Followers

Cicak Leopard Gecko



Assalamualaikum.

  
kalau cakap pasal cicak tokek mesti ramai yang tau kan?  cicak yang bapak besar menggerutu tak cantik bising. tapi ada khasiat untuk ubat HIV dengan AIDS tu kan.  tapi selain cicak tokek tu, sebenarnya banyak lagi cicak yang saiz besar.  contohnya cicak yang encik hati manis bele ni.  tapi ni bukan cicak tokek.  cicak ni namanya Leopard Gecko.


first time aku tengok gila bapak peghak la.   kalau Aiman Hakim Ridza tengok aku , konfem cakap wadahel budak ni jakun bapak. then aku goreng cicak ni hidup hidup sumbat dalam mulut dia sebab nak cover malu.  boleh? 


kali pertama tengok cicak yang besar dan cantik weh. sape tak peghak. kalau cicak ni la yang bergantungan dekat syiling rumah malam-malam tu,  konfem ayah aku takkan lastik cicak guna getah sayur bagi kucing makan dah. ayah aku bagi makanan kucing dekat binatang ni ada la bagi dia membiak banyak-banyak lagi bagi cantik rumah.



ini la Leopard Gecko. cantik kan warna dia.  biru kuning.  tapi kalau ada purple mesti lagi cantik. ^,^




cicak ni hidup suami isteri berdua je.  sekor nama Goku , sekor lagi nama Gohan.  Dragon Ball sangat kan.  aku rasa bini dia ni mandul kot sebab sampai sekarang tak dapat anak lagi.  ke jantan tu yang mandul. tapi aku tak tahu yang mana jantan yang mana betina. yang penting dua-dua cantik.




ini lah rumah diorang.  cukup la satu bilik kan. buat apa banyak banyak,  anak pun tak de.




okei yang ni jangan tanya aku diorang tengah buat apa kat dalam tu. sumpah aku tak tahu.


cara bele Leopard Gecko ni senang je.  dia makan cengkerik dengan ulat mealworm yang dicampur dengan calsium.  calcium ni bukan calci-yum yang makan makan boleh jadi tinggi kalah tiang letrik tu yek. karang ada yang suap binatang ni makan calci-yum pulak dah.  ni calcium B3 memang khas untuk binatang ni.  tujuannya supaya binatang ni tak kena penyakit. 


amacam,  hensem tak saya?


orang suka bele binatang ni sebab dia senang nak manage, tak de bau bau busuk bagai.  tapi kalau aku nak bele terima kasih je la.  tengok makanan dia je dah buat aku nak lari. ^__^




10 comments:

Syaza Syahira said...

cantik...tapi..geli sikit..hee~

kura said...

kalau ada warna pepel. gua beli sepuluh! hehehhh

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Cantik² kaler dia..tapi geli dengan cicak..

Crack said...

ohhh comeinya....

NJihe.am said...

nak bela, comel...:)

Sa Michaisi said...

aiyokkk . Wa suka ah sama cicak tapi itulah wa takut dia gigit ;O . Pengecut oranya .

putu indra said...

bang brapa satu geckonya...?

putu indra said...

gan brapa satu geckonya..... :)

Anonymous said...

nak bela ni x silap sy kena ada lesen,eh..cicak ni x boleh bertelur ke? siannya mandul pulak :p

Nurul Afifah said...

oh my..tak geli ke..cantik..tapi rasa mmg tak nak pegang kot..bela apatah lagi..

P/S : Jom sokong segmen pertama kami! >>> Segmen Blogwalking bersama AfifahAddnan dan Amiez

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...