Followers

AWAS...!!!









Cerita Langkawi #3 : Kereta Kabel Langkawi



Assalamualaikum.
And well hello dear...




Salah satu benda yang wajib buat kalau ke Langkawi semestinya naik Cable Car Langkawi. Kereta Kabel terpanjang dan tertinggi tuh. Walaupun dah berapa kali naik kereta kabel kat genting, tapi still rasa kereta kabel langkawi ni paling mengancam nyawa dan sanubari diri sejagat. Malas nak cerita panjang, kita layan gambar je la ek.




Cable Car tu yang nampak kecil atau saya yang besar sangat? Macam muat untuk seorang je kan?



tapi ni nampak luas pulak. -,-




Tinggi tak? tinggi tak?




And the view up there, Subhanallah. Sangat sangat cantik. Dikelilingi laut seluas luas alam. Nampak pulau pulau keliling Langkawi ni. 




Paling cantik, awan dan langit kat atas tu. Sangat amazing.





Picture that i love the most. Smart kan? Kecuali mamat mamat kat atas tu. Tak sedar langsung bila masa diorang interframe sekali.




Cable Car Langkawi ni lokasi dia dekat Oriental Village. Dekat kawasan sekeliling ni ada banyak kedai cenderamata dan lanskap yang cantik untuk tangkap gambar.




So, kalau nak shopping pun boleh dekat sini. Kedai bebas cukai pun ada di sini. 


And one more....




I don't know when they go to this place. But siyesly, kau cakap kau pergi korea pon orang percaya. Winter Sonata tu. Korean village sangat khon. Mihmih.


Cerita Langkawi #2 : Makam Mahsuri dan Air Terjun Telaga Tujuh




Hari kedua di Langkawi, kami jalan jalan ronda Langkawi. Lepas hantar Miyah n Syira doing their work kat Underwater World, we going to Makam Mahsuri. Haruslah pilih destinasi macam pergi rombongan sekolah kan. -.-  




Aku yang first time pergi Langkawi mesti la terkinja kinja nak pergi sini kan. Sekurang-kurangnya kalau orang tanya salah silah mahsuri, tahu la jugak nak labun apa kan. Mihmih. Tengahari rembang melawat makam adalah perkara yang tak elok kan. Tapi lagi tak elok kalau bising bising pasang lagu buat tarian sebelah makam kan? 




dekat belakang tu ada la dia cerita sapa sapa sapa tengah berbincang. Kalau orang betul tu dah lama kami kena pelangkung duk main main masa orang tengah serius.




Kampung kedah. Dekat sini ada rumah mahsuri dengan bendahara bendaharanya. Rumah kampung, biasa la. Mat Saleh maybe la akan terpesona tahap pelik kan. Kita orang Melayu, biasa biasa je la. Dan biasa la, kalau bukan musim cuti sekolah banyak tempat diorang tutup sebab nak renovate. Nasib la kan.




This is the Telaga Mahsuri. Air ni tak boleh minum macam tu je. Tapi dekat tepi ni ada kiosk jual air telaga yang dah di proses. So, sediakan duit untuk kesihatan nyawa sejagat.




Sweet kan gambar ni, ini dekat Teluk Datai. Pantainya sangat cantik. Boleh jadi destinasi honeymoon ni. Mihmih.




Pulau dekat belakang tu ialah Pulau Tiga Beradik. Dekat sini tak ramai orang, ada Mat Saleh berjemur dengan orang main jet ski. Kalau orang lelaki nak cuci mata dan tambah dosa zina mata boleh datang sini. :p





Next station, we go to Ayaq Terjun Telaga Tujuh kata orang Kedah. Tempat ni dekat dengan kereta kabel Langkawi. Ekceli bukan nama air terjun tu telaga tujuh tapi air terjun dan telaga tujuh tu berada di kawasan yang sama. Tapi saya ingin tekankan disini. Kepada orang orang yang dah berusia atau ada sakit lutut and etc, tak payah la datang sini. Budak pendek umur 22 ni pun baru naik tak sampai separuh dah semput. Nanti tak sampai separuh jalan dah tak larat.




You see the stairs, ni baru sikit ni. Belum tengok yang extreme punya lagi.




Subhanallah. Penat macam mana pun, bila tengok air terjun yang tinggi gilerss, cantik gilerss dan sejuk gilerss, hilang segala penat lelah memanjat. Serius cantik, ni baru tengok gambar, in real lagi d0ploh kali ganda cantiknya. 


