Followers

Teh perisa Blackcurrent sedap.



Assalamualaikum..




kalau cakap pasal Cameron Highland, mesti semua orang fikir buah strawberry merah jambu banyak bintik bintik jerawat masak ranum manis lagi gebu dan montok.  selain tu apa yang terlintas mesti la ladang teh yang seluas luas alam.  bagi mak mak pulak mesti fikir nak beli sayur yang banyak guna racun pembunuh haiwan perosak. 


okei,  cakap pasal teh, aku nak rekemen teh Cameron Valley yang sangat sangat sangat ho liaw ni.  perisa blackcurrent. siyesly masa aku nak beli teh ni perasaan was was menusuk ke sanubari. sedap ke teh ni.  nanti dah beli satu kotak tapi rasa pelik,  rugi pulak tak berminum kan.


ni la teh perisa blackcurrant. sekali rasa mesti nak lagi.


dekat dalam dia ada 25 uncang teh. satu uncang ni boleh buat 1 jug air teh.


masa aku beli teh ni ada sorang pak cik cina tu turut rasa apa yang aku rasa. lepas bincang bincang dengan dia,  aku ambil satu,  dia pun ambil satu.  aku rasa lepas minum teh ni mesti dia berterima kasih giler dekat aku sebab suggestkan dekat dia teh ni.  memang serius sedap giler.


teh ni rasa dan bau dia macam air Ribena Blackcurrent tu tapi rasa teh. tak masam macam Ribena.  bagi orang yang alergik kemasaman macam aku yang selalu katakan tidak kepada pembekal Vitamin C expecially fresh oren atau yang sekutu dengan buah oren,  air ni sangat sedap. bukan aku sorang je yang suke, family aku pun suka termasuk la tetamu tetamu yang datang beraya masa Aidiladha hari tu.




dulu aku suka teh perisa ros tapi teh tu bukan Cameron Valley punya. teh perisa ros tu pun sedap sebab ada bau ros.  sesuai untuk hidangkan dekat tetamu sebab bau dan rasa dia sedap. tapi kalau Teh Blackcurrent ni tak sempat nak hidang dekat tetamu, tuan rumah dah habiskan dulu.  ^,^



kanak kanak eksited dapat pergi ladang teh. :D



1 comment:

aiNa yaZiD said...

aiNa suka teh perisa lemon n strawberry! =) hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...