Followers

Bahaya : Pokok Haba Neraka Penyebab Keguguran



Assalamualaikum..


Pokok Haba Neraka -


nama pun dah evil gila kan. pokok ni sangat sangat sangat bahaya kepada wanita yang dah berkahwin terutamanya yang sedang mengandung. pokok ni memang tak ada khasiat tapi orang selalu tanam sebab bunga dia cantik, warna kuning giteu. pokok ni sangat bahaya kepada ibu mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran. kalau wanita yang lepas kahwin dan tak sedar dia mengandung pun bahaya, debu bunga pokok ni kalau dihidu boleh sebabkan keguguran.




satu kes diceritakan oleh orang Taman Herba ni, ada sepasang suami isteri ni dah kahwin 20 tahun tapi tak dapat anak. doktor cakap suami dan isteri tak ada masalah apa apa pun, bila dia datang dekat Taman Herba ni baru diorang tahu punca diorang tak dapat anak. rupa rupanya dekat rumah diorang, diorang tanam pokok Haba Neraka ni keliling rumah. memang la tak dapat anak. hari hari sedut debu bunga pokok ni.


dan lagi satu kes, diorang buat pameran dekat satu tempat tu dan diorang tak sedar ada orang ambil sikit pokok ni. lepas berapa lama tu ada sorang perempuan call Taman Herba ni cakap terima kasih sebab pokok Haba Neraka ni memang mujarab, dia guna untuk gugurkan kandungan dia. Astaghfirullah..........




so, cepat cepat la pergi tengok dekat laman rumah masing masing. takut takut la ada tanam pokok ni buat hiasan jadi pagar rumah. lebih baik buang tanam pokok lain. nanti tak pasal pasal baby dalam kandungan jadi mangsa.




GilaPing : Cara Terbaru Naikkan Trafik



Assalamualaikum..


Siyesly GilaPing ni sangat berkesan. aku tak tahu benda ni dah lama atau baru wujud tapi bagi orang yang ketinggalan sangat macam aku ni, semestinya baru sedar akan kewujudan laman web ni. Oleh sebab blog ni dah lama bersawang akibat tuannya yang busy memanjang dan malas blogwalking, trafic semakin nazak. paling nazak sampai 12 pageview je sehari. 


Semalam tengah godek godek internet ni tiba tiba jumpa GilaPing.com ni. laman web ni tempat kita ping entry dan orang akan baca entry kita berdasarkan subjek. yang bestnye sebab tak payah susah susah nak daftar daftar bagai. hanya log in guna facebook je. senang dan cepat! dan aku try ping entry dekat sini dan ini lah hasilnya.





aku ping pukul 12 tengah malam semalam. sebelum tu pageview ada la 30 lebih kot. bangun bangun pagi hah, terbeliak terus bijik mata. 203! cepatnye naik.



today pageview ni aku printscreen pukul 10 pagi. see, baru pukul 10 dah 99 pageview. cepat giler trafic masuk. sangat sangat bagus ping entry dekat sini. sila la try. hihi :)





Pokok dan khasiatnya di Taman Herba Perak



Assalamualaikum


fieldwork yang lepas kami singgah ke Taman Herba Perak Darul Ridzuan. taman herba ni terletak di Batu Gajah, Perak berdekatan dengan Gopeng. ekceli, walaupun aku ni dah duduk menetap kat perak 20 tahun 11 bulan, tapi this my first time aku dengar dan tahu tempat ni. selama ni selalu lalu lalang dekat situ hantar adik pergi Matrik Perak, tapi tak pernah tahu. haisshh, malu kejap mengaku orang perak.


dekat sini banyak sangat informasi pasal tumbuhan dan khasiatnya diorang bagitau. ekceli, banyak pokok pokok yang kita biasa tengok dan petik buat main masak masak dalam tempurung kelapa masa kecik kecik dulu tapi sebenarnya ada banyak khasiat. 


bila jalan dekat dalamTaman Herba ni, baru tahu rupa-rupanya banyak pokok yang mak aku tanam dekat rumah, baca penerangan dia rupa rupanya boleh buat ubat. selalu dekat rumah buat petik uneh uneh je. -,-'





macam pokok Pisang Tali ni. dekat rumah korang atau jiran jiran mesti ada tanam kan? orang tanam sebab cantik macam merecun papan kan. tapi sebenarnya dia ada khasiat untuk rawat sakit usus, demam kuning dan darah tinggi. hah, memang elok sangat untuk mak aku yang ada darah tinggi. cara-caranya hanya rebus rizom dia dan minum. rizom tu bahagian pokok antara batang dan akar. bentuk dia macam halia.



hah, pokok Jenjuang ni mak aku panggil pokok puding. memang banyak orang tanam buat hiasan. pokok ni pun banyak khasiat antaranya untuk rawat kencing berdarah, batuk berdarah, tibi, kurang darah, demam panas, sakit gusi bengkak, sakit sendi, cacar dan kudis. huh, banyak gila khasiat dia. dan pokok ni jugak baik untuk rawat masalah haid untuk kaum wanita.



pokok Lidah Ayam ni pun banyak di tanam sebagai hiasan. dekat tepi jalan pun banyak kan. pokok ni berkhasiat untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan kencing manis. cara dia senang je, rendam daun pokok ni dalam air dan minum air rendaman tu. see, tak payah pergi klinik jumpa doktor bawak buku tiga lima dah.