Dekat sini berlaku satu insiden yang ngeng sikit. Boleh pulak beg Basyi jatuh dalam air dekat celah celah batu yang airnya dalam. We all semua tak bawak baju, macam mana nak terjun? Nasib baik ada couple Mat Saleh tengah mandii dekat situ. Memang habis semua fon, purse, basah lenjun. Haigooo, nasib baik beg je yang jatuh, kalau dengan Basyi sekali jatuh tak tau la nak cakap apa kan. Hikhik.




Quote of The Day








Saya dan Tun Dr. Mahathir Mohamad




22.03.2013. Hari ini dalam sejarah. I got to see Tun Mahathir Mohamad face to face. (Wah, fengsan akibat terlebih excited). Siapa tak kenal Tun Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia memang nak kena cepuk la kan.




Tun Dr. Mahathir dan wife dia Tun Siti Hasmah datang ke UKM sempena program bual bicara Mahasiswa Dan Kedaulatan Negara. Program mula pukul 9 malam tapi pukul 8 dah terpacak dekat DECTAR. Semua orang sangat excited nak jumpa bekas Perdana Menteri ni termasuk la saya. Mihmih.






Bila Tun masuk je dewan tu, i can't describe the feeling. Sangat teruja. Yes, i'm very admired him. But when i see muka Tun dengan wife dia, terasa macam atuk dan nenek sendiri pulak. Sangat kesian tengok Tun Hasmah jalan kena pimpin. Yela, orang dah berumur kan. And they are older than my own grandmother. Panjang umur.


Sepanjang bual bicara tu, banyak cerita yang Tun kongsikan. Dan sangat benar, kita tak boleh dengar rumour dari orang lain. Kalau nak tahu cerita sebetulnya, kena tanya pada tuan cerita itu sendiri. Contohnya cerita pasal masa Tun letak jawatan as Perdana Menteri dulu, duit Malaysia tinggal sedikit. Dan ramai orang cakap Tun yang ambil duit tu. 


But the truth is, memang Tun akui sendiri masa tu duit tinggal sikit tapi sebenarnya duit duit tu dia laburkan ke arah yang akan menyumbang kepada pemdapatan negara di kemudian hari. Kira pelaburan la. Contohnya buat KLIA yang telan kos juta juta. Dan sekarang ni dah dapat hasil. Sempat jugak Tun buat lawak, Tun cakap dia laburkan buat Putrajaya dan ramai cakap membazir. Tapi sekarang ni tempat tu la yang orang dok pergi.




Masa sesi soal jawab ada student tanya pengalaman Tun lalui saat saat getir masa kegawatan ekonomi Malaysia dulu. Dan Tun cerita la macam mana dia lalui masa tu. Dia selidik kenapa matawang kita jatuh, selidik macam mana bank berurusan. And lastly he said, 'ni rahsia ya, jangan bagitau orang'. Haha. He told satu dewan pastu dia cakap ini rahsia. :p





And the most excited one, saya dapat salam dengan Tun Siti Hasmah. Twice. Agak agak Tun perasan ke tak budak yang sama je asyik salam kan. Hikhik. 


Cerita Langkawi #1 : Underwater World



Dah dekat sebulan balik dari Langkawi, baru sekarang nak update cerita Langkawi. Hihi. Well u know. Final year student, busy dengan apa lagi kalau bukan tesis kan. Ahh, sebut tesis je mula stresss!! Okei, kita tolak tepi pasal tesis, mari kita mulakan penjelajahan ke Langkawi Kota Mahsuri!





Dah nama pun tujuan utama pergi sana sebab nak pergi tengok penguin di Underwater World, so sampai je Motel Seri Mutiara di Kuah, mandi, berehat sekejap dan terus ke Underwater World di Pantai Cenang. Perjalanan lebih kurang 30 minit dari Pekan Kuah ke Pantai Cenang.


Janji dengan pegawai Underwater World nak datang pukul 11 pagi dan sampai sampai, orang tu dah tunggu. Harga tiket masuk Underwater World ialah......... Free!! Coz we got this pass.




Pass pelawat. Well, kalau atas nama student yang datang nak buat kajian. Masuk haruslah free kan. Tapi yang nak kaji pasal penguin ni dua orang je, yang datang sampai lima orang. Mihmih. Nasib la Underwater World oii, bersedekah. :)





Tapi sebab ikut pegawai Underwater World, tak dapat la nak tengok ikan lama lama, sambil tangkap tangkap gambar kan. Segan oii dengan abang tu. Tu pon nak pergi toilet dia tunggu jugak. =__=




Petang pulak, still dalam Underwater World lagi tapi dekat library office dia. Sementara orang tu bagi penerangan dekat dua orang ni, kami yang lain duk membuta tak ingat dunia. Penat hoii, perjalanan 12 jam then terus datang sini. Tidur dalam bas bukan boleh lena pun. 


