Followers

Langkawi Aku Datang




Minggu kedua sem akhir yang membosankan, i'm here, in LANGKAWI. Sila gelakkan diri sendiri sebab 22 tahun hidup, 2013 ni baru first time jejakkan kaki di Langkawi. Okeii, kalau cakap pasal Langkawi, korang teringat kat siapa? Yes! Yuyu Zulaikha. Duta besar Langkawi. :)



Bertolak pukul 10 malam semalam, bas Cosmic dari Hentian Kajang ke Kuala Perlis. Bas nya memang best, dua tingkat, sangat luas, VIP seat. Harga RM50 pergi sahaja. Pergi balik RM100. Tapi yang tak best nya setiap stesen bas berhenti. Di  KL pun sampai 3 stesen ambil orang. Dari Hentian Kajang, singgah Pudu Sentral n Jalan Duta. Tu pun dah ambil masa lama. 


Lepas tu turunkan orang dekat Gurun, Alor Setar, Jitra, Kangar then last sekali baru Kuala Perlis. Hambik kau duduk dalam bas lama lama. Kematu bontot masing masing. Belum lagi kes gelakkan orang terlepas stesen. Huahuawaa (Diri sendiri kena nanti baru tau!)




At last, sampai Kuala Perlis pukul 7.30 pagi then naik feri ke Langkawi pukul 8.15. Harga tiket RM18. Perjalanan dalam sejam lebih. Tapi tak macam feri ke Penang tu, tak nampak pemandangan sangat. Just layan movie dekat TV yang diorang pasang je. Sampai jeti Langkawi dekat Kuah, orang Seri Mutiara Motel datang ambil bawa ke tempat penginapan. 



Finally, perjalanan dari KL pukul 10 malam, akhirnya dapat check in Seri Mutiara Motel pukul 10 pagi. 12 jam hoii. Hambik kau. Kematu abis bontot.



Bilik dekat Seri Mutiara Motel ni quite okeii untuk 5 orang stay. Dua katil queen, tv, heater, air panas semua lengkap. Dan lokasi dia sangat dekat dengan jeti dan dekat dengan Pekan Kuah. Harga RM80satu malam. Dekat sini juga boleh sewa kereta siap. Harga pun RM80 sehari. At first orang tu cakap kereta Saga, at last dia bagi Vios. Upgrade kereta tapi tak payah tambah duit. 


So nowwww......  HOLIDAY TIMEEEE!!!






Kenangan HAKERA



Sebelum ni, dua tahun berturut turut aktif dengan Hari Keterampilan Mahasiswa Kolej Dato' Onn, UKM atau shortformnya HAKERA. Setahun berkhidmat sebagai AJK Ekspo Dan Jualan (EDJ), setahun kemudian, upgrade jadi Pengarah Ekspo Dan Jualan. Hidup mesti ada perubahan kan?




Sepanjang dua tahun duduk dalam post EDJ, banyak kenangan pahit manis yang dapat. Kenangan yang paling mencabar apabila kena deal dengan penggerai penggerai yang nak berniaga sepanjang HAKERA berlangsung. Kena cari penggerai sendiri, ulang alik pergi uptown Kajang malam malam naik teksi, tetapkan sewa tapak jualan, berurusan dengan penggerai, buat meting dengan penggerai, (tapi last last ada makcik sorang tu hasut penggerai lain cakap sewa tapak mahal -,-'). 



HAKERA 2011, Malaysia Hari Ini bersiaran secara langsung dari tapak HAKERA. Ramai artis datang, ada Fitri Yahya, Wardina dan ramai lagi.


Kena tipu dengan penggerai, penggerai tak nak bayar sewa tapak selepas habis program, kena marah semua tu memang dah asam garam. Belum lagi kira kena marah dengan pihak atasan dan kena tibai dalam meting. Meting sampai 2 3 pagi tu dah jadi kewajipan seharian.



Rapat sangat dengan anak peniaga ni, siap masuk rumah hantu sama sama. :)


Tapi saya enjoy sangat berkhidmat dalam program ni. Banyak sangat pengalaman yang dikutip sepanjang dua tahun. Yang paling utama, cara komunikasi dan tahap keyakinan dah bertambah. Macam mana nak deal dengan orang, nak yakinkan orang dan urusan melibatkan kewangan. Nampak macam senang kan? Cuba try sikit! 



Siapa tengok Mimpi Ke Bintang mesti kenal Wan Rull Puppet.