pokok ni paling mak aku suka. macam macam warna bunga dah mak aku kumpul buat koleksi. aku pulak tukang kutil bunga dia. haha. pokok Ros Jepun ni berkhasiat untuk rawat sakit kerongkong, mengecutkan bengkak, melegakan radang, sakit kulit, lecur, ruam, terbakar serta buat cuci mulut. hah, siapa rasa mulut dia macam longkang boleh la guna pokok Ros Jepun ni. cara-caranya, baca sendiri dekat gambar tu. malas nak taip panjang panjang. hihi.


ada banyak lagi pokok-pokok yang banyak khasiat dekat sini. dan banyak jugak yang aku snap gambar pokok dengan penerangan dia. kalau rajin nanti ada la sambungannya. kalau tak ada tu paham paham je la yek! =)









Baby Diana, menagih perhatian di Twitter



Assalamualaikum


sekarang ni kecoh pasal Baby Diana ni dekat Twitter. sorang lagi manusia yang saja nak tarik perhatian dengan mengaku hilang dara.  dan sekarang ni boyfriend dia dah tinggalkan dia. aku tak tahu dia ni betul ke tak tapi macam saja je nak tarik perhatian. 




beberapa hari lepas kecoh pasal LYANA EVANS dengan AYUNI. yang Lyana Evans ni tweet macam macam maki hamun bapak dia dan yang paling teruk sampai doakan bapak mati cepat. lepas dah ramai  orang follow dia,dia tweet benda bukan bukan pulak. cakap benda tak senonoh macam macam. ramai yang cakap ni akaun palsu dan aku rasa pun ni memang akaun palsu.




yang si Ayuni ni pulak backup sangat artis Kpop sampai mengaku dah tukar kerakyatan jadi orang Korea. ni la akibatnya kalau dah fanatik terlebih sangat. 


yang lawaknya sekarang ni Baby Diana dengan Lyana Evans ni dah fight pulak gaduh sesama sendiri. masing masing nak cari perhatian lebih. aiyoo, perlu ke sampai macam tu sekali. memalukan kaum wanita je diorang ni.




Ekspedisi rafflesia



Assalamualaikum..


Aktiviti pagi ni, mendaki Hutan Bersia. Perjalanan yang memang sangat sangat sangat mencabar. 2 jam meredah hutan, seberang sungai, gunung dan bukit, baru sampai tempat yang dituju. Tu baru perjalanan pergi, balik 2 jam lagi. Pukul 10 pagi masuk hutan, pukul 3.30 petang baru nampak dunia balik.




Paling mencabar part bertinju dengan pacat. Memang siyesly banyak dan montel montel pacat dekat situ. Maklum la hutan dara lagi, means tak dicerobohi lagi. *jangan pikir lain okeii. Yang anak anak pacat kecik cinonet pon tak nak kalah. Mak bapak pacat kalau nampak boleh terus buang sambil menjerit histeria satu kampung, tapi kanak-kanak pacat yang cilik ni senyap senyap je weh. Sedar sedar dah berdarah kat stoking. Tu belum yang masuk dalam baju lagi.


Penat tak payah nak cakap la. Belum ditambah luka dan sengal sengal sebab jatuh dengan kena duri lagi. Kaki pun dah terseliuh bagai. Tulang dah lari dari kedudukan asal. Tapi perasaan penat semua hilang lepas jumpa apa yang dicari.




See,, It's refflesia. New spesies detected. Agak agak boleh letak nama aku tak? Haha..




nantikan spesis baru Rafflesia natasha. haha. okei tak?



Bas baru UKM



Assalamualaikum..


Pagi ni bertolak pergi fieldwork kat Kg Gajah dengan Grik. Dah mula perjalanan tapi tentatif program tak dibagi tahu lagi. Harap harap pergi tempat tempat menarik je. Biasa la, motif aku kan nak pergi berjimba je. Hihi.


Bas sampai je semua eksited. Yeayy, naik bas baru. Bau kedai lagi ni. Nampak gah je. Hah, baru la rasa bangga sikit naik bas UKM. bas lama bangga jugak tapi bas baru ni bangga berganda sikit. Haha.




Lumrah manusia, nak yang baru je pastu yang lama dilupakan. -,-'



Fieldwork again and again!



Assalamualaikum..


bukan student sains environment la namanya kalau tak asyik pergi fieldwork je memanjang. dalam sem ni je pun dah berapa kali pergi filedwork. esok pulak aku akan berangkat ke Kg Gajah dengan Grik, Perak. fieldwork untuk subjek Etnobotani dan Ekonomi Sekitaran. 


yang tak bestnye sem ni semua fieldwork aku dekat Perak je. balik balik lalu highway yang sama. balik kampung pun lalu situ jugak. tak berkembang langsung. cuba buat fieldwork dekat Sabah Sarawak ke, Korea ke, berkobar kobar sikit jiwa raga nak pergi. 


kenangan fieldwork kat korea. *sila abaikan bendera Malaysia kat belakang tu.


tak sabar nak berjimba jimba lepas seminggu bergelumang dengan assaigment yang tak pernah tahu nak pencen. setiap minggu ada je yang bertambah. bila nak habis ntah. memang nasib student final year! -,-'

last but not least, mintak tolong doakan kawan sekolah aku dulu yang tengah bertarung nyawa dekat hospital sebab eksiden semalam. sampai sekarang still tak sedarkan diri. semoga dia selamat dan kembali seperti sedia kala. dan please pray for my journey esok! thanx and bye! :)



Gencatan senjata ke atas Gaza

Assalamualaikum..



alhamdulillah. akhirnya israel dah isytiharkan gencatan senjata ke atas Gaza. lepas dah beratus-ratus nyawa orang yang tak berdosa terkorban, baru nak buat gencatan senjata. antara persetujuan gencatan senjata ni....


1. Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut ke atas Gaza.

2. Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barang keperluan.

3. Hamas dikehendaki menghentikan serangan roket ke Israel.

4. Benteng yang mengelilingi Gaza akan diturunkan selepas 24 jam gencatan senjata berlangsung.

5. Mesir akan menjadi penjamin bagi gencatan senjata ini.





alhamdulillah.  harap harap Zionis laknatullah ni tak langgar syarat syarat ni. tak sanggup nak tengok nyawa nyawa anak kecik melayang macam tu je. baru tengok gambar dekat fb dah gerun, belum lagi merasa ada dekat tempat diorang yang kehilangan family dalam keadaan mengayat hati. mintak dijauhkan. Amin~




Header berwajah baru


Assalamualaikum..



:) cantik tak kepala baru blog ni? cantik kan? cantik kan? hihi.. yea, header cantik dan simple ni ada orang bagi free. ye FREE! wah, pemurahnya orang tu. nak tahu mana saya dapat? tuan empunya blog Berlygerly yang bagi iaitu Cik Ain. 

ekceli memang dah lama nak tukar kepala baru tapi idea idea kreatif bersembunyi disebalik urat urat otak yang bersimpul. aku kan otak sains bukan otak seni. sebab tu masa SPM dulu last last minit drop subjek Pendidikan Seni. tak pasal pasal kena denda bayar RM30. -,-'




minggu lepas ternampak offer dari Cik Ain ni dekat blog dia. dia nak bagi header free sampai 31.12.2012 . hah, apa lagi. tawaran sudah di depan mata haruslah disapu habis. memang sangat pantas dia buat. pukul 7 bagi dia detail detail nak kepala yang macam mana,  pukul 9 dah taaa raaa.....  header cantik menarik tertarik dah terpangpang di depan mata.  


so sapa sapa yang rasa nak header free tu apa lagi. cepat cepat la serbu blog dia. pasti korang tersenyum riang macam aku. hihi :)



Bergambar dengan Perdana Menteri



Assalamualaikum..





hari sabtu lepas aku buat rumah terbuka deepavali.  eh, aku pergi rumah terbuka deepavali.  oleh sebab diorang buat dekat dengan area rumah aku, aku pun terlajak ke sini lepas serang PC Fair dekat Stadium Indera Mulia dengan tengok pertandingan nyanyian motor Modenas dekat Mydin Meru Raya.  





bajet dalam hati takut juga nak pergi sebab takut aku sorang je yang sesat pakai tudung dekat situ, yang lain pakai sari.  tapi baru cari parking tengok penuh dengan orang Melayu je. eh,  ni sambutan Deepavali ke Aidiladha? masuk masuk je, Melayu mendominasi okei. that is the true 1 Malaysia.





and paling best tengok semua peringkat umur ada, i think up till 70++.  opah opah yang bongkok bertongkat pun ada. semangat giler datang dari jauh sebab nak tengok our Perdana Menteri.  tapi orang orang muda kita semangat giler kutuk PM dekat fb je.


tapi aku rasa 70% yang datang sebab nak makan free.  PM tak sampai lagi, orang ramai dah beratur nak ambil makanan.  ada yang dah siap duduk bersila tepi pokok makan putu mayam. belum lagi yang tapau banyak banyak dalam plastik pastu terus pecut balik.  padahal dekat tepi khemah tu dah terpangpang yang makanan akan diedarkan lepas ucapan PM.




but what make me proud,  sebab aku dapat bergambar dengan Perdana Menteri..........
















































punya kereta.   jadila  -,-'











Aku Terima Nikahnya



Assalamualaikum..



siapa nak cakap aku dah ketinggalan zaman ke, ketinggalan kereta api ke, roket ke, tak kisah la tapi aku nak cerita jugak pasal Filem Aku Terima Nikahnya ni. siapa yang cakap aku ketinggalan tu mesti dah tengok kan? kalau siapa yang tak tengok lagi, cepat cepat la pergi pasar malam beli VCD cetak rompak tak pun download je. 





20 minit pertama tengok cerita ni memang rasa geli geleman tengok Nora Danish dengan Ady Putra berlakon teruk sangat. laga laga pipi, peluk peluk. aigoo. dah macam suami isteri betul pulak dah. rosak otak budak budak cukup umur tapi tak boleh kahwin sebab tak habis belajar macam aku ni. tapi boleh pulak sebelum tidur berangan tak sabar nak kahwin.  -,-'





bila teringat je yang diorang ni bukan suami isteri, berapa kali keluar astaghfirullah dari mulut. tapi tengok juga sampai habis. that's tipikal melayu kita.

ok tolak tepi side negatif, sekarang side positif pulak. kenapa aku suka sangat cerita ni? sebab Nora Danish dalam cerita ni sweet sangat. siyesly sweet giler. romantik, lemah lembut, penyayang, penyabar.  memang sweet sangat la. siapa dapat isteri macam tu memang beruntung sangat. teringin nak jadi isteri macam tu, mesti suami sayang habis. tapi kalau dapat suami yang baik, ok la. kalau dapat suami macam Shanaaz Ahmad dalam cerekarama Di Bawah LangitMu tu,  memang hancuss..





