Followers

Fieldwork Lenggong..


Assalamualaikum....


awas!!  ini adalah entry cecah lantai... sila kunyah gula-gula supaya anda tak mengantuk!!


before nak cerita kisah yang dah basi ni, kena bukak balik album pegi ke sana untuk recall balik memori yang dah padam.. entry ni sebenarnya nak cerita pasal fieldwork ke lenggong yang laporannya pernah di ceritakan sebelum ini..sapa yang tak tahu boleh tengok sini...


kami bertolak dari ukm pukul 6.30 petang dan masa tu sangat rushing sebab kelas sepatutnya habis pukul 6 n kena bertolak pukul 6.30.. sampai ke Resort Tasik Raban pukul 12 malam n terus check in dorm dan tido..




siyesly aku suka sangat Resort Tasik Raban ni sebab kami tidur di dorm..  dorm pon tak dorm sangat la macam rumah..ada 4 bilik yang tak berpintu n setiap bilik ada 1 katil double dan 1 katil single..  yang aku suka sangat sebab suasana kat sini mengingatkan aku zaman duduk dorm masa sekolah n matrik dulu...  suasana lepak ramai-ramai bergosip, makan atas katil ramai-ramai, lepak depan tv main terup..  siyesly aku rindu sangat-sangat zaman dulu..  huhu, rasa nak menitik air mata teringat kat zaman dulu...  resort ni jugak kat tepi Sungai Perak..   memang tenang sangat kalau duduk sini...




pagi tu kami pergi Stesen Janakuasa Elektrik.. sure tak ramai yang pernah datang ke sini sebab tempat ni bukan untuk lawatan pon...  tapi kami masuk dengan kebenaran ye, bukan secara haram...


tinggi gila bangunan dia.. dekat dalam ni ada mesin-mesin janakuasa...


semua operasi dikawal oleh komputer...  itu la gunanya teknologi...




di dalam stesen janakuasa tu...  memang sangat seram sebab kita ada dekat bawah air..  kalau runtuh je, abis la...


tadi lalu dekat bawah, time balik lalu atas pula...  gayat tuuu~


ini la empangan Chenderoh yang bagi kita online d0plohpat jam...  kalau tak ada benda ni, tak ada la eletrik dan tak guna la ada laptop pun...


petang tu kami buat kajian soal selidik dengan orang kampung kawasan situ...  kami nak tahu apa kesan pembinaan Stesen JanaKuasa tu pada kehidupan seharian diorang...  overall diorang cakap okeii je, tak ada kesan...  


tapi yang lawaknye mula-mula kami sembang dengan 2 orang pak cik ni, lepas tu datang lagi kawan-kawan dia..  last-last nak dekat 10 orang duduk lepak situ sembang dengan kitorang... dan yang paling best, ada pak cik dua orang ni siap berbalah lagi sebab dua-dua cakap lain dan masing-masing nak menang...



dah berada di lenggong kalau tak pergi melawat pak cik sorang ni memang tak sah la kan? dari lawatan sekolah sampai lawatan u, mesti melawat dia ni...  sape lagi kalau bukan pak cik Perak man...



tapi yang spesialnya kami dibawa sampai ke gua tempat diorang jumpa Perak Man ni.. masuk dalam tu kena jalan 2 km... adat la, gua mesti la dalam hutan kan??  takkan la gua dekat depan KLCC!!



dan sebelum balik kami singgah dekat tempat Labu Sayong pula... (lawatan lepas PMR sangat kan.. ^,^' )

tapi dekat sini siap ada pertandingan siapa buat Labu Sayong paling cantik...  dan semestinya aku bukan pemenangnya...  huaaaahaha....



see...!! semua orang semangat nak menang... tapi tak menang pun dapat jugak bawak balik hasil kerja tangan sendiri...  bole la tunjuk dekat cucu cicit masa dah tua nanti...














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...