So, where is the penguins?


Hai hai, this is me. Rockhopper penguin. 



Spesies penguin ini sangat ganas okei. Makan pun duk berebut. Tapi comel. Macam dalam game Farm frenzy. :)




And this is my friend, Miyah, doing their work wif baby baby kecilnya. Jeles kan tengok dia dapat masuk dalam akuarium penguin tu? tak pe tak pe. Jom kita pergi kutub. :p


MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara



Dah lama tak update, mari kita join GA dari Mak Dara. GA yang Mak Dara buat ni sangat spesial okei. Apa yang spesialnya? Sangat manyak spesial maa. 
Dengar nama GA pon dah spesial. 

"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"



Ala-ala Malaysian Next Top Model pulak kan. Nak jadi model tak cukup ketinggian, marilah ramai ramai kita masuk Malaysia's Next Top Lucky Blogger ni. 


Kedua spesialnya GA ni sebab sangat ramai sponsor yang jadi penaja segmen ini. 30 penaja uollz!!  Kalau lebih dari satu dah dikira banyak, ni lebih dari 20 berkali kali ganda banyaknya yek. 

Penaja penajanya ialah...



semua blogger blogger hebat tu. h0h0. Dan bila penajanya ramai, semestinya hadiah pon banyak. 
Yeaayyy!! Syuker syuker syuker. :)


so, di sini saya nak tag..




Kek Menyerupai Bayi Hidup



" Rekaan aneh itu kelihatan seolah-olah hidup termasuk bayi yang masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya. 
Sebilah gunting yang dibuat daripada gula aising melengkapkan hadiah selamat datang ke dunia yang cukup pelik itu. "



Selalunya kalau kek hari jadi or wedding, kita akan hias cantik cantik, letak bunga bagai kan. Tapi macam mana pulak kek kek untuk sambut orang baru ni? Agak agak ada ke orang yang sanggup potong kek bentuk bayi ni?




Tambah tambah kalau kek bentuk bayi comel macam ni? Macam bayi hidup weh...




Kalau saya memang tak sanggup. Kalau patung barbie pon kita boleh sayang dan anggap macam anak betul. Kek ni macam mana? Nak potong potong lagi? Dah macam cerita Kerat 14 pulak. Oh, tak sanggup. 





Kreatif memang sangat kreatif. Tapi kadang kadang dah terlebih kreatif sampai jadi pelik sangat pulak kan. 
-,-



*sumber gambar dari g00gle*



Rahsia Cantik RM5 di Daiso




Orang cakap, benda yang baik jangan guna sorang sorang, lebih baik dikongsi untuk kesejahteraan hidup sejagat. Cewahhh.... Ekceli sebenarnya selalu jeles dekat orang orang orang yang selalu share produk bagi cantik yang diorang pakai. Tapi nak beli dengan duit PTPTN yang seciput sedut tu sangat la mampu memudaratkan diri dihujung semester nanti. 


Makanya demi nak cantik tapi duit pun selamat, marilah sama sama kita serbu Daiso. Tau tak Daiso tu binatang apa? Daiso tu kedai yang jual macam macam barang termasuklah perkakasan rumah, pinggan mangkuk, produk kecantikan, barang hadiah, alat tulis dan macam macam lagi yang berharga RM5. Semua barang dalam kedai ni lima hinggit weh. Dan barang barang ni semua diimport dari Jepun. Amek kau. Tak dapat merasa pergi Jepun, dapat beli barang diorang pun jadi la kan.



Kalau masuk Daiso ni sangat sangat best. Sebabnya banyak barang barang yang tak ada dekat Malaysia, ada dekat sini. Contohnya macam kayu untuk pakai kasut sarung tanpa tunduk pegang kasut, bekas buat aiskrim paddle pop sendiri dan macam macam lagi. Kalau nak tahu benda tu macam mana, pergi Daiso tengok sendiri.


Dan yang paling best, kita boleh cantik hanya dengan lima hinggit. Dekat Daiso ni ada macam macam produk kecantikan dan barang make up. Dan yang paling popular adalah Charcoal Mask ni.




Sebab apa saya cakap popular? Sebab dah nak dekat sepuluh kali saya cari dekat Daiso The Mines dengan Daiso Aeon Ipoh dari tahun lepas tapi asyik out of stock je, last last dapat dekat Daiso Mid Valley. Punya susahnya nak cari benda ni. Kalau dekat online diorang jual ada yang sampai RM25, padahal harga sebenar RM5 je. Hamboiiiii....