Tempat cari pasangan



Assalamualaikum..


mari mari ada tips gempak. ececehh. ditujukan khas pada sesiapa yang sedang mencari sahabat, teman baru, pakwe, makwe, kekasih, skandal atau sekadar menambahkan teman yang dah sedia berbas-bas. kalau korang rasa nak cari orang orang dalam list di atas tu, kat sini la tempat yang paling sesuai.




1. Pusat membeli belah.

pusat membeli belah memang semestinya tempat untuk cuci mata.  selain cuci mata tengok baju baju yang melambai lambai mintak poket keluarkan duit, kita juga bole cuci mata tengok pakwe pakwe hensem atau makwe cantik. mana tau ada yang melekat nak berkenalan. selain dapat kenal hati budi, mungkin dapat bonus ada orang belanja.


ada sesiapa yang berkenan di hati?


2. Internet

medium internet memang tempat untuk orang berkenalan dan menambahkan kawan. tambah tambah sekarang ni banyak laman sosial macam facebook dan pencicit a.k.a twitter. orang yang tak pernah tegur sebelah rumah pun boleh jadi kawan. tapi dalam internet jugak ramai orang yang tak boleh dipercayai, so kena hati hati ye.



3. Kenduri

tak kira kenduri kahwin mahupun kenduri tahlil, macam macam orang yang boleh kita jumpa masa kenduri. sambil sambil makan tu mata boleh la melilau cuci cuci mata sikit tengok yang mana berkenan di hati. mana la tahu minggu ni korang datang tengok orang naik pelamin, minggu depan korang pulak terus naik pelamin kan.



4. Pejabat, Universiti mahupun sekolah.

cinta satu pejabat , universiti atau sekolah? atau kata lainnya cinta satu tempat? so sweet kan. pergi kerja atau belajar sama sama,  makan sama sama, balik sama sama.  tengah tengah buat kerja boleh main kenyit kenyit. hooho,  so sweet. ramai juga kawan aku yang bercinta masa zaman sekolah dulu tapi still bertahan sampai sekarang dan ada yang bertahan sampai kahwin. memang sweet. 




5. Kem atau kursus

dekat kem atau kursus pun kita boleh tambah kenalan. terutama kem yang melibatkan kita bercampur dengan orang dari pelbagai institusi. masa ni la nak kenal kenal dan mintak nombor telefon. mungkin dari sebuah perkenalan singkat boleh kekal sampai bila bila.




6. Restoran atau cafe

orang zaman sekarang kan suka makan atau lepak dekat luar. terutama lelaki yang suka lepak tengok bola malam malam dekat mamak. tengah tengah makan tu apa salahnya tinjau tinjau keliling mana tahu ada yang single tengah tunggu untuk ditegur. tapi jangan sampai tersalah main mata dengan bini orang pula. karang nahas jadinya.



tapi Awas!!  entry ni bukan nak galakkan korang berkapel atau menambahkan bilangan pasangan pasangan yang suka buat maksiat yang sedia ada tapi sekadar perkongsian maklumat. tak semestinya tips ni untuk cari pasangan, boleh je amalkan untuk cari kawan yang sama jantina jugak.



dan sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. kalau kita tak cari pun kalau Allah dah tulis tu jodoh kita, tak ada sape pun boleh lawan takdir kan. mana tahu korang tengah lepak lepak buat tahi mata dekat rumah, datang anak Yusof Haslam meminang. hah, terkejut beruk jiran sebelah.


dekat toilet tak boleh cari pasangan yek!





PC Fair vs Kedai Gadjet



Assalamualaikum.


Minggu lepas siapa ada pergi PC Expo dekat Mid Valley, sila angkat bulu mata tiga kali. Okei boleh jatuhkan balik bulu mata masing masing. Aku pun sempat singgah kejap masa otw balik dari Shah Alam tengok baby Arissa. Sebelum tu sempat mencuci kekotoran di mata dengan pergi Pesta Buku Islam dekat KL Sentral.



Nak beli buku guna duit PTPTPU macam sayang pulak kan, so terpaksa la tunggu Baucer Buku 1 Malaysia dapat dulu. Just belikan buku Prof Muhaya untuk kawan je.



Barbalik pada tajuk asal. Lepas aku survey PC Expo yang berkangkang kera tu, aku tengok harga harga gadjet dekat situ tak ada la diskaun mana pun. Just kalau kita beli, dapat banyak free gift yang mahal mahal.


Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab 3 minggu lepas, aku pergi survey tablet dekat The Mines. Harga dekat situ sama je dengan harga dekat PC Expo Mid Valley tu.




Tapi orang tu cakap diorang bagi banyak free gift macam casing yang kulit lembu korban cap Aidiladha ori harga ratus riban tu, dapat  keyboard keletak keletuk, protector screen n macam macam lagi. Untuk fon pun sama. Dapat free gift macam macam.



Kira untung la sebab kalau beli asing binatang binatang tu,  lagi mahal jadinya. Dekat sini pun barang barang dia konfem ori sebab orang tu cakap kalau bawak masuk barang tak ori dekat PC Fair atau PC Expo memang kena tangkap.


