Followers

Tudung Aidijuma Murah



Murah wehhh.... Memang dah lama dengar yang Aidijuma dekat Mydin Mall MeruRaya ada buat jualan murah. Tapi setiap kali pergi situ, mesti lupa nak singgah. Yela, kedai tu dekat luar, kita selalu shopping dekat dalam kedai kan. Mesti la tak perasan.

So semalam last minit punya plan, me and my mom berbuka puasa dekat luar. Ayah hantar sebab dia ada kerja lain. Sampai Mydin dah pukul 7.00 malam dan nasib baik hari Isnin, tak ramai orang. Tapi foodcourt Mydin tetap full as usual. =____=

Biasa la dah nak dekat raya ni memang banyak jualan murah. Sampai luar Mydin diorang buka gerai macam-macam. Then lalu depan Kedai Aidijuma tengok ada dua bakul besar tudung dia letak dekat tepi kedai tu. Tapi tak ada orang yang tengok pun.

And Uollz guess what, dalam bakul tu ada tudung bawal three tone yang harganya RM3 SAHAJA!!. Mula-mula macam tak percaya juga. Murah sangat tu. Selalunya paling murah pun lima hinggit kan? Ni tiga hinggit je, sapa tak terkezuttt kan??


Tudung cantik, tuan dia pun cantik. :)

Lepas kitorang start belek-belek tudung tu baru la orang lain datang ramai-ramai duk kerumun. Nasib baik dah habis pilih dah. 5 helai aku bantaii. Puass... !! Yang best tu sebab kualiti dia okei. Selalunya kalau tudung murah sangat ni mesti kualiti tak okei. Benang tercabut la, warna tak cantik la, jarang sangat la. Tapi yang ni memang kualiti sangat elok. Tak payah nak pilih teruk-teruk, pilih nak warna apa je. 


p/s : Tudung halfmoon RM3 ada tak? haha


Rutin Hidup Praktikal



Hye peeps.

Akhir-akhir ni aku suka baca satu blog ni . Bobostephanie.com . Okei, pernah tengok tak? This blog is Blogger of The Month for July dekat Nuffnang. Of coz la blog ni menarik, kalau tak takkan la boleh jadi blogger pilihan Nuffnang kan? Yang best pasal blog ni sebab dia banyak cerita pasal dia travel ke oversea and about her LOTD (Look Of The Day). Fashion! Tapi fashion for non-muslim, yang muslim jangan ikut pulak ye.


Back to the topic. Hari ni 24 July 2013, genap sebulan aku praktikal dekat PPK Sungai Siput. Sepanjang sebulan ni, I think putaran hidup aku sama je and it's quite boring. 




Weekday activities sekarang ni : Isnin sampai jumaat sama je. Bangun sahur pukul 5 pagi, lepas makan tidur balik sampai pukul 7 (Sangat tak bagus, jangan ikut tau!). Pukul 7.30 pagi bertolak pergi kerja then kerja office hour 8 pagi sampai 5 petang. Sampai rumah dalam pukul 5.30 then tengok tv sambil tunggu berbuka. Lepas berbuka, dah solat semua sambung tengok tv balik.

Kitaran tidur pun dah awal. Masa study dulu, tidur pukul 12 memang waktu standard. Berjaga sampai pukul 2 @ 3 pagi pun normal. Tapi sekarang ni pukul 10 malam dah masuk tidur. Jangan harap la nak menunggu depan tv tengok Ramadan Yang Hilang. -,-'


Weekend : Kalau sabtu ahad selalunya keluar. Kadang-kadang pergi beli barang, jalan-jalan dan tengok wayang. Dalam sebulan ni je dah tengok dua kali movie . Selalunya sebulan sekali nak tengok wayang pun susah. Hah, nampak tak betapa boringnya hidup sekarang ni?!




