Followers

Praktikal : Selepas Seminggu


Alhamdulillah, sampai jugak hari Jumaat. Maknanya dah habis seminggu aku praktikal. Tinggal 9 minggu lagi je. Dan apa yang aku boleh simpulkan tugas aku sepanjang minggu ni ialah, ANGKAT TELEFON. -,- Setiap hari tu je la tugas utama aku sebab Kak Yan cuti. Tugas lain hanya tolong apa yang patut je.


Ni je tugas aku semalam. It's Kang Gary. Mihmih :)


Macam aku cakap dalam entry SINI, tempat ni memang tak ada kaitan dengan kos yang aku belajar dekat U pon. Kalau aku nak tukar pergi tempat lain pun dah tak sempat dah. Lagipun tempat lain semua dah penuh, takkan diorang nak ambil lagi orang last-last minit ni.


So aku just positifkan diri dan anggap memang Allah dah tentukan untuk aku praktikal kat sini. Mungkin Allah nak aku praktikal dekat sini sebab nak aku belajar benda lain yang aku boleh applikasikan untuk masa depan. Mungkin dekat sini tak ada bidang aku tapi aku boleh sesuaikan diri untuk bekerja nanti. So, let's be positive yukkkk! ^____^


Kesian Ultraman




Korang tak kesian ke kat Ultraman?  Semua orang asyik nak salahkan dia.  Padahal dia buat semua ni untuk protect kita. Tapi orang asyik nak blame dia je.  Nanti dia merajuk nanti habis raksasa serang kita acaner? Huhuuuuu. 


Running Man Datang Malaysia 7 September 2013



Info - Running Man Fan Meeting in Malaysia

Date: 7 September 2013, Saturday
Place: Kenanga Wholesale City Mall, Malaysia
Attendees: Kim Jong Kook, Haha, Gary and Ji Suk Jin


Yeay, it's conform yang Running Man nak datang Malaysia bulan September ni. Nak pergi! Nak pergi! Tapi .... tiketnya sangat mahal. Paling murah pun RM180. Paling mahal RM600. Tu pun bukan sure beli tiket dapat face-to-face dengan diorang. Gambar pun belum tentu dapat tangkap dekat-dekat. For sure la orang yang perginya berbillion juta million. 





Tengok je la Kim Jong Kook datang hari tu. Orang merenyut. Yang mungkin dapat tengok dekat-dekat pun maybe polis-polis yang berkawal tu. Tu pon diorang tak boleh tangkap gambar. Siapa yang dapat tangkap gambar dengan diorang tu memang lucky gilerss! One in a million tu.


Antara semua yang datang ni, aku paling harap nak jumpa Kang Gary. Dan mesti best kalau Song Jie Hyo dengan Jae Suk dapat datang sekali. Bila dah selalu tengok dalam Running Man, teringin pula nak tengok depan-depan. Bestnyaaaa..... Moga harapan menjadi kenyataan. Amin.


Bermulanya Internship a.k.a Praktikal



Well hello. Selepas dah habis exam jumaat minggu lepas dan berjaya kembali ke tanah air, (cewah, tanah air)  ke kampung halaman. Now, i'm here in Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U). Dah tiga hari ko, aku start praktikal. Dan alhamdulillah, tiga hari yang sangat bosan ini sudah berjaya ditempuhi dengan jayanya.


First day lapor diri, bos awal-awal dah cakap tempat ni tak ada bahagian yang aku study which is Environmental Science. Pertubuhan Peladang ni more kepada kawalselia para peladang kawasan Sungai Siput dan bahagian keusahawanan untuk jual-jual barang bekalan pada peladang. So, i said. Dah tau tak ada, kenapa terima masa aku apply dulu? Ngekk la. (tapi aku jawab dalam hati je la. Nak mampus sound dia macam tu)


Tapi lecturer aku cakap tak apa la. Cuba kaitkan mana-mana yang berkaitan. Hmm, apa yang berkaitan ek? Kerja aku hari-hari, jawab telefon. Agak-agak berkaitan tak? Hahaa.


Tapi aku happy la duduk sini. Sebab office ni tak ramai pekerja. Only less than ten. So aku cepat kenal semua. Perempuan dekat sini ada dua orang je n still muda lagi. Diorang pun tak sombong. And yang paling best sebab dekat dengan family. Balik-balik kerja, mak sambut dengan senyuman. Buka tudung saji, makanan terhidang. Yeayy! I'm a happy kids!


Masa aku masuk sini, diorang tengah busy dengan persiapan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang. So aku just tolong mana yang patut je. Dan pagi tadi dah selesai mesyuaratnya. Dan aku pun dapat dua hamper sebagai hadiah. Alhamdulillah. Rezeki.


Entry ni tak ada gambar. Malas nak snap. Kalau ada nanti aku upload ye. Bye!



