Followers

Pusing Raya Wif Friend

Assaamualaikum..


semua orang still lagi dalam mood raya...   kat fb semua pakat upload gambar raya... jumpa kawan-kawan pun semua still lagi wish selamat hari raya walaupun kebanyakkan orang dah start kerja dan dah masuk belajar balik...  kat blog-blog pun semua cerita pasal pengalaman raya....  so, aku pun nak cerita pasal beraya dengan kawan-kawan masa raya ke-5 hari tu...



actually aku baru sampai rumah dari kampung pukul 2 pagi sebelum tu..  still lagi letih walaupun dalam kereta tidur je....  tapi Mr Oren beria-ia sangat nak aku beraya kat rumah dia, dia nak datang ambil n hantar balik... so, adik beradik aku pun join sekaki la sebab nak tambah duit raya... padahal tak sedar diri yang semua dah tua..haha...


actually dia baru je lepas test kereta dengan ayah dia... walaupun dia lagi lama dapat lesen dari aku, tapi ayah dia tak lepaskan dia drive sebab ayah dia tak yakin lagi dengan dia... so now baru ayah dia yakin sikit dekat dia...




ni mee kari yang mak dia masak...  sangat sedap, tak macam mee kari dekat kedai... dah makan mee kari kena makan nasi pulak...  baru beraya 1 rumah pun perut dah nak meletup...




walaupun dah besar tapi his mom still lagi bagi duit raya... mama dia sangat sporting... adik aku cakap mama dia macam mak Baek Seung Jo dalam cerita Playfull Kiss... so sporting...



ni dekat rumah shakira pulak...my old classmate... kat sini makan laksa pulak...  adik beradik aku terpaksa la ikut aku sebab driver pun ikut cakap aku kan.. hihi



lastly dekat rumah suhaila pulak... masa ni dah ramai kawan datang... kat sini perut aku memang dah mengaku kalah dah...  tak boleh masuk pape dah...


actually,  masa pergi beraya ni semua happy n excited tapi akibat sedikit kejadian yang tak diingini berlaku,
kami balik dalam keadaan yang terkejut, marah, sentap dan lain-lain....h0h0... hopefully lepas ni kejadian macam tu tak jadi dah...  kesian dekat Mr. Oren...=______=



So Cute...

Assalamualaikum...




comel tak baby ni?? comel kan?? nak tahu tak berape umur baby ni?? umur dia baru 5 hari... so cute kan?? ni baby boy anak sedara kepada sedara kepada sedara... haha.. aku pun tak tahu apa kaitan dia dengan family ayah aku... tapi yang aku tahu baby ni sangat cute kan??


meh layan layan gambar dia yang lain....


 cakk...!!   dah buka mata dah....


dah bukak kain pembalut dah... 


awat cebik-cebik ni??



Biskut Hijau??

Assalamualaikum...



oleh kerana kakak aku ni terlebih rajin tahun ni, semua kuih raya dia yang buat... mak aku just tambah biskut bakar n kerepek-kerepek je dan aku tambah sikit biskut raya yang aku beli dekat Masjid India...


sebelum tu aku nak bagi tahu yang cerita ni ialah cerita membahan macam cerita ayam pencen vs mak mertua..    tapi ni edisi raya punya..=D


masa hari first raya tu, Mr Oren dengan 2 orang kawan dia datang beraya kat rumah aku... dekat dalam balang biskut raya kat atas meja dah tersusun biskut-biskut raya yang kakak aku buat plus biskut bakar kaler hijau yang mak aku beli... hanya BISKUT BAKAR kaler HIJAU tu je BELI bukan kakak aku buat yek..  yang lain semua kakak aku buat!!


tengah rancak bersembang dan tetamu-tetamu tengah menjamu selera,   mak aku pun bagitau dekat Mr Oren yang semua biskut raya tu kakak aku yang buat...  Mr Oren pun macam wow la... cehhh....  pastu tiba-tiba Mr Oren cakap 'biskut hijau ni sedap la'...    mm,...   biskut HIJAU?? BISKUT BAKAR?? biskut yang mak aku BELI??  haha... aku dengan family aku gelak la...  Mr Oren tak tahu yang biskut tu je mak aku beli...  maknanya biskut yang kakak aku buat banyak-banyak tu semua tak sedap la... 
kuang... kuang.... kuangg.....



