Followers

Jadual yang Hektik

Assalamualaikum...


tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku untuk menghadapi hari esok.. takut, excited, terkinja-kinja (terkinja-kinja??), tak sabar, happy, semua ada... tak sabar nak menghadapi hari esok(kecuali part exam tu)... ni jadual aku untuk hari esok.. hopefully semua berjalan lancar...


8.30 pagi : exam Geomorfologi Pinggir Pantai kat DTAMS..

10.30 pagi : jumpa penyelia tesis.. tak tahu sampai pukul berapa..

12.00 tengahari : packing barang...

3.00 petang : pergi tukar duit untuk bawak pergi China..

6.00 petang : last meeting dengan Pengetua Kolej..

8.00 malam : bacaan Yassin dan Solat hajat..

9.00 malam : persiapan terakhir..

11.00 malam : tidur dan berehat sekejap..

2.00 pagi : bertolak ke LCCT..

5.30 pagi : berlepas ke Guangzhou, China...



Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku Ya Allah.. 
Engkau lancarkanlah segala perancanganku Ya Allah..
Hanya kepadaMu aku memohon..
Amin....





I'm Flying

Assalamualaikum..

alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat ilahi.. akhirnya perancangan yang telah kami lakukan selama lebih 1 tahun bakal terlaksana pada esok hari.. ala, yang aku cakap nak fly tu.. esok la aku fly nye...

nak tau aku nak pergi mana?? hihi... insyaallah kalau tiada aral melintang esok kami akan berlepas ke Guangzhou, China...

actually program ni adalah di bawah Kelab Keusahawanan Kolej Dato' Onn, UKM.. oleh kerana akulah pemimpin kelab ini (cewahhh, ayat macam pemimpin negara) so, aku lah yang bertanggungjawab untuk buat program ini menggantikan ketua kelab sesi lepas.. that's why la aku asyik meeting mengalahkan presiden Columbia je...=)

untuk apa kami ke sana?? kami pergi sana untuk mengkaji gaya keusahawanan di sana.. untuk sesiapa yang tahu atau tidak tahu, Guangzhou ni adalah lubuk shopping.. kebanyakkan barang-barang di Malaysia ni diimport dari sana... so, prepare duit banyak-banyak la kalau nak pergi sana ye.. 

berdasarkan cerita-cerita orang yang pernah pergi sana, kalau barang branded yang harga rm300 di Malaysia, boleh dapat RM80 je di sana.. kualiti aku tak tahu la sebab esok baru aku pergi... tapi aku bukan jenis gila barang branded pon.. janji boleh pakai sudah la..

yang masalahnye sekarang ni, aku dah excited sangat nak pergi sana sampai dah tak ada mood nak exam.. esok last paper dowhh... nasib baik paper pb je, bukan subjek major.. mampus la aku nak mengarang ayat menjawab soalan esei esok... 
=________=



Sakit kepala

Assalamualaikum..

dah 3 hari pening kepala.. tak tahu kenapa.. rasa macam ada pressure kat kepala, macam belon yang nak meletup.. nape ni?? maybe sebab tidur lambat rabu hari tu kot..

Ya Allah, engkau sembuhkan lah pening kepala ni.. jangan la demam ke apa.. esok aku nak fly dah.. jangan la sakit di negara orang.. mintak dijauhkan.. amin...

Meeting

Assalamualaikum...

dah 2 hari aku tak update blog atau berblogwalking.. bukan tak ada masa tapi malas nak mengarang ayat.. busy la jugak sebab dah 2 malam kena handle meeting.. kalau meeting dengan ajk je tak pe, boleh relax lagi.. tapi ni meeting dengan orang besar-besar (memang la besar, sebab lagi besar dari aku =____=).. 

hari selasa malam hari tu aku kena handle meeting dengan Prof Fauzi, Pengarah Cesmed, UKM.. memang cuak tak ingat sebab last minit baru tahu yang semua felo dengan pengurus kolej ada kursus dekat Pulau Redang.. that's mean aku kena handle meeting ni tanpa guide dari pakar.. aigoo...

 tapi alhamdulillah semuanya selamat dan Prof Fauzi sangat-sangat sporting.. siap bagi tazkirah lagi..
hihi =)

dan semalam meeting dengan pengetua kolej pulak.. nasib baik felo dah balik dan dia yang conduct.. prof pun datang sekejap je..

hari ni nasib baik tak ada meeting, esok pulak meeting terakhir sebelum program besar yang akan dijalankan.. nanti la update pasal program tu, pening kepala tak hilang lagi..

Kemalasan = kelaparan

Assalamualaikum..