Tapi aku tertarik dekat 1 bank yang tawarkan kad kredit ni. Tak ingat apa nama bank tu. Dia bagi free gift freezer yang kecik cinonet comey giler.  Aish, nasib baik kad kredit tak ada kena mengena dengan hidup aku, kalau tak mesti aku buat sebab nak dapatkan freezer kecik cinonet comey giler tu je.


So, next mission. Cari dekat mana ada jual binatang alah tu. Comey weiii...




Akibat Lambat Beli Tiket.



Assalamualaikum...



alhamdulillah dah selamat sampai ke kolej kediaman kesayangan hamba selepas lima hari berfieldwork di Kuala Gula dan lima hari bercuti di rumah. *ayat intro karangan bm budak spm. walaupun tempoh masa sama di tempat yang berbeza,  yang pasti lima hari di Kuala Gula rasa macam lima tahun tapi lima hari kat rumah rasa macam lima minit. sigh*




balasan buat diri sendiri sebab percaya pada mitos yang cuti depavali tak ramai balik kampung dan bas dua tingkat plusliner dari Ipoh ke KL Sentral sentiasa berlambak dan tak pernah tahu nak habis, akhirnya aku terpaksa naik tren ETS subuh subuh syafiee pukul 7 pagi sebab tiket semua dah habis. pukul 9.30 pagi dah terpacak dekat KL Sentral dan 11.30 pagi dah terpacak depan bilik.  kawan kawan yang lain elok nyenyak tidur dekat rumah lagi.  tepukan padan muka untuk diri sendiri.




seminggu hidup dengan line internet yang nyawa nyawa ikan mintak disembelih,  banyak benda yang jadi dan aku tak tahu. junior u dah bertunang, senior sekolah dah kahwin, u dengan pelbagai kes jenayah, kes serangan ke atas Gaza dan macam macam lagi. see, how fb give a thousand benefit. 




and al-fatihah kepada ex bf my sis yang jugak pangkat bapak sedara jauh yang telah kembali ke rahmatullah akibat eksident. sangat terkejut atas kematiannya sebab dia baru kahwin 2 minggu lepas. semoga keluarga dan balunya tabah. 




Teh perisa Blackcurrent sedap.



Assalamualaikum..




kalau cakap pasal Cameron Highland, mesti semua orang fikir buah strawberry merah jambu banyak bintik bintik jerawat masak ranum manis lagi gebu dan montok.  selain tu apa yang terlintas mesti la ladang teh yang seluas luas alam.  bagi mak mak pulak mesti fikir nak beli sayur yang banyak guna racun pembunuh haiwan perosak. 


okei,  cakap pasal teh, aku nak rekemen teh Cameron Valley yang sangat sangat sangat ho liaw ni.  perisa blackcurrent. siyesly masa aku nak beli teh ni perasaan was was menusuk ke sanubari. sedap ke teh ni.  nanti dah beli satu kotak tapi rasa pelik,  rugi pulak tak berminum kan.


ni la teh perisa blackcurrant. sekali rasa mesti nak lagi.


dekat dalam dia ada 25 uncang teh. satu uncang ni boleh buat 1 jug air teh.


masa aku beli teh ni ada sorang pak cik cina tu turut rasa apa yang aku rasa. lepas bincang bincang dengan dia,  aku ambil satu,  dia pun ambil satu.  aku rasa lepas minum teh ni mesti dia berterima kasih giler dekat aku sebab suggestkan dekat dia teh ni.  memang serius sedap giler.


teh ni rasa dan bau dia macam air Ribena Blackcurrent tu tapi rasa teh. tak masam macam Ribena.  bagi orang yang alergik kemasaman macam aku yang selalu katakan tidak kepada pembekal Vitamin C expecially fresh oren atau yang sekutu dengan buah oren,  air ni sangat sedap. bukan aku sorang je yang suke, family aku pun suka termasuk la tetamu tetamu yang datang beraya masa Aidiladha hari tu.




dulu aku suka teh perisa ros tapi teh tu bukan Cameron Valley punya. teh perisa ros tu pun sedap sebab ada bau ros.  sesuai untuk hidangkan dekat tetamu sebab bau dan rasa dia sedap. tapi kalau Teh Blackcurrent ni tak sempat nak hidang dekat tetamu, tuan rumah dah habiskan dulu.  ^,^



kanak kanak eksited dapat pergi ladang teh. :D



Blogger terhebat UKM.



Assalamualaikum..


dalam entry ni aku ada cakap pasal segmen Majalah UKM bersama blogger blogger hebak UKM kan. hari tu belek belek majalah UKM tu tetiba rajin nak update. blogger blogger hebat tu termasuk la Fatin Liyana,  Faiz Tapit, Sherah, Ija dan Shaofie. yang aku selalu layan semestinya Fatin Liyana dengan Faiz Tapit walaupun sekarang ni Faiz Tapit dah tak aktif macam dulu.





aku tak sure macam mana aku mula layan blog Fatin Liyana ni. tapi bila baca entry entry dia pasal tempat tempat yang dia pernah pergi expecially oversea,  terus aku melekat and asyik tunggu entry baru dia. paling jeles bila dia pergi korea.  aissh,  bila la aku nak sampai sana ni. lambatnya Nickhun nak datang masuk meminang.


