balik sama sama.  tengah tengah buat kerja boleh main kenyit kenyit. hooho,  so sweet. ramai juga kawan aku yang bercinta masa zaman sekolah dulu tapi still bertahan sampai sekarang dan ada yang bertahan sampai kahwin. memang sweet. 




5. Kem atau kursus

dekat kem atau kursus pun kita boleh tambah kenalan. terutama kem yang melibatkan kita bercampur dengan orang dari pelbagai institusi. masa ni la nak kenal kenal dan mintak nombor telefon. mungkin dari sebuah perkenalan singkat boleh kekal sampai bila bila.




6. Restoran atau cafe

orang zaman sekarang kan suka makan atau lepak dekat luar. terutama lelaki yang suka lepak tengok bola malam malam dekat mamak. tengah tengah makan tu apa salahnya tinjau tinjau keliling mana tahu ada yang single tengah tunggu untuk ditegur. tapi jangan sampai tersalah main mata dengan bini orang pula. karang nahas jadinya.



tapi Awas!!  entry ni bukan nak galakkan korang berkapel atau menambahkan bilangan pasangan pasangan yang suka buat maksiat yang sedia ada tapi sekadar perkongsian maklumat. tak semestinya tips ni untuk cari pasangan, boleh je amalkan untuk cari kawan yang sama jantina jugak.



dan sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. kalau kita tak cari pun kalau Allah dah tulis tu jodoh kita, tak ada sape pun boleh lawan takdir kan. mana tahu korang tengah lepak lepak buat tahi mata dekat rumah, datang anak Yusof Haslam meminang. hah, terkejut beruk jiran sebelah.


dekat toilet tak boleh cari pasangan yek!





3 comments:

Miss Zahirah said...

kat internet pling cepat kot..
hehehe..
btw... blogwalking here.. ;)

ajax85 said...

oooo..kat internet xpernah dtg..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Unknown said...

dapat yg satu kolej.. tak sempat nak cuci mata kt tempat lain.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...