Tahun ni, saya dah bersara. Cewahhh. Dah last sem kan, bagi junior junior pulak timba pengalaman. Tapi i'm still rasa bertanggungjawab untuk tolong adik adik junior ni sikit sikit. Macam mana my friend pernah kena marah dengan ketua peniaga kawasan kajang sampai menangis, saya tak nak adik adik ni kena macam mana kami pernah kena.



Bila dah last sem ni, i'm free from any program. Dah tak join apa apa dah. Tapi kadang kadang, terasa rindu saat saat busy dulu. Saat saat meting setiap hari, tidur tak cukup, kehulu kehilir buat kerja. Tapi puas sebab dapat banyak pengalaman berharga. 


There is one day when u really miss the old u. Now, i really miss all those moments! :'(


Bermaafan lah







Mandi Sungai Terjun Terjun




Cuti semester selama sebulan yang lepas, selain menghabiskan masa collect data tesis di Kuala Gula selama dua minggu, aku juga berjaya pulang ke kampung halaman ayah di Yan Kechil, Kedah. Akibat menyahut seruan tok yang mengadu, cucunya seorang ni paling jarang balik kampung, maka aku gagahkan diri drive dari Kuala Kangsar ke Yan Kechil pukul 3 pagi. 


Ok itu tipu. Kena balik kampung sebab tok nak suruh ayah repair pintu rumah. Semata mata -,-'. Kena drive sebab ayah mengantuk. Balik kampung pukul 3 pagi sebab nak lari dari jalan jam. Sekian.


Tapi as usual, kalau family ayah dah pakat berkumpul, maka sangat kecoh dan happening gila habaq kat hang. Aktiviti biasa bila dah berada di Yan, Kedah semestinya ~ ayaq terjun lereng bukit tempat orang berkelah. Tempat tinggal, Tasha cantik dengan ehem ehem, bakal suaminya. ~ (lagu yang tok selalu nyanyikan masa kecik dulu)  Huahuahuaaa.


Selalunya air terjun yang selalu kami pergi ialah Air Terjun Perigi dan Batu Hampar. Tapi kali ni Pak Jang bawak pergi mandi sungai dekat Yan Besar. I forgot the name but it's totally awesome. Airnya dalam, ada jambatan boleh lompat lompat dan siap ada tali untuk bergayut. Tapi yang tak bestnya, kita mandi dekat bawah, orang lalu lalang atas jambatan tu. Dan tempatnya kecik dan tak ada toilet salin baju. 



Nampak macam tak tinggi, tapi bila betul betul, tinggi habaq kat hangpa. Siapa nak berlatih jadi ahli terjun negara boleh datang sini. Actually sungai tu bukan tempat rekreasi untuk mandi manda pun. Sebelah rumah orang je. Tapi ada juga orang yang mandi situ sebab best boleh terjun terjun. 



Pak Jang pun dah macam kanak kanak ribena bila dapat mandi sungai.



Masa ni Pak Jang buat contest. Dia sorok satu batu dan kami akan cari batu tu. Siapa yang jumpa, dapat sepuluh hinggit. Duit tu digunakan untuk belanja cendol lepas mandi ni. hihi. Yang Pak Jang tertunduk tunduk tu, dia cari batu yang dia sorok tu. Dia yang sorok, dia yang tak jumpa. -,-'


Malam tu perancangan kami nak pergi menjaring udang dekat laut tapi hajat tak kesampaian sebab Pak Lang esoknya kena bangun awal hantar anak dia pergi asrama. Sekarang musim udang dekat sana, so memang bertimbun timbun la udang free cari sendiri. Totally awesome. Kalau dapat cari sendiri mesti best. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki kan. huhu


Final Semester, hwaitinggg!



Terasa dah lama tak menaip entry baru dekat blog ni. Idea banyak, tapi dah lama tak karang ayat, otak pun dah tepu. Okei. Today, i'm officially starting my last sem. Final sem hoiii. Berdebar tak sabar nak habis belajaq ni. Tak sabaq nak kerja. Nak bagi parents duit setiap bulan. Huwaahahaa. 


Jadual final sem ini sangat lah menceriakan aku. Kelas hanya dua hari, Isnin dan Jumaat SAHAJA. Dan kami sedang kautim dengan lecturer untuk awalkan kelas hari Jumaat tu supaya Selasa hingga Ahad boleh berjimba jimba tak ingat dunia yang fana ini. 