1st sekali aku nak ucapkan padan muka kat diri sendiri... booo.. padan muka... hari ni akibat kemalasan duduk terperap je di bilik, aku KELAPARAN... padan muka untuk diri sendiri... that's why la aku tak nak balik ukm awal-awal, sebab aku ni jenis malas nak keluar pergi cafe walaupun cafe depan blok je..
=______=


sarapan pagi aku hari ni pukul 2 petang iaitu meggi asam laksa, makan tengahari pulak kebab yang dibeli oleh rumate pada jam 4 petang.. ingatkan dah tak nak makan dah tapi perut menendang-nendang meminta Nasi Goreng Daging Merah.. aigooo, mengidam la ni.. dah la jam dah pukul 11 malam.. gedik betul la perut ni.. perut sape la tu ek...


so aku gagahkan la kaki untuk melangkah ke cafe.. but... damn, masakan panas tak ada!! grrr...frust menonggeng aku... pergi meninjau-ninjau cafe sebelah pulak, nampak ada burger.. tak dapat nasi goreng daging merah, dapat burger pun jadik la...
kalau dapat burger prosperity ni malam-malam best jugak kan??

RESIPI : Ikan Keli Masak Cabai

Assalamualaikum...

hari ni aku nak share resipi makanan feveret aku.. Ikan Keli Masak Cabai... ada sesetengah orang panggil masak berlada, ikan keli masak pedas or lain-lain... walau apa pun orang nak panggil, aku tetap panggil ikan keli masak cabai.. dah nama pun orang perak..kih3


Bahan-bahan

3 ekor ikan keli
100 g cili kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah untuk dikisar
1 ulas bawang merah dihiris untuk ditumis
halia (sepotong kecil)
asam jawa (sedikit)
1 sudu teh gula
1 sudu kecil garam


Cara-cara

Penyediaan ikan keli


1) Siang ikan keli, basuh sehingga bersih dan basuh menggunakan cuka atau limau untuk menghilangkan bau hanyir.
2) tambah sedikit garam dan goreng.. suka hati korang kalau nak goreng sampai garing ke tak tapi aku suka yang tak berapa garing sebab lagi lembut.

sedapnye...

Penyediaan sambal


1) Cili kering di rebus supaya lembut.
2) Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia.
3) Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang telah dihiris.
4) Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. tak payah letak semua. 3 sudu besar pun dah cukup.
5) Masukkan asam jawa dan biar mendidih sehingga minyak naik ke atas.
(bergantung dekat korang nak masak berapa lama sebab nanti kuah dia kering, aku suka lagi banyak kuah)
6) Masukkan garam dan gula dan akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.


SIAP!! aigoo..tengok gambar pun aku dah terliur...


Pesan Mak

Assalamualaikum...

i'm back... i'm back to hostel... i'm back to kolej... i'm back to UKM...  

perjalanan 2 jam 45 minit menaiki bas dari Medan Gopeng, Ipoh ke KL Sentral , 1 jam dari KL Sentral ke Stesen Komuter UKM dan 15 minit dari Stesen Komuter UKM ke Kolej Dato' Onn, UKM berjaya aku tempuhi dengan memakai jersi Harimau Malaya bersama hati yang sangat tidak rela... =____=

pagi tadi masa tengah tolong mak masak, aku bersembang dengan mak... 

aku : mak, ca ada blog..
mak : blog apa? twitter?
aku : bukan la... twitter tu twitter la.. blog tu blog... lain...
mak : mana la mak tahu... 

pastu mak pesan... 
tulis kat blog tu, jangan kutuk-kutuk orang.. 
jangan cakap pasal orang nanti orang marah, bergaduh pulak...


huhu, bek mak.. 
anak mak yang baik ni tak kan kutuk orang dekat blog...
dia mengumpat sikit-sikit je xpe...
=D


Dear Friend


Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

Assalamualaikum...

sebenarnya malam ni banyak idea nak update blog tapi malas nak karang ayat... so, nak join segmen je la...



ni adalah segmen dari blog miss z... 
miss z suruh...


Nyatakan bilangan follower korang dan Negeri asal korang 

Bilangan follower : 62 orang (sikitnye..)
Negeri asal : Perak





Tak Mahu~

Assalamualaikum...

waa... esok aku kena balik UKM dah... tak mahu.. tak ingin.... tak rela...  hanya seminggu je dapat duduk di rumah tercinta sebab exam tak habis lagi 1 paper... 1 paper je ok!!.. xpayah pergi pun tak apa.. gila kau tasha!! 1 paper tu pun bole buat kau kena repeat tahu!!

but... but... but... aku jugak excited nak balik ukm ni sebabnye... hihihi... aku nak fly...  yeayyy!! habis je paper 29hb ni, aku akan fly... ke mana??  dah balik nanti la baru aku bagi tau.. tak jadi nanti frust pulak... tapi insyaAllah jadi sebab tiket pun dah beli... just tinggal beberapa urusan yang tak siap lagi sebab tu la kena balik ukm awal sikit...

doakan aku jadi fly ye...  kalau tak jadi memang frust giler... perancangan 1 tahun ni.... =)

Bahana Contact Lens~

Assalamualaikum...

