Followers

Duit BR1M 3.0 2014 Dah Masuk



Assalamualaikum..


Pukul 11 pagi tadi kawan aku up status kat twitter mengatakan duit BR1M dah masuk. Katanya kawan kakak dia pergi cek akaun pagi tadi dan duit tu dah ada. Then, kawan aku lagi sorang pun cek akaun dia dan tengok dah dapat dah. 

So siapa yang ada apply boleh la pergi cek. Apa yang aku tahu kita tak boleh semak online. Kalau nak semak online pun kena hantar email kat br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my. Ataupun call hotline diorang kat 1-800-88-2716. Kalau nak senang, pergi cek manual je dekat mesin ATM yang berdekatan. Senang terus withdraw je.




Kalau ikutkan, keputusan sama ada kita dapat ke tak duit BR1M ni 22 Feb 2014 baru tahu dan duit tu mula diedarkan 23 Feb 2014. Tapi 22 dan 23hb kan jatuh pada hari sabtu dan ahad. So mesti lah diorang awalkan atau lewatkan sampai minggu depan nak tunggu hari bekerja. 

Ekceli aku pun tak sabar nak cek dapat ke tak. Hihi. Jom pergi serbu mesin ATM. >,<





JPJ Bakal Laksanakan Ujian Memandu Kereta Automatik



Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.


Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.




- Info dari Oh Media via Infokereta.com


New Stage In My Life



Assalamualaikum...


New stage in my life yang dimaksudkan oleh tajuk kat atas tu bukan kahwin ye. Bukan tunang jugak. Its all about study. Budak tak cukup umur tak boleh cerita pasal kahwin-kahwin lagi. ^,^  


As I mention before, aku kan baru daftar sebagai student master. Dan semalam merupakan first day lecture for my master life. Situasi tak banyak berubah as I'm taking the same course as my degree. Lecturer yang mengajar pun sama macam degree dulu, kelas pun tak banyak beza. Cuma yang membezakannya ialah my new coursemate. 


My new coursemate is not like Malay, Chinese, Indian or others yang Malaysian juga. But there are from Iran, Yaman, Afghanistan, Iraq. Kalau aku tak belajar dekat U yang aku dah penah belajar, mesti aku akan rasa macam 'hmm, aku study kat negara Arab ke ni?'. Untuk course aku je memang tak ada Chinese and Indian langsung. Perempuan majoriti Melayu plus satu dua foreigner, lelaki majoriti foreigners plus dua tiga Melayu. 


Dan kalau tengok umur masing-masing, perempuan Melayu ni je yang muda-muda lepas grad. Yang lain tu, I think dah anak dua tiga dah kot. Yang foreigners tu pun ada yang teacher. Yang aku tau teacher tu je la. Yang lain tak tau kerja apa. 


Untuk yang coursemate aku dulu, empat orang je yang sambung sama dengan aku. And kitorang je la yang memang dari kos yang sama masa degree. Yang lain tu ada dari geologi, kimia and so on. Btw, rindu zaman degree dulu. But life must go on. :'(




:'(



Kisah Cinta Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah Yang Sweet


BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga.
“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.




“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin. 
“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.

Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.
“Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya” – Tun Dr Siti Hasmah.
Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan …
Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.
Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke Tun Siti Hasmah.
“Why you came back? U are wet!” Tanya Tun Siti Hasmah
“I came back because I love you” balas Tun Dr Mahathir.
Bukan cinta pandang pertama 
MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. DrMahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.
SALING memahami. 
“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..
Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.
Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya.
“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.
Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmahtidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.
“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya.
Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinan mereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.
“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’. 
“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami, katanya.
Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan
Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama.
Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.
“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari. 
“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka danapabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dankami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu.
Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.
Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak.
Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.
“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai. 
“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya.
Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa.


Life Come Back : Jadi Student Semula


Assalamualaikum...


Hai.. hai.. haii...

Dah lama sangat tak update blog. Almost 3 months menyepi finally dapat juga buka blog dan bermain kata kembali. So, whats happened in my life? Too many thing to share. InshaAllah, semuanya akan dicurahkan ke dalam blog ni. 


Majlis Konvokesyen

Biggest thing first, Alhamdulillah syukur sangat-sangat dah berjaya menerima segulung Ijazah SarjanaMuda Sains Sekitaran dari UKM 4 bulan yang lalu. Lama dah pun, tahun lepas. 29.10.2013. Bersyukur sangat-sangat sebab dapat habis pada masa yang ditetapkan tanpa perlu extend walaupun banyak sangat cabaran dan dugaannya. 




Kerja

Macam yang aku share sebelum ni, aku kerja dengan satu company swasta. Tapi mungkin rezeki aku tak ada dekat situ. After 2 months tanam anggur yang tak berbuah, kawan ayah offer jadi kerani part time kat Stesen Petronas dia. Kat sini banyak sangat perkara baru yang aku belajar. Walaupun sempat kerja sebulan je, tapi best dan sayang sangat nak tinggalkan tempat tu. Nak buat macam mana, Allah dah tentukan jalan lain untuk aku.



Sambung Belajar

Alhamdulillah, rezeki aku dekat sini. I'm back to UKM. Dulu aku sendiri yang tak nak sambung master, last-last aku juga yang kembali kat sini. Hopefully ini jalan yang terbaik for me and my family. Lambat kahwin pun lambat la. Pasrah je. -_-

Kali ni kena lagi gigih, 6 bulan duduk rumah tak ada fikir pasal belajar langsung, dah tepu sangat otak ni. Kena cari pengasah balik ler nampaknya. Hopefully pengalaman masa degree dulu akan bantu aku untuk hadap benda alah master ni. And hopefully tak ada homesick homesick dah. Dah besor wei, tak boleh berkepit ngan mak je.


And all that happened in my life either good or bad, i'm positive with it. Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita. With that, I will always happy and bersyukur. InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...