Kampung Oh Kampung

Assalamualaikum..



hari ketiga raya... masih di kampung di Yan, Kedah...  duduk di kampung belah ayah aku ni memang penuh dengan gelak tawa... tambah-tambah bila dah lepak sekali dengan Mak Ngah aku, memang rasa nak pecah perut aku gelak... 


kalau balik kampung Kedah ni, ada beberapa perkara wajib yang kami buat... belakang rumah tok aku ni bendang... bendang yang luas n background dia Gunung Jerai...  memang cantik sangat-sangat... tambah cantik kalau ada pelangi time lepas hujan...  wow, memang cantik ciptaan Allah...

that's Gunung Jerai..!!!


so bila dah ada bendang,  memancing ikan kat petak sawah adalah aktiviti yang tak boleh lepas... ayah dengan Pak Lang aku memang suka tangkap ikan... memancing, menjala, short karen, memang ayah dengan Pak Lang la pakar... aku pulak kalau balik kampung je mesti muka terbakar akibat berjemur kat sawah padi...


wow...  Mak Ngah dapat ikan haruan....


kawasan rumah tok aku ni jugak banyak air terjun dan dekat dengan laut... so setiap kali balik kampung family kitorang mesti pergi berkelah dekat air terjun dan jalan-jalan dekat tepi laut... air terjun yang selalu kitorang pergi Air Terjun Perigi dekat Gunung Jerai dengan Kawasan Rekreasi Batu Hampar... Air Terjun Perigi ni yang Remy Ishak dengan Maya Karin berlakon dalam cerita Cun tu... air terjun dia memang tinggi, sejuk dan sangat best!! laut pulak kami selalu pergi Pantai Murni dengan Tanjung Dawai...  bestt!!



anak ketam... 




Raya Ke-2 at Perlis

Assalamualaikum...


hari kedua beraya di Kedah... we r going to Perlis...  actually this is dad's original hometown... tempat ayah membesar n bersekolah before pindah ke Sedaka dan Yan... kalau turn family aku raya belah ayah kat Kedah, Perlis adalah salah satu tempat yang wajib pergi sebab ramai sedara ayah tinggal kat sana...  walaupun hampir setiap tahun aku pergi sana, jangan la tanya kat aku nama daerah atau tempat tu in specific... haha... jangan harap la aku nak tau...huaaa3


we also going to visit dad's uncle (i think!) in Hospital Tuanku Fauziah... kalau pergi hospital, mesti teringat kenangan masa kena oprate dulu...  but i think Hospital Serdang is much much much more better dari Hospital Tuanku Fauziah... facilities, condition hospital.. maybe sebab hospital ni hospital lama kot... 


masa otw balik kitorang singgah makan kat Kuala Perlis.. kat medan selera tepi laut dekat dengan Jeti Kuala Perlis... tok aku nak buka puasa n sedara perlis cadangkan kitorang makan laksa Perlis... diorang cakap laksa perlis ni sedap sebab diorang buat kuah laksa tu dari belut..  kami pon semua pakat order laksa nak try... mungkin kami salah pilih kedai atau orang tu tak pandai masak, laksa yang kitorang dapat mm,  boleh makan la... tapi sedap lagi laksa Kuala Kangsar kot...