Really miss zaman belajar dekat U, kalau tengok kitaran hidup sekarang ni dah macam balik ke zaman sekolah dan matrik dulu. Kelas Isnin sampai Jumaat, Sabtu Ahad je cuti. Bezanya sebab dulu duduk hostel tapi sekarang duduk rumah. But I'm still happy sebab dapat makan makanan ibu hari-hari. :)


Pergi KLCC jumpa Kim Jong Kook




Sebelum habis exam dan before semua batchmate balik kampung masing-masing hari tu , kami keluar ronda-ronda KL untuk terakhir kalinya. Cadang nak pergi berkhelah ramai-ramai. But end up pergi meronda KL. It's only six of us. But it's really enjoy sebab ini memang yang terakhir, tak tahu bila lagi dapat jumpa kan. So memang berjalan sakan dari 10 pagi sampai 10 malam baru balik. 



Shila , Si Kecik Pink , Jiha , Ecah , Shiro and Miah tukang ambil gambar. Sampai-sampai, semua pakat pergi cari food court dulu. LAPOR . Isi perut bagi kenyang, baru semangat nak berjalan. Tapi makan di SOGO cekik darah giler. Nasi, ikan bawal, sayur rebung dan sambal belacan SAHAJA sampai lapan hinggit. Kalau dekat tempat lain baru empat hinggit. Ggrrrrr......



First destination, syurga membeli belah bagi perempuan. SOGO dan Jalan TAR. Ekceli, i'm not a shopaholic. Tambah-tambah bila dah hujung-hujung sem dan nak habis belajar ni. Poket pun dah kering. Tapi bila dah berkawan dengan wanita-wanita yang shopaholic ni, terpaksa la ikut. But seriously, I can't stand with orang yang sangat kuat shopping. Bukan sebab tak suka shopping, tapi tak suka menunggu. U know how women shopping right? Pilih empat jam pun belum tentu beli lagi -,-' 



Then we are going to KLCC. Memang tujuan sebenar nak pergi KLCC je. Tapi dah terlajak pergi shopping. Sebab utama nak pergi KLCC? Sebab nak mencuba nasib, mana la tahu Kim Jong Kook ada datang KLCC, boleh jumpa. Masa tu kan Kim Jong Kook datang Malaysia. Hahaaa. Penangan Running Man la ni. :p



Pergi KLCC ni pun dah petang. Just tangkap-tangkap gambar sikit, solat dan jalan-jalan. Cadang nak masuk Petrosains tapi dah lambat sangat, dah tak boleh masuk. And sadly, no Jong Kook there :'(. When my friend ask what we do in KLCC? "Singgah solat".



Sebelum balik, singgah makan dekat KL Sentral. See there, masing-masing bawak satu sorang plastik KFC. Makan nasi berlauk yang kenyang lapan hinggit cakap mahal, KFC yang tak kenyang dan tak berkhasiat tu sampai sepuluh hinggit takpe plak. Haha. Typical Malay! 


Puasa Ke-7 Yang Gila



Salam. 


Semalam my family and I doing crazy thing i guess. Kitorang balik kampung in Kedah and back home again in less than half day! It's take 8 hours only in whole journey which is 3 hours to Kedah , 2 hours staying there and another 3 hours going back to Ipoh. 


Lebih menggilakan sebab semalam aku kerja dan hari ni juga kerja. I though Ayah nak bertolak lepas berbuka puasa macam tu. Kiranya balik kerja tu boleh la aku duduk lepak lepak rehat rehat jap. Tapi tengok-tengok aku sampai je rumah, diorang dah siap semua tinggal nak tutup pintu je lagi. Nak tukar baju pun mak cakap tak payah. Makanya dengan berbaju kurung la aku balik kampung. Dah macam balik beraya pulak. -,-


Oleh itu hari ini dalam sejarah, kitorang satu family berbuka puasa dekat RnR Alor Pongsu. It's not RnR yang ada kedai-kedai makan berlauk pauk bagai tu. RnR ni memang semata-mata toilet dengan pondok-pondok kecik untuk orang singgah solat je. Nasib baik kami dah prepare beli makanan dekat bazar sebelum bertolak tu. Haiiishhh, memang berkelah tepi highway di waktu senja la. 