Charcoal Mask ni fungsinya untuk hilangkan blackhead dan whitehead. Guna dia macam guna gam. Sapu pada bahagian hidung, lepas dah kering, tarik. Memang akan nampak kesannya lepas tarik tu. 



Kalau tak nak jenis gam gam boleh guna Pore Care Pack ni. Hanya perlu tampal je kat hidung. Fungsi nya sama juga macam Charcoal Mask tu. Dalam satu kotak ada empat pack so boleh guna empat kali. Tapi best lagi Charcoal Mask tu.



Kalau nak kulit muka sehalus bayi pula, boleh cuba BB Face Mask With Collagen ni. Harga dia lima hinggit juga dan dalam dia ada dua keping mask macam ni.



Pakai sebelum tidur dan pagi esok boleh la usap usap pipi doplohpat jam. Siyesly kulit muka akan jadi lembut. I love this the most. Tapi jangan silap pilih pula sebab dia ada dua jenis. Satu with Collagen satu lagi with Hyaluronic Acid kalau tak silap. Baik amik collagen punya sebab acid kan tak elok.

So, apa lagi. Jom serbu Daiso..... :D






Perempuan Dalam Hidup Saya



Dalam hidup saya, saya dikelilingi oleh ramai perempuan. My siblings are all girls. My mom's siblings almost all women. Cucu opah juga majoriti adalah perempuan. Di sebelah ayah pula, hanya Mak Ngah sahaja adik perempuan ayah namun majoriti cucu tok juga adalah perempuan. You see, betapa pupusnya kaum adam di dunia ni?




Hidup dalam majoritinya wanita, masa kecil saya suka berlaku kecelaruan identiti. Since kecil, Abang Fadhilah jiran sebelah selalu panggil saya Abang Shahrul coz i like to act like boy. Pergi mengaji pun pakai baju melayu. -,- Maybe masa my mom pregnant, she want a boy but get girl. Until secondary school, i always want to be tomboy. Astaghfirullah.



Until after SPM, i got to know Mr. Oren. Sedikit demi sedikit mula berubah menjadi perempuan sejati. Cewaah. I start to love pinky thing rather then blue. Start to pakai losyen losyen bagai. And mula jadi lembut, sikit. 



Hidup dalam adik beradik yang kesemuanya perempuan, we can share everything together. Dulu tak rasa sangat tapi semenjak majoriti kami masuk U dan jarang balik, hubungan yang dulunya 'bajet kau tak hebat, aku lagi pandai' dah bertukar kepada 'weh, cuti nanti balik tau, kita pergi holiday satu family'.




Dua wanita yang paling hebat that i respect the most is of course My Beloved Mom. My mom wanita  superwomen in my family yang dah besarkan kami adik beradik dengan penuh take care. Sangat take care sampai baru keluar rumah empat jam, dah call tanya bila nak balik. -,-' And My Sis yang jadi pendorong kepada adik adik dia untuk ikut jejak langkah dia belajar pandai pandai dan masuk U. 



Sempena Hari Wanita Sedunia. I want to wish to all My Sibling expecially and women out there. 


'SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA'




Let's buktikan bahawasanya tangan yang menghayun buaian ini boleh menggoncang dunia! 



Penangan Baucer Buku 1 Malaysia



Mesti ramai yang dah habis guna baucer buku kan? Siapa tak habis lagi? Orang cakap bersedekah tak semestinya guna duit. Haha. For me, baucer baru dapat hari Jumaat, hari Isnin minggu depannya dah selamat tinggal sampul. Bagi la berapa banyak pun, mesti rasa tak cukup kan.




Seperti baucer buku tahun lepas, hanya beberapa ketul novel je yang selamat dibeli. Selebihnya, selamat buat spek mata baru. Muahaha.

Berkat nota kuliah dari lecturer dan senior, baucer buku 250 hinggit ni hanya untuk beli barang bacaan sampingan sahaja. Mana cukup nak beli buku rujukan yang harga beratus riban tu. Baik pinjam dekat library kan. Hikhik




So untuk tahun ni, dua buah buku yang memang lama aim nak beli, berjaya dibeli. Dan selebihnya....




New hard disk untuk keselamatan data tesis sejagat. Mihmihmih. Jangan salahkan diri tak guna baucer buku untuk beli buku. Salahkan siapa yang anjurkan PC Fair yang boleh beli barang IT guna Baucer Buku. Haha. Okei, minggu depan ada PC Fair lagi dekat sini. Siapa nak beli barang IT? Lai Lai Laiiii... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...