and one more, dia sangat cantik. almaklum la bakal doktor. mesti la tau nak jaga kesihatan dengan tips tips kecantikan.  tak macam aku, yang baik untuk kesihatan tu la yang aku tolak awal awal. hihi





first time aku tengok blog Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau ni bila kawan aku yang study dekat UMT bagi link. masa tu terasa ketinggalan giler kawan aku yang jauh pun boleh tau, aku yang study dekat tempat sama,  siap satu fakulti tapi tak tahu pasal kewujudan blog ni. dah la dia ni senior kawan aku. lambatnye aku.  


tapi blog dia memang best. first time baca aku dah khatam semua entry sebab kelakar giler. siap boleh terkekek kekek sorang sorang depan laptop.  entry entry dia banyak yang perlian secara sinis tapi kelakar. kalau siapa yang pernah tengok blog dia mesti rasa kelakar jugak kan.  kalau tak gelak maknanya urat saraf ketawa putus la tu.  tapi semenjak Lisa Surihani kahwin,  dia dah jarang update blog dia. adakah kerana frust? haha. tak tau la.








Bye Bye Blog



Assalamualaikum..


esok tepat tak tepat pukul 8 pagi aku dah bertolak ke Kuala Gula untuk collect data tesis bagi bulan pertama  untuk Burung Botak Upeh yang baru lepas bulan lepas. hah, berbelit belit aku cakap. kalau tak paham bukak kamus sains. duduk sana lima hari lepas tu terus balik Ipoh bercuti. dapat duduk rumah sekejap pun dah rasa heaven giler padahal esaimen yang kena hantar lepas naik cuti berlonggok longgok tak siap lagi. 



dekat Kuala Gula nanti internet memang tak ada. kalau aku buat pelan Digi pun insyaallah tiga hari tiga malam baru siap loading.  balik rumah nanti pun duakalilimasepuluh jugak. berukband yang macam siput babi nak mintak penendang tu dah semestinya sedia lemah lembut berkurun abad dulu lagi.  kalau la boleh bawak Wifi Jaring UKM ni kemana mana je kan masyukkk. doplohpat jam aku boleh online tanpa sedikit pun menyumpah seranah. 




niat di hati yang suci mulus fulus ni nak buat entry autopublish tapi tak adenyer sempat teman nak karang ayat malam malam bute ni dengan kain baju pun tak kemaih lagi. sila baca dengan nada perak pyor. harapan dusta je la semua tu. 


insyaallah kalau lepas aku usap usap fon tritriten aku line internet dekat sana terus laju, aku update blog ni buat cuci cuci sawang sikit.  tapi bersedia la dengan entry guna fon, memang tak kemas langsung, herot berot dan penuh cacat cela la.  tapi tak apa asalkan apa yang aku nak sampaikan korang dapat.  kalau line internet tu cari pasal dengan aku,  sama sama la kita cuci sawang minggu depan yek. 


so, kepada student student sekolah yang dah mula cuti sekolah dan student u yang cuti mid sem, berhati hati lah di jalan raya. ingat la pada orang yang tersayang. *tetiba




Kuala Gula selepas sebulan.



Assalamualaikum..


Minggu depan cuti mid sem seminggu. Semua student dah terkinja kinja nak balik rumah.  Aku pulak? Kena pergi Kuala Gula again untuk collect data Burung Botak Upeh yang dah lepas sebulan. Ngam ngam sebulan lepas aku pergi sana bulan lepas.





Rasa macam tak ada semangat pula nak pergi sana kali ni. Dulu pergi 5 orang, kali ni pergi bertiga je. Tapi tak apa la ada juga kawan.  Yang tak best sangat sebab dulu dah pernah pergi sana, dah tahu macam mana keadaan dekat sana. Internet tak ada, channel tv pun tak elok, jauh dari pekan. Aigooo. Macam mana nak duduk sana 5 hari ni. Dulu duduk 3 hari pun dah bosan. Ni kena copy cerita banyak banyak dalam Encik Acer Pink la ni.


berjumpa lagi kita Nyet...!!



Papepun doakan aku selamat pergi dan balik ye. Amin....



Majalah UKM



Assalamualaikum..



Majalah aspirasi UKM baru edisi ke-35. 


First impression aku, ni majalah ma & pa ke?  Pengisiannye semua okei dan banyak sumber inspirasi tapi aku suka lagi majalah sekolah dulu sebab ada banyak sajak karakter dalam kelas ngan ada gambar aku. Majalah UKM ni? Satu gambar aku pun haramnye nak ada. Nak buat macam mana, aku kan tak femes. Huh,  tacing doploh saat.



Part dalam majalah ni yang aku suka semestinya part interview idola aku, Prof Muhaya. Ayat dia yang lembut sentiasa bagi aku motivasi. Ayat dia yang aku suka dalam ni.


'Saya meminjam kata-kata Ustaz Pahrol dalam Buku Mukmin Profesional,  manusia yang berkualiti ialah orang yang dengan Allah dia bertakwa,  dengan manusia dia berakhlak dan dalam pekerjaan buat sebaik mungkin'.

Insyaallah. Akan dipraktikkan.


Majalah tahun lepas ada segmen interview dengan blogger blogger UKM yang femes macam Faiz Tapit dengan Fatin Liyana. Yang tu memang aku suka la. Dapat tips dari blogger blogger otai ni sikit. tapi tahun ni tak ada dah.




Aku kat negara Arab ke ni?



Assalamualaikum..


Hari ni atau lebih tepatnya sekarang ni aku ada kat Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM sementara tunggu kelas kul 4. As usual, yang ramai duduk sini semestinya foreigner terutamanya pak pak Arab. Hati dah feeling feling duduk study dekat obesi pulak kan.


ahli mesyuarat tingkap versi pak Arab.


