Followers

Isnin Itu Indah



Pagi isnin orang selalu sibuk dengan Monday Blue bagai. Tapi hari ni, dalam sejarah buat kali kedua, kolej aku tak ada air. Omm Ermm Geee!


Kolej ni tak ada air adalah sesuatu yang sangat dasyat bagi seisi penghuni UKM.


Sangat dasyat weh. Sebabnya kolej aku ni kira macam penanda aras la. Selalunya kalau kolej kolej lain tak ada air, kolej ni steady lagi. Tapi kalau kolej ni tak ada air.... bersedia la jadi Mak Senah, pakai kain batik ikat senteng, bawak baldi kiri kanan, beratur depan lori syabas. 


And the worse is, pagi ni aku ada dua exam mid term. Oh my, bayangkan tekanan yang dihadapi itu. Dah la semua kolej tak ada air, karang lecturer pun tak kenal mana student mana kambing. -,-

Petang tadi pula, kami ada kelas Pengurusan Hidupan Liar dan Hutan Tropika. Dan lecturer aka daddy supervisor tesis yang ajar. Dan semalam birthday dia. Dan kami pun pakat pakat nak buat surprise nyanyi lagu birthday dekat dia walaupun tak ada kek. 


Alasan tak beli kek sebab tak nak dia kena kencing manis. -,- .Hehe. Baik kan kami? Sejuk perut lecturer dapat student baik dan penyayang macam ni. Tapi tengah tengah nyanyi lagu birthday, tiba tiba black out. Yes! Bukan dia yang surprise, dengan kitorang kitorang sekali surprise. 


Ambik kau, krisis terhebat dialam ini, sekali air, sekali eletrik tak ada. U kau hado? -,-'



Miss Purple or Miss Pink.






Bila tengok tengok balik, kebanyakkan barang aku semua warna pink. Blog ni pun lebih kepada pink. Aish, kena tukar nama ke?
posted from Bloggeroid

8 Pintu Murah Rezeki






Selamat amalkan. ^___^


Berfieldwork Lagi.



Hello peeps. 


Esok saya pergi fieldwork lagi. First fieldwork untuk sem akhir. Semua pakat eksited kemain. Dah terbayang-bayang nak mandi sungai, tangkap gambar banyak-banyak dan bergelak ketawa release tension.


Tapi bila tengok je tentatif fieldwork, semua menjerit tak rela. Sebabnya....




Tengok la tentatif program yang sangat BEST ini. Semua aktiviti yang mencabar. Dah terbayang-bayang imej pacat yang menyambut dengan riang gembiranya. Berkenduri sakan la mereka. -,- 


Dan yang paling best ialah ini.



Hoho. Tawakal je la.



Kotak Air Gantikan Pasu Bunga

Hai allz..


Mari kitar semula barangan terpakai demi kesejahteraan sejagat.





Kreatif kan guna kotak air macam ni untuk gantikan pasu bunga. Jimat ruang dan lebih mudah diurus. Tak perlu nak angkat pasu berat berat dah. Mari kita sama sama praktikkan yow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...