zaman sekarang ni dah ramai orang yang pakai lens berbanding spek mata.. KEBANYAKKAN orang sekarang pakai binatang ni sebab nak mata nampak cantik..betul tak??  aku bukan menuduh, tapi kalau dah pakai lens yang warna BIRU atau PINK sampai tak nampak langsung keaslian warna mata orang asia tu bukan untuk nampak cantik ke?? 


tapi tak semua orang.. expecially orang macam aku yang pakai lens sebab rabun ni... aku start pakai lens lebih setahun yang lepas..  aku pakai lens pun sebab rabun dan aku tak suka pakai spek.. bagi aku kalau pakai spek mata kita tak bebas melihat sebagaimana kita tak pakai spek.. terutama kalau spek kita tu berbingkai penuh.. rasa macam tengah teropong dari dalam kotak je...


bagi sesiapa yang pakai lens ni mesti ada pengalaman sendiri masa mula-mula pakai atau masa dah advance.. masa mula-mula pakai lens, aku pakai yang colourless.. masa tu nak bezakan depan belakang pun tak tau.. masa tu kalau aku nak keluar kena bersiap 30 minit awal sebelum keluar.. nak pakai tu pun berapa kali ulang-alik basuh tangan sebab nak pastikan tangan betul-betul bersih.. paling dasyat masa mula-mula pakai dulu, aku akan pandang atas je sebab takut lens tu jatuh.. nak jalan pun pandang atas..  dapat bayangkan tak?? dah macam orang buta...  haha...  bila ingatkan balik rasa kelakar pulak... =______=


tapi aku tak boleh lupa pengalaman yang paling dasyat..  masa tu aku rasa kalau aku lambat sikit je keluarkan lens dari mata, maybe aku boleh buta...  semuanya angkara eye-mo dan ke'careless'san aku sendiri..


eye-mo selalunya digunakan untuk mata kering.. untuk aku, aku beli eye-mo yang antibacteria punya sebab mata aku selalu gatal-gatal.. n eye-mo ni memang tak boleh digunakan oleh orang yang sedang memakai lens.. 

untuk siapa yang pakai lens pula, ada jugak solution khas yang berfungsi macam eye-mo dan memang khusus digunakan semasa pakai lens bagi elak mata kering.. aku ada dua-dua solution ni.. 1 eye-mo warna pink, dan satu lagi solution untuk pakai lens warna biru..


nak dijadikan cerita, satu hari aku pergi study di library dengan kawan-kawan aku.. rajin tak aku? sejuk perut mak aku baca ni... biasa la kalau dekat library selalunya memang sejuk sebab aircond kuat.. bila aircond dah kuat mata mesti akan layu kering..  so, aku buka kotak pensil tengok ada solution terus pakai... dan KESILAPAN aku yang paling besar ialah AKU TAK TENGOK SOLUTION TU DULU!! 


lepas 3 minit macam tu baru aku terasa macam nak tengok solution tu.. arggghhhh.....  itu adalah EYE-MO, bukan SOLUTION UNTUK LENS!! aku dah menggelabah, cepat-cepat aku buka lens dekat situ jugak.. masa tu dah tak ada naluri nak cari toilet atau basuh tangan dulu dah...


nak tau apa jadi dekat lens tu?? lens tu jadi keras kematu..  jadi macam plastik keras yang selalu orang buat cover assigment tu... sampai macam tu sekali... cuba bayangkan kalau aku lambat keluarkan lens tu... argghhh... tak dapat nak bayangkan... 

nasib baik la selamat mata cek ni...  sayang aih, mata cek ni dua ja, tak da pengganti dah kalau hilang....

so kepada sesiapa yang pakai lens tu, semoga lebih berhati-hati lagi lepas ni... aku still lagi pakai lens tapi tahap caution tu lebih tinggi lagi lepas merasai pengalaman sendiri.. sebelum ni dengar orang cerita je tapi lepas kena betul-betul, baru insaf.. huhu


BEN ASHAARI DAN SAYA

Assalamualaikum..



hari ni on9 pas cek fb, terus buka blog Ben Ashaari.. akhir-akhir ni suka pula baca blog dia sebab dia rajin update.. tak ada la macam aku ni pemalas.. =_____=

hari ni 1st time nak join segmen.. macam best pula tengok orang join segmen ni.. so ni aku nak jawab soalan abg Ben...


Blog camanakah yang anda suka baca dan kenapa ?


blog yang aku suka baca..


1) informative dan attractive - sebab boleh memberi ilmu dan mampu menarik perhatian kita untuk baca blog tu..


2) blog kembar - aku memang seorang yang fanatik kembar so kalau ada blog pasal kembar memang aku akan singgah..


3) selalu update - bila aku dah suka baca satu-satu blog tu, aku akan buka hari-hari untuk baca so aku suka yang selalu diupdate..kalau aku buka asyik tak update je so pastu aku malas dah nak tengok..



Blog yang aku tak suka baca..