Selalunya foreigner foreigner ni memang 24 jam duk lepak library ni tak kira la masa exam ke tak. Yang melayu kita pula selagi tak ada esaimen yang libatkan buku buku library atau musim exam, memang hai hai bye bye la wahai library. Termasuk la orang yang cakap ni. Haha.


Ekceli bukan malas nak datang sini tapi library ni besar sangat dan tak macam library masa sekolah dulu yang banyak buku cerita.


Al maklum la library UKM ni library yang terbesar kat Asia Tenggara. Mana tak besar kalau library sampai 5 tingkat. Hambek kau. Kalau library ni penuh dengan novel novel cinta dengan komek jepun, hari hari aku bawak sleeping bag tidur sini.


duk lalu lalang depan aku je.


Kat sini kalau nak cari buku semua guna teknologi je. Kalau tak ambik kursus cara guna library ni, memang sekadar impian la nak jumpa buku yang korang nak. Aku yang dah 3 tahun duk sini pun banyak lagi tak tau cara nak cari bahan kat sini.


tangkap gambar curi curi. satgi dia ingat aku syok kat dia pulak parah.



p/s : pak arab ni buat perjumpaan ahli mesyuarat tingkap pulak kat meja aku ni. Ni nak suruh aku berambus guna kaedah sinis la ni.




Perli Sinis + Sentap



Assalamualaikum...




amacam?  sentap tak cashier cashier kat luar sana? haha.



Budak Kurang Asam



Assalamualaikum...


raya haji ketiga hari tu masa aku tengah lepak-lepak dekat dapur tengok mak masak *tengok je sambil layan  encik hati manis yang datang hantar daging korban,  tiba-tiba datang la budak cenonet 3 orang bagi salam.  


'assalamualikum assalamualaikum,  kami datang nak raya'  


wadahel, memang budak budak zaman urban, raya haji ketiga pun pergi pusing satu kampung beraya lagi. time aku kecik-kecik dulu raya ketiga dah lepak depan peti aiskrim kedai Pak Dollah depan rumah nak habiskan duit raya. masa tu dah rasa diri kaya Ya Rabbi boleh beli aiskrim cornetto 2 ringgit doploh sen.


ni mesti jenis kanak-kanak yang pakai encet ipong 4 tapi tak ada duit nak topup lalu pusing kampung beraya dan balik tu singgah kedai beli topup.


cerita ni tak ada kena mengena dengan budak sore eyes ni yek. kang tak pasal pasal kena saman pulak.


aku biar je la kakak aku layan diorang dekat depan,  aku lepak je dekat dapur dengan mak aku sambil bagi encik hati manis makan banyak-banyak.  masa ni la nak bajet gadis melayu pilihan mak mertua sejati kan. bila lagi? =D 


tiba-tiba kakak aku datang dapur mengadu dekat mak aku.


'mak, kuang asam betul la budak-budak tu.  diorang tanya nadiah sekolah darjah berapa'


hahahaaaaa. kakak aku dah la kecik cinonet.  mesti budak-budak tu ingat ini mesti geng-geng budak sekolah rendah sebaya aku ni.  huaaahuaaahuaaaa.  heavennye rasa dapat gelakkan kakak sendiri.



pukul 12.30 tengahari budak-budak tu tak blah lagi,  aku pun pergi ke depan nak tengok tv.  cerita apa lagi hari ahad tengahari buta.  mesti la Melodi.  masa ni la nak bajet tahu perkembangan semua artis, lepas tu pergi dapur menunjuk-nunjuk, cerita dekat mak yang tengah masak tak boleh tengok Melodi kan. anak yang sangat mithali gitu.


tiba-tiba budak tu tanya dekat aku 'kakak kakak, kakak sekolah tingkatan berapa?' wadehel.  muka begitu matured suci bersih ni macam budak sekolah ke? nasib baik dia tanya tingkatan berapa, kalau dia tanya darjah berapa memang mintak spek mata tujuhpluhlapan lapis.  encik hati manis dah gelak-gelak dah. ok fine.


aku pun mula la pasang angan-angan setinggi langit nak buli budak-budak sekolah rendah yang tak lepas UPSR ni.  'akak dah kahwin la.  ni suami akak.' sambil tunjuk encik hati manis yang tersengeh-sengeh muka mengutuk. tapi budak tu memang tak nak percaya. budak-budak urban la katakan.  dia pergi mintak aku tunjuk surat nikah.  


mampus kau mana nak cilok. last-last aku jawab tinggal dekat rumah mak mertua.  hambik kau. ada kau nak expect ke budak-budak yang pakai kasut bunga-bunga warna warni siap beg silang kaler pink suruh bagi bukti surat nikah. dah macam Pegawai Jabatan A gama Islam pulak kan.


aku ni surat nikah pun tak tau macam mana rupanya. so, lepas ni berjaga jaga la dengan budak budak kecik cinonet ye. budak budak zaman unifi laju bapak sekarang ni memang semua tahu. kadang kadang diorang lagi advance dari orang ada phd.



SPM ~ Good Luck My Adik



Assalamualaikum.


hari ni student student form 5 mula SPM termasuk la my younger sister harapan family yang terakhir. bila ingat balik kenangan masa SPM dulu tiba tiba hati rasa sayu mayu pulak.  tak sangka dah lama lepas dugaan yang paling mencabar untuk tentukan masa depan tu. h0h0


selalu bila kita dah lepas sesuatu perkara tu kita mesti cakap dekat junior junior....