Tapi walaupun kelas tak banyak, tak boleh nak berjimba sangat. Tesis pon satu perkataan pun tak siap lagi. Masa bukan lama pun, pejam celik terkebil kebil kejap, dah habis sem. So, In Shaa Allah, kekerapan melangkah ke library itu akan ditingkatkan demi kepentingan sejagat. In Shaa Allah, tesis Penilaian Adaptasi Burung Botak Upeh Yang Dilepaskan Semula di Santuary Burung Kuala Gula akan diterbitkan tak lama lagi.  Cewaaahhhh.....


Dan sekarang ni yang tengah menyerabutkan kepala dan segala anggota badan ialah mencari tempat praktikal. Adoyaiiii. Orang lain dah dapat tempat, aku still mencari cari lagi. Cari tempat praktikal susah, hopefully cari kerja betul nanti senang la. hihi. 

So, ada tak orang Ipoh yang nak rekomenkan tempat praktikal untuk student Environmental Science. Mari mari. Pertolongan anda amatlah dialu-alukan.



10 Ucapan Beracun Pelajar



10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya






1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'


Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.


2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'


Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.


3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'


Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.


4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'


Berbincanglah
. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.


5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.


6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.


7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'


Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.


8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'


Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diingati semasa ujian.


9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'


Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.


10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'


Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.



Kapal terbang terhempas.



Siapa ada baca pasal kapal terbang terjatuh di Melaka hari tu?




Minggu lepas Pak Jang aku singgah rumah aku masa nak otw ke Kedah. Sembang sembang dengan dia, dia buka cerita yang dia jadi orang pertama tengok kapal terbang tu jatuh. Dia tengah drive pastu nampak kapal terbang tu jatuh tepi kereta dia. Then, dia park kereta ke tepi dan pergi tengok. Tapi sebelum tu...

.... Buka handphone, snap! snap! tangkap gambar dulu !! ....


Bukan nak cakap Pak Jang aku, tapi zaman sekarang ni hampir semua orang macam tu. Termasuk la orang yang tengah menaip ni. Hihi. Kecuali orang yang still pakai 3310 la, tak ada kamera.


Sekarang ni kalau ada apa apa kejadian or kemalangan.


1) Mesti cari phone dulu. 
2) Baru fikir nak tolong. 
3) Upload masuk facebook.



Lagi dasyat, buat nombor 1 dan 3 je. Lepas tu terus blah. Tolong pun tak. Contoh yang jelas, gambar gadis jatuh kat Times Square semalam. Pukul 12 tengahari dah kecoh satu facebook, padahal kejadian tu pukul 11 pagi. -,-'


Then my sis cakap, dulu dulu sebelum makan, kita tadah tangan baca doa, makan. Sekarang, sebelum makan, tadah handphone, tangkap gambar, upload facebook, makan. Doanya? Dalam hati kot.


So, fikir fikirkan dan selamat beramal. :-)


Zoo Taiping & Night Safari



Balik dari Kuala Gula hari tu, sementara nak tunggu bas Basyi n Madi ke Perlis dan Terengganu, kami singgah Zoo Taiping. Well u no, Zoo Taiping pada hari rabu waktu sekolah sememangnya ibarat hutan amazon sejati. Memang tenang tanpa kehadiran manusia sejagat. So masa ini kita boleh la membajet Zoo Taiping itu ibarat hak milik mutlak persendirian. 



Harga tiket dewasa RM12 seorang. Masa beli tiket tu orang kaunter tu tanya dari mana. Aku cakap dari Ipoh. Kawan aku cakap untuk rekod kot. But bila dah balik tu, kawan aku yang duduk Taiping cakap, untuk orang Perak sepatutnya harga RM5 je. Ohyeaa? Mungkin Ipoh tu bukan dalam Perak kot. -,-'



Manja je harimau tu. Dengan harimau batu boleh la. Ce harimau betul!



Malas berjalan, kita naik tren. Yang bestnya driver tren ni dah macam driver kami sebab hanya kami yang memonopoli tren ini. hihi :)



♥ Animals. Memang orang environment sejati. >,<


tapi yang ni memang sebijik. haha


The Prophet's Lifestyle






Running Man vs Family Outing




Mesti ramai dekat sini peminat-susah-jangan-mati Running Man kan?




