Followers

fieldwork di bukit fraser~

hoohooo....lama dah tak hupdate blog, bersawang2 dah. hidup yg bz dengan fieldwork mnyebabkan diriku xde masa nak menjenguk blog ni.

ok, hari ni nak cerita pasal fieldwork ke fraser hills tuk kos aku hari tu. korang tau ke fraser hills tu kat mane?! kalau korang orang malaysia mesti tau kan. tapi sbelum ni aku tak tau pun fraser hills tu kat mne. nama dia selalu la dengar tp lokasinye haremmm gue nak tau. 


sekali tu kawan aku tanya fraser hills ni dekat mana, aku sebagai orang malaysia yang perasan korea ni dengan bangganya cakap fraser hills ni dekat terengganu. aku kan expert pasal tempat2 kat malaysia ni. haha. sekali lecturer aku cakap dekat pahang la. adoii, mana nak sorok muka ni.

korang penah tgk tak cerita i'm not single? ala,yang lisa surihani dengan farid kamil berlakon tu. rumah yang diorang pegi honeymoon tu, hah kat situ la fraser hills. tempat tu ala2 cameron highland la. atas bukit, sejuk, jalan macam ular kena palu. tapi suasananya sangat best!!



kami bertolak dari ukm pukul 9 pagi menaiki 2 bas ukm yang kontot tuk memudahkan naik bukit yg bengkang bengkok dan sangat la membuatkan orang nak muntah. kami sampai pada pukul 2 ptg di pusat penyelidikan fakulti sains dan teknologi, ukm. 

aku pon tak penah tau yang fakulti aku ada pusat penyelidikan kat situ dan tempatnye adalah 100% berbeza dari bayangan aku. aku ingatkan tido dalam hutan yang takde fasiliti langsung, tapi rupa2nya tempat tu siap ada astro lagi. tapi kami still kena tido dalam khemah di bawah bumbung n di dalam bilik sbb takde katil pun kat situ.




malam tu bermula la aktiviti fieldwork kami yang dimulakan dengan kuliah ganti bertemankan bunyi unggas2 di dalam hutan. haha. pagi esoknya kami masuk ke dalam hutan penyelidikan ukm untuk melihat profile tanah. dah nama subjek pun sains tanih. dalam keadaan hujan kami meredah hutan memanjat bukit n petangnya ke kawasan air terjun jeriau. 

pusat penyelidikan ukm ni sebelah air terjun jeriau tu je, sapa yang penah pergi mandi kat situ, msti penah tgk pintu masuk tempat ni. malam tu pulak ada presentation apa yang kami dapat masa masuk hutan tu n pagi esoknya pulak ada kuiz.

kami bertolak balik pukul 10 pagi dan singgah tuk makan+tangkap2 gambar kat kawasan menara fraser hills dan sampai di ukm pukul 5 petang. fieldwork ni sangat best n aku yakin tak ramai orang pernah sampai kat atas bukit fraser tu sebab jalannya yang bengkang bengkok dan jauh. tapi sapa yang pernah pergi tu mesti tau betapa cantiknya bangunan2 kat sana. macam rumah2 dekat oversea. layan gambar pulak ye...








ni tempat korek pasir sungai, air jernih tp syg je xbole mandi.













ok, pasni pengalaman fieldwork kat tasik kenyir pula bakal menyusul~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...