'ala , spm ni kacang goreng campur kacang rebus cicah sambal belacan je' 


tapi bagi aku spm la paling mencabar , kalau exam dekat u ada jugak gap berapa hari atau sehari 1 paper je kan. tapi kalau spm hambek kau, sehari 2 paper pagi petang pulak tu. esok ada paper lagi. study dah macam orang giler. nasib baik tak rebus nota nota tu makan dengan nasik kan.



papepun Good Luck to my younger sister, Nurul Najiha Binti Md Salleh.  buatkan yang terbaik as u're the last  to prove that anak Cikgu Salleh is the best! PMR dulu pun dah buat kejutan kan, SPM ni pun buat kejutan lagi gempak ye!


p/s : aku janji dengan adik aku kalau dia dapat 10 E aku bagi hadiah ipad. ok tak hadiah aku? ^,^




Yuyu Zulaikha bertunang



Assalamualaikum..

Yuyu Zulaikha nak bertunang. betul la. Mana aku tahu? Idola aku, mesti la aku tahu kan. hihi. 



macam ada hint hint je dari post tu kan? macam ada bau bau nasi minyak Langkawi ditambah coklat whittaker berserta taburan daim kat atas dia. nyum nyum. okeii, tetiba kempunan daim pulak! =)'

eh, tiba tiba rasa macam mamaradzi pula kan. hihi

kalau betul Yuyu nak bertunang apa salahnya kan. benda baik elok dipercepatkan. tapi harap tak tinggal dunia blog sudah la. kesian dekat follower follower yang sentiasa tunggu Yuyu update entry baru macam aku ni. * buat muka kesian tujuhplohsaat!



p/s :  yuyu dah komen, dia cakap bukan dia yang bertunang. kazen dia. tapi kalau dia yang bertunang pun ok jugak kan?  mesti gempak! hihi.. :)


Kes Jenayah Lagi.



Assalamualaikum..




tengok , baru 2 hari lepas aku cerita pasal jenayah yang pembantu rumah Pak Nil pencuri , ni jadi lagi kes jenayah. yang peliknya kes ni jadi dekat dalam u yang ramai pak cik guard kepala botak perut buncit naik motor mintakkaki eh kawasaki. 


memang tak ada kesedaran sivik dan perasaan gentar langsung dalam diri penjenayah penjenayah ini. hah, kan dah keluar ayat buku teks sivik dan kemanusiaan. 


ingatkan dalam u ni lagi selamat sebab ramai pak guard yang selalu clamp kereta dan motor dekat tempat parking dan letak surat saman 50 hinggit satu kesalahan , tapi sebaliknya dekat dalam u ni pun berlambak kes jenayah yang dasyat macam kes pecah mesin ATM dan rogol. 


ke tugas pak guard ni hanya untuk clamp clamp je kot. ntah la.



Testing Testing New Born Baby



Assalamualaikum..

Yes!! akhirnya dapat jugak download application blogger kat henset cikai ni. Tu pun lepas berhempas pulas mengerah tenaga zahir dan batin hentak hentak baling de dinding henset baling hanjing ni pastu download balik.

Almaklum la nak beli ipong tak mampu, beli aiskrim pong pong mampu ler. So, henset tritriten ni je jadi peneman setia. *sape rasa kesian boleh pm aku mintak alamat untuk post laju ipong tiga guni.

Kembali ke tajuk asal. Let's welcome our new born muslimat umat Nabi Muhammad to this Islam world. Nursyaza arissa binti sohaimi. My Pak Jang's new daughter. Very cute baby girl!:-) 
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kualiti Gadjet China ada Gred?


Assalamualaikum..


entry sambungan dari entry Hard Disk 2 Tera RM50.


orang selalu cakap gadjet gadjet buatan China tak elok cepat rosak senang punah ranah.  masa aku nak beli gadjet gadjet dekat sana pun aku rasa was was. takut la kita beli jauh jauh, baru turun kapal terbang tak sempat nak tayang dekat sanak saudara mak jemah sebelah rumah dengan tok selapit, dah rosak kan. sayu je hati gantung dekat frame buat kenangan beli jauh jauh.



masa dekat Galaxy Computer Plaza , Guangzhou tu aku sembang dengan owner satu kedai tu. walaupun sembang ibarat ayam dan itik yang sedang bercekau, tapi aku paham la sikit sikit bahasa cina murtad dia.


ekceli barang barang dekat China yang murah murah ni sebenarnya tiruan. dah nama pun produk China, memang tak sah la kalau bukan ciplak kan. tapi barang ciplak diorang ni memang diorang tiru seratus peratus macam asal punya dan ada gred. dah macam telur ayam pulak kan ada Gred A Gred B bagai. 




ketahanan barang barang tu ikut gred. macam Gred A memang ketahanan tip top dan harga mahal sikit. Gred B sederhana tahan dan Gred C tak tahan. tapi kalau tengok Gred A, B, C tu memang sama sebijik seratus peratus macam yang original. memang diorang je yang tahu nak bezakan Gred tu.


paling best bila kita dah beli gadjet dekat kedai A pastu pergi kedai B orang tu cakap yang kita punya tu yang tak elok punya. pastu kedai C pulak cakap lain. hah, tu namanya nak mintak kaki yek!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...