-->  Suka tengok muscle Jong Kook yang tersembul sembul beserta suara halusnya mengalahkan suara nyamuk.

-->  Menyampah dekat Haha yang suka perasan budak budak padahal umur kalah bapak kepada bapak bapak budak.

-->  Double menyampah pada Gwang Soo sebab suka buat kianat pada member member RM yang lain. Dah la tinggi macam bapak zirafah dekat Zoo Taiping. Jeles orang orang yang kurang tinggi ni.

-->  Kesian pada Suk Jin sebab dia dah tua dan sangat lemah tapi nak tunjuk hebat supaya anaknya tak rasa malu kalau dia kalah.

-->  Admire dekat Kang Gary yang super duper cute, comel, kelakar, fantastik de boom bass tikkk nya.

-->  Suka pada Song Ji Hyo sebab kulit dia cantik, hebat, ganas tapi sangat comel pabila bersama Gary.

-->  Sayang pada Jae Suk yang sangat sangat baik hati, penyayang dan diminati oleh para orang orang tua.


Cukup tujuh tak? 1 2 3 4 5 6 7 ok cukup!


Anda anda dan anda yang suka Running Man ni, tahu tak variety show Korea, Family Outing? Cerita ni before RM lagi. Kalau tak pernah tahu kewujudan cerita Family Outing ni, sila la download segera, cepat, pantas, sekarang.


Family Outing ni siyesly lagi cool dan best. Dalam variety show ni, diorang pergi ke kampung kampung pendalaman, diorang tolong tuan rumah yang kebanyakkannya orang tua tua ni jaga rumah diorang sementara tuan rumah ni bercuti. Dalam masa yang sama diorang buat kerja kerja yang tuan rumah tu sediakan dan main game.




Peneraju utama semestinya Jae Suk National MC. Yang lain ada Lee Hyori, Kim Jong Kook, Daesung Big Bang, Soo ro, Ye Jin, Chung Hee dan lain lain beserta tetamu jemputan. Yang bestnya, diorang banyak panggil ahli Big Bang. Kelasss kau limahh.


Dalam cerita ni, diorang banyak ketengahkan pengetahuan tentang pendalaman Korea. Macam mana diorang tuai padi, tangkap ikan dekat laut, buat beting beras, memancing, cari abalone dan macam macam lagi. Boleh timba ilmu sebakul sambil gelak guling guling.


Dan semenjak aku melekat repeat tengok cerita ni tujuhpuluhsembilan kali sehari, aku makin suka memasak. Yes! Jangan cakap cerita Korea tak bagi pengajaran berguna. Itu semua dusta belaka. Bila layan cerita ni, kita dapat tengok macam mana orang Korea masak, dan paling tak tahan tengok diorang makan macam sedap nak mampuihh. Memang menguji kesabaran dihati. Tambah tambah diorang makan pakai chopstick nampak macam lebih sedap. So hasilnya....





Kita Orang Melayu kan?



Khamis lepas aku pergi tengok wayang cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet. Ambil tiket pukul 2.50 petang untuk tayangan pukul 3.15 petang. Orang sangat ramai walaupun hari khamis. Maybe ramai yang memang dah aim nak tengok cerita ni awal awal.



Masa nak masuk dalam wayang tu, ada 4 orang remaja lelaki MELAYU berjalan depan aku. Seorang tu memang aku ingat sebab rambut alfro menggerbang. Otw nak masuk wayang tu, dengan nada kuat dan bangganya macam nak announce kat semua orang, sorang ni cakap dekat kawan dia.

" Weh, betul ke nak tengok cerita MELAYU ni?"
Kawan dia jawab. "Ntah korang ni, betul ke nak tengok cerita MELAYU ni? First time kot."

Euwww.... Tolong la faham, cakap bahasa MELAYU, kulit sawo matang, tapi bajet nak mampusss! Macam mana la industri perfileman negara kita nak buat cerita yang bagus kalau rakyatnya sendiri pun tak support cerita tempatan. Aku pun kadang kadang ada juga tengok filem oversea tapi still prefer cerita tempatan. Banyak apa cerita tempatan yang best. And kalau tak tengok pun tak perlu la nak bangga bangga macam tu kan. Aishh! Kanak kanak zaman sekarang. -,-'


Masalah Bil Air



Semalam aku teman my mom pergi Lembaga Air Perak. Masalah air dekat rumah ni dari tahun lepas tak selesai. Bukan masalah tak ada air macam dekat Selangor tu, tapi masalah terlebih air.