See who's the most excited there. =,=

Sampai rumah tok , makan dan rehat kejap , terus bertolak balik. Ekceli tujuan sebenar balik kampung secara mengejut ni sebab nak hantar Ema dengan Jiha untuk duduk rumah Tok. Setiap tahun Tok akan buat kuih dan Pak Lang jual dekat bazar Ramadan. It's not kecil-kecilan but memang besar-besaran punya. Dan tahun ni tak cukup pekerja pula. Nasib baik adik dua orang tu memang tengah cuti. Daripada duduk buat taik mata je dekat rumah , tolong-tolong tu dapat juga duit. Ayah siap umpan nak daftarkan diorang ambil lesen kereta kalau diorang nak tolong Tok. Hahaaa


Balik tu memang sepenuhnya terbungkang tidur tak ingat dunia je la. Kesian Ayah kena drive sampai balik padahal sebelum tu dia dah cakap awal-awal suruh aku drive half way. Aku sedar pun sebab Mak kejut ajak singgah sahur terus dekat kedai mamak. Tu pun dah pukul 2.30 pagi. Sampai rumah terus tidur dan nasib baik still boleh bangun lagi pagi ni. Memang la boleh bangun sebab dah lama tidur dalam kereta.  =,= Mihmihhh.


But 2 hours kat rumah Tok pun aku dah happy walaupun tak semua family ada. Aku pernah cerita dekat sini yang family belah Ayah aku paling sporting. Semalam Ayah call je cakap nak balik, Angah pun balik dan Pak Lang pun datang. Tu pun dah riuh rendah. Tambah pula aku je yang dah setahun tak balik kampung walaupun Mak dengan Ayah selalu je balik. So I'm the super excited terlebih la. Hehe. And glad to hear yang tahun ni we are celebrating our Aidilfitri there. Yeayyyyy!! No more raya yang membosankan.


Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Makanan Extra Famous Bulan Ramadan



Jam baru pukul 11 pagi, tapi kat kepala minda (cehh, minda!) asyik terfikir-fikir makanan je. Hahaa. Jangan-jangan-jangan. Jangan tak kuat iman pula, karang ada yang telan air paip pukul 12 tengahari satgi. Kalau adik-adik yang umur tujuh tahun tu tak apa lagi, kalau yang umur 22 tahun tu, memang mintak penampo arab la kan.


Dah masuk tiga hari puasa ni, aku tak pernah lagi pergi bazar ramadan. Antara sebab-sebabnya mestilah malas nak pergi sorang sorang. Kena culik nanti acaner? Aku pergi kerja kan drive sorang-sorang, pastu kalau nak pergi bazar mestilah balik kerja terus singgah then baru balik rumah. Takkan nak balik rumah dulu pastu keluar balik. Sangatlah tak efisien dan membazir minyak. Dah la harga minyak mahal nak mati, sehari sepuluh hinggit! Sebulan dah berapa? Kalau dapat elaun beribu riban sebulan takpe jugak. Ni minyak kereta pun harap ayah yang bagi duit. Huhuh. Tragis gila hidup takde duit ni. 


Korang perasan tak ada sesetengah makanan yang ada setiap masa, tapi masa bulan puasa ni je orang excited cari dan teringin nak makan. Kalau bukan bulan puasa ada je tapi tak ada la orang excited sangat nak cari. 

1. Ayam Percik


Ekceli saja je letak ayam percik yang first sebab tahu mesti semua orang terliur kan. Petang ni mesti semua pukul 4 petang dah terpacak dekat bazar ramadan nak beli ayam percik. Hahaaa. Aku lambat sikit sebab pukul 5 baru keluar office. Mihmihhh..


2. Murtabak


Yang ni aku pelik sikit sebab murtabak ada je sepanjang tahun, tapi masa bulan puasa murtabak antara juadah yang sangat laris. Harga pun makin lama makin mahal. Dulu seringgit lebih je, sekarang haremmnyee derrr nak dopek bawah dua hinggit.

3. Dadih


Dadih memang famous bulan-bulan puasa. Memang sedap beb tengah dahaga tak cukup air pastu dapat makan dadih sejuk-sejuk baru keluar peti ais. Wooo... Terliuq cekkkk. Tapi dadih ni buat sendiri lagi untung, beli je paket dadih kat kedai baru harga 4 hinggit, pastu buat sendiri dapat satu besen (kalau korang letak dalam besen la). Kalau beli dadih macam kat atas ni satu seringgit, makan pun tak puas.


4. Air tebu


Antara perniagaan yang paling untung, jual air. Memang konfom orang akan beli kalau sedap. Modal pun tak mahal. Terutamanya air tebu, memang sedap dan hilang dahaga kalau minum masa berbuka puasa. 


5. Yeo's Campur


Aku cari gambar air soya yeo's dalam kotak tapi tak jumpa. Jumpa gambar ni je. Terliuq cekk.. Soya campur cincau tambah ais batu. Perghhhh... marvelous!

Buat masa ni, lima benda ni je yang aku rasa extra famous masa bulan ramadan. Setiap tahun mesti akan cari makanan n minuman ni. Tapi sekarang dah banyak menu baru macam ayam gunting Uncle Bob dan macam-macam lagi. 

Bagi korang pula macam mana? Apa menu wajib bazar ramadan yang setiap tahun mesti beli? Ce share sikit.


p/s : Semua gambar pakcik Google. Takde koje aku nak pergi tangkap gambar makanan tengah-tengah pose ni. 
p/s : coca-cola pun best buat minum masa berbuka. Kalau nak coca-cola free KLIK SINI.



Salam Ramadan 1434



Salam 1 Ramadan olllzzz...


Alhamdulillah kita bertemu lagi bulan ramadan yang mulia. Tapi aku rasa macam masa setahun yang berlalu dari tahun lepas sampai tahun ni sangat lama. Lama dan perlahan. Ke aku sorang je yang rasa macam tu??Sebabnya aku dah tak ingat pasal puasa tahun lepas. Totally lupa langsung!! Raya dekat mana pun tak ingat. Aku kan memang short term memory. Harap-harap bukan nyanyuk. -,-

Sempena bulan ramadan ni, jom kita sama-sama tingkatkan amalan. Kalau malas solat sangat nak solat terawih ke, bangun kiamulail ke, buat la amalan yang simple-simple macam bersedekah. Yang penting, kumpul pahala banyak-banyak. 


Lastly, walaupun dah terlambat untuk share niat puasa, tapi aku tetap nak share juga. Apa guna wish puasa tanpa niat kan. Wahahaaaa. Selamat beramal. :D




Taman Jepun di Ipoh, Perak



Sabtu lepas, my family semua pergi ambil adik dekat UM dan aku sangat malas nak ikot tapi tak nak duduk rumah. So, Mr Oren ajak keluar jalan-jalan. Dah puas jalan merata, kitorang decide nak pergi lepak dekat Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh


Taman DR ni masa zaman my mom sangat femes. Tapi sekarang orang lebih suka pergi Taman Polo. Aku pun tak pernah betul-betul jalan dekat dalam ni. Selalunya pusing dekat luar je. So, aku tak pernah tahu pun kewujudan Taman Jepun dekat dalam ni. 




Ni la pintu masuk Taman Jepun ni. Taman ni kecil je, nak pusing pun sekejap je. Tapi cantik kalau nak buat fotoshot dekat sini sebab tengah-tengah dia ada kolam dan jambatan. Tepi-tepi pula ada sungai kecil yang banyak ikan tilapia dengan keli afrika. 




Macam ni la dekat dalam dia. Dalam ni banyak pokok dari Jepun dan tugu batu. Yang aku kenal pokok buluh kecil-kecil yang panda makan tu je la. Gambar-gambar kat atas ni semua ihsan pakcik google sebab gambar semua dalam fon orang lain. :)


Pagi tu juga ada Ipoh International Waiters Race dekat Taman DR ni. Tapi masa kitorang sampai tu dah habis dah. Tak sempat nak cuci mata tengok waiter-waiter hensem berlumba. Mihmihhhh :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...