Salam Aidilfitri 1433

Assalamualaikum...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN....



alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah puasa lagi sekali tahun ni... alhamdulillah jugak sbb tahun ni aku dapat mnjalani ibadah puasa di rumah bersama family tercinta.. syawal tahun ni tak ada beza dengan tahun-tahun lepas... sampul raya yang berjaya diedarkan oleh mak aku hanya la 24 keping mewakili 24 orang je budak-budak yang datang beraya kat rumah aku.. h0h0..  



raya kali ni jugak sangat memberansangkan apabila petang raya boleh tidur dengan nyenyaknye sebab tak ada orang datang rumah...  malamnye pulak dihabiskan dengan makan jam kat atas highway untuk pulang ke kampung halaman...  kalau nak buat jam makan dengan roti mungkin boleh habiskan 1 lori roti sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Yan, Kedah....  


tinggal lagi seminggu je nak bercuti dengan family sebelum kembali menstresskan kepala...  ayuh, manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya...yeayyy!!!




Korang tahu apa tu wel wel??

Assalamualaikum...



korang tahu tak apa itu wel wel ?? ala, yang kaum india cucuk- cucuk badan dan berarak tu....   perayaan Kavadi kot...  aku tak tahu apa nama sebenar dia tapi family aku panggil wel wel je... 



perayaaan ni la...

petang tadi kami 1 family pergi beli barang dapur kat Mydin Meru Raya... kami lalu jalan Chepor dan masa dalam perjalanan tu tiba-tiba jalan jem...  selalunya kalau tiba-tiba jem ni mesti ada excident kan?? bak kata nabil.... "orang Malaysia kita"...   tapi rupa-rupanya ada kaum India berkumpul kat tepi jalan... nak cakap kuil tak macam kuil, macam pondok je...  dah la laluan dekat situ sempit.. aku tak tahu apa yang diorang buat...



but masa otw balik tu lagi teruk jem, rupa-rupanya diorang buat perarakan wel wel tu...  ada 2 orang lelaki diorang cucuk-cucuk badan dia dengan mata kail...  sorang tu badan dia besar sangat....  memang seram gila aku tengok...  yang lain tu ikut berarak dekat belakang... ada yang tak pakai kasut dekat atas jalan tar yang panas terik tu... ada perempuan yang kepala botak...


yang peliknya sekarang ni masa kaum India beraya ke?? setahu aku lambat lagi...  nak cakap diorang celebrate Nuzul Quran esok tak jugak....  konfius dennn!!


masa tu memang aku cuak sangat sebab boleh guna 1 jalan je...  jalan belah aku diorang guna nak berarak...  n kereta depan aku semua dah lepas, tinggal kereta aku dengan belakang-belakang yang tersangkut.... yang peliknya tak ada pun polis atau rela yang berkawal kat situ...  dan itulah yang paling aku takut....  kalau jadi apa-apa nasib la...


nasib baik ada beberapa orang yang ikut berarak tu yang prihatin tolong bagi jalan belah aku clear sikit... masa kereta aku lepas je dari situ aku terus pecut...  masa tu hanya Allah je la yang tau macam mana cuaknya aku rasa....   it's not aku pandang serong dekat kaum diorang tapi maybe lebih berhati-hati...  kita tak tahu apa yang mereka buat...  takut aihhhh~


p/s -->  aku ada terjumpa artikel pasal perayaan ni... kalau nak tahu baca kat sini...






Sharing is caring kan ??

Assalamualaikum...


duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti yang memberansangkan di bulan puasa ni rasa macam membazir masa dan memendekkan usia je...  mana tak nya,  masa makan n tidur bertambah dan masa senaman atau buat kerja berkurang...  



aishh...  mula-mula memang la rasa heaven  giler hidup...    tapi lama-lama bosan la pulak...  macam mana la penganggur tegar tu bole hidup goyang kaki je...  tak bosan dan lenguh ke kaki tu.... kalau la masa-masa time nak exam lapang macam ni,   tak payah fikir pape..  kan masyuk hidup...  



so,  sapa-sapa ada tak cadangan aktiviti yang berfaedah yang boleh dikongsi selain dari tolong mak kemas laman atau buat biskut raya berbalang-balang ? ? mari la kita share sekali...
sharing kan caring...
(^_____^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...