Sebelum sebelum ni bil air rumah ni lebih kurang RM50 sebulan. Dan bila adik beradik aku semua balik U masing masing, parents aku tinggal bertiga je, sepatut lagi kurang tapi makin bertambah. Mula mula naik jadi RM100, dan yang latest, RM369. Mana tak menggelabah.


Orang yang cek air cakap kemungkinan paip bawah tanah bocor. Memang betul pun. Paip semua dah tutup tapi meter still laju bergerak. Lastly, my parents panggil my Apak tolong tengok dekat mana yang bocor. Rupa rupanya paip penyambung belah luar toilet yang bocor.Then, dia ganti paip tu and okeii dah.


Masa orang yang cek bil tu datang, dia cakap bole pergi ke Lembaga Air, buat aduan. Nanti boleh reduce sikit bil yang RM369 tu sebab bukan salah customer.

Tadi pergi tanya, orang tu cakap kena upah tukang paip yang ada lesen dengan Lembaga Air suruh baiki. Then nanti orang tu akan cop pada bil kita dan bawa ke Lembaga Air tu balik, baru diorang akan reduce bil air kita.

So kami yang dah baiki ni macam mana? Takkan nak bocorkan balik paip tu? Then bila difikirkan balik, paip yang bocor tu bukan teruk sangat pun, just lambat detect je. Takkan benda kecik tu pun sampai nak panggil tukang paip. So statusnya? Ntah la. -,-' RM369 wehhh.....


Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet




- Sinopsis filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet -



Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin yang bankrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.



Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya.



Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.


....



Sempena semalam mula tayang filem ni di wayang dan dengan anggapan khamis hari bekerja, maka aku pergi tengok filem ni. Tapi sangkaan tak ramai orang memang meleset, hasilnya hambik kau. Dapat tempat duduk di barisan kedua dengan keadaan skrin besaq gedabak terbentang depan bijik mata. Duduk melangut ke langit, keluar keluar senget leher tiga jam.

Tapi semuanya sangat berbaloi sebab puas bergelak ketawa dalam panggung. Dari mula start, sampai habis, sakit perut den. Walaupun kebanyakkan lawak sama macam HKLBR dulu. Tapi ada yang dia dah upgrade sikit.


Kalau dulu lari tunjuk muka dan tangan je, tapi edisi baru ni lari dengan moto tayar belakang terangkat. Paling tak tahan kereta yang Awie naik tu, sampai pintu pun tertanggal. And bila Pak Abu cerita pasal tahun 1969. Ahaaha. Selepas tahun 1968, sebelum tahun 1970. Belum masuk tahun 1971. Memang panjang la cerita dia.



Tapi kalau Johan ada, maybe lebih seronok. Dalam HMJPT ni banyak sangat pelakon tambahan baru. And kawan aku cakap, cerita sambungan lepas ni diorang shooting dekat Gerbang Malam Ipoh pula. Ni yang tak sabar ni. :-)











Naluri Keibuan Terserlah




Sepanjang 2 minggu duduk Guest House PERHILITAN dekat Kuala Gula hari tu, hampir setiap hari kami masak sendiri. Tanpa skill skill yang pakar seperti Master Chef, skill TENGOK mak masak hari hari sambil potpetpotpet gosip pasal jiran tetangga sangat berguna di masa kecemasan.


Barang keperluan semua Abang Faiq beli, aku sebagai ketua tukang masak, bersama dua orang co tukang masak, Madi n Basyi. That's one of my dream, nak tinggal di rumah dengan kawan kawan, masak sendiri dan makan ramai ramai. i love it!



Dan bila dipertanggungjawabkan masak untuk orang lain makan ni, secara tak langsung terbit naluri keibuan dalam diri sendiri. (cewaahhh...) tolak isu gatal nak kahwin ketepi. Otak muda belia remaja ni dah mula berfikir macam mak mak pulak. Now i realised macam mana surirumahtangga a.k.a mak mak fikir bila menjelang tengahari.


"Kacang buncis ada, sayur kangkung ada, nak masak apa ye?"

"Hmm, semalam dah masak ayam masak cabai, hari ni nak masak apa pulak ye?"

"Masak banyak ni je, cukup ke untuk makan malam sekali ek?"
 
Dan rasanya ni dah boleh suruh ayah ambilkan surat permohonan nikah siap siap. -,-'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...