Sebab Malas Update Blog




Hari tu aku ada bagitau sebab aku malas nak update blog. Sebabnya aku ni jenis kalau update entry, wajib ada gambar. Yela, bila ada gambar, nampak berseri sikit kan sambil baca boleh tengok-tengok gambar. Dan aku pon suka baca entry orang yang ada gambar. Kalau karangan je sampai empatpuluhdua page, mampuih berdengkoq aku depan laptop semata-mata baca cerita tak berfaedah.




Lagipun kalau ada gambar banyak-banyak ni, tak payah nak taip panjang-panjang lebar nak cerita sebijik-sebijik. Contohnya macam gambar atas ni, korang tengok pon dah tahu aku tengah buat apa kan. So tak payah la aku buat karangan panjang lebar bagitau aku tengah  observe burung menggunakan microskop yang dipegang dengan tangan kiri. Tangan kanan pulak tengah pegang pen biru, sehelai kertas dan sebuah buku dengan kedudukan pen diatas kertas dan pen dan kertas di atas buku. Mampus nak terang sebijik-sebijik. Orang pun bukan nak tau kedudukan pen, kertas dan buku tu pon kan. Macam orang cakap, 'Picture tell everything'. Cewaahhh...

Lagi satu sebab aku malas nak update, sebab aku tak tahu nak susun ayat! Aku rasa skill aku buat karangan sampai Cikgu Salmah puji melambung masa sekolah menengah dulu dah hilang. Susah la nak buat ayat bila menaip. Dulu pakai pen, susah nak padam. Sekarang ni, ayat tak best sikit je, backspace! Kejap kejap delete. Last-last lima jam mengadap benda yang sama tapi satu ayat pon tak buat lagi. 


Aku jeles tengok blogger-blogger yang pandai susun ayat cantik-cantik. Perenggan first cakap pasal satu benda, perenggan kedua cakap benda lain. Aku pula rasa macam semua benda nak buat dalam satu ayat je. Idea banyak, tapi tak tau nak susun ayat -,-' 

Dah la bukan budak sastera. Aku rasa orang sains ni memang tak kisah kot kalau ayat tunggang langgang. Yang penting apa yang nak bagitau tu, orang faham. Ke aku sorang je macam tu? Tapi aku tengok macam lecturer-lecturer aku pun. Majoriti jenis lagi pandang kesalahan tak bubuh titik di hujung ayat berbanding ayat tunggang langgang. Ke titik tu lagi penting? -,-


And last reason, aku malas nak update blog sebab.......   Aku tak tau nak tutup entry macam mana. Macam entry ni la. Ok. Tergantung sampai sini je. Bye!  

Terima kasih sudi baca. =)




p/s : Korang pernah tak baca karangan budak sekolah takut hantu yang ramai share dekat fb tu? Memang failed!



Yeay, Saya Dah Siap Tesis !



Hai hai hai.




Bila terhasilnya gambar di atas dengan tajuk entry yang tak semenggah tu, maka korang semua haruslah tahu bahawa sekarang ni aku dah free. Yeayy! Mood excited menerjah diri. Aku dah siap tesis weh. Aku buat buku tebal hijau tak lawa tu. Nama aku tu. Siyesly!!


Oh, masih terasa di awang-awangan dan tak percaya. Walaupun dah hantar tiga hari yang lepas, tapi hari-hari bangun pagi mesti teringat tesis dah hantar ke belum. Pastu bila mood lepak-lepak tengok Running Man sepam dua, tiba-tiba rasa macam eh, betul ke boleh relax ni? Tesis dah siap ke? Haha. Nampak sangat buat tesis ni dah jadi igauan nyeri.


So, bila dah siap semua ni. Haruslah aku ucap terima kasih dekat orang-orang yang banyak tolong masa aku susah dan senangkan. Amalan ibarat kacang lupakan kulit haruslah dibuang jauh-jauh ye anak-anakss. 


Firstly, special thanx to my supervisor Prof. Shukor yang mula-mula digelar daddy, tapi dah turun pangkat jadi bapak tiri sebab dia suruh Dr. Ahmad tanya soalan masa aku present hasil hari tu. (Ciss, nasib baik dapat jawab). Prof yang sangat banyak ilmu pasal binatang dan sangat sporting share cerita macam-macam. Selalu belanja makan masa dekat Kuala Gula dan siap bagi elaun masa kitorang duduk sana. Sayang prof ketat-ketat. Maaf lah sebab selalu suruh prof semak tesis masa dah dekat-dekat due date. Hikhik. Jangan lupakan kami bila dah dapat gelaran Dato' nanti ye Prof. =)


Bapak tiri.


Secondly, kepada Abang Faiq, Research Assistant prof dekat Kuala Gula. Maaflah sebab selalu menyusahkan bila kami datang sana. Thanx banyak-banyak sebab selalu belanja beli barang dapur untuk guest house PERHILITAN tu bila kami datang sana, sampai habis duit gaji tu. Hehe. Terima kasih sebab rajin melayan kami kami kami ni, sanggup cari goreng pisang merata ceruk bila kami teringin nak makan. Bawak naik bot pergi cari kerang besaq-besaq. Tolong gelak bila kitorang bergelut dalam selut. And all the memories...


Tau kan Abang Faiq yang mana? Bukan yang pakai tudung hitam tu yek.


For my freinds like siblings, Basyi and Madi. Ahhh, dah macam adik beradik dah dengan dua ekor ni. Kehulu-kehilir naik motor bertiga pergi kedai. Teman gaduh, teman masak, teman tengok movie malam-malam sampai aku tidur dulu. Thanx sangat-sangat. Mieya ngan Syiro jugak. Thanx sebab tolong aku collect data masa mula-mula tu.


Le siblingsssss....

And lastly, orang yang paling kuat membebel suruh siapkan tesis. Selain parents. Thanx la ek. Nasib la kawan dengan orang kuat membebel ni. Jangan ingat perempuan je kuat membebel ek. Hikhik. :)



Finally! Alhamdulillah. Syukur.


Welcoming June




Hai.


It's June already. Like every years, June is month of birthday. To be specifically, birthday orang-orang tersayang. It's starting by Mr. Oren on 16th June, my beloved mom on 19th June and my younger sis on 29th June. Triple celebrations.


But this June will be more memorable for me. I will finish my study on this month. *Yeayyy*. Counting days. But before that, I have to face my judgement day first. Final exam. Kali ni exam final yang paling final punya exam. Only three papers. On 12th, 13th and 21th June. And after that I will leave this place, UKM. Tempat yang banyak mengajar erti matang dan menjadi manusia sebenar. 


Will leaving all my awesome classmate soon.


On 24th June, I will starting my intern in Pertubuhan Peladang Sungai Siput (U). Satu fasa pengenalan ke arah alam pekerjaan, In Shaa Allah. Sangat gementar dan still rasa tak percaya. Semoga dapat lalui dengan cemerlang dan moga cepat-cepat dapat kerja. Aminn. 



Camera Handphone dan Blogging




Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni, rasa diri dengan dunia blog ni dah jauh sangat. Jauh macam blog tinggal dekat rumah, dan aku pula ada dekat kolej. #Motifsangat. Padahal doplohpat jam je online dan doplohpatjam je refresh blog. Tapi rasa jauh. Macam mana tu?


Sebab utama semestinya kekangan masa. Yela, nak buat tesis lagi, sibuk cari tempat praktikal lagi, tidur lagi dan berjimba pun boleh tahan juga galaknya. So, masa yang berlalu tu rasa cepat je. Ibarat mencurah air ke daun keladi lajunya. Daun keladi kan tak telap air, so dia terus turun laju je kan. Gitu la.


Selain tu, rasa malas nak update blog semenjak tukar fon. Ceh, nak mansion jugak fon baru. -,-' Dulu aku pakai Sony Xperia X8. Walaupun kecil dan comel, tapi gambar dia sangat cantik. Well, fon sony memang semua camera dia cantik walaupun 2 Megapixel je. 


kembar 3 Sony Xperia X8 dari google.


Tapi yang tak best nya sebab camera fon ni tak boleh zoom. Bagi orang yang galak amik gambar macam aku ni, memang la rasa tak puas kan. Jumpa Dr. Mahathir hari tu pun terpaksa guna fon kawan sebab nak zoom bagi jelas. Ish, mencikk!


Jadi dengan rasa tak bersalahnya, aku curang dengan Sony, beli fon lain. Beyond Note II. Pernah dengar tak? Ekceli, beyond ni fon keluaran Indonesia. Macam Beyond Note II ni, dia Android 4.1.1, latest punya.  Screen besaq gedabak, ada tv dan puas hati sangat kalau online pakai fon. Aplikasi semua macam Samsung SIII. Sepanjang aku pakai dah berapa bulan ni, tak pernah buat hal lagi. Baik je dia. Cewahh!


Beyond Note II gambar dari google


Tapi, still camera juga masalah. Boleh zoom, ada setting macam-macam tapi still tak memenuhi tahap kepuasan. Haha. Demand sangat, beli fon murah tapi nak camera standard DSLR. Memang mintak jentik telinga la kan? 


Jadi bila camera fon tak cantik, dah malas nak ambil gambar. Tak ada gambar, malas nak update blog. Disebabkan tu la blog ni duk bersawang lama sangat dah. Aisshhh, tak best kan kalau baca entry panjang-panjang tapi tak ada gambar? Rasa macam minum milo tak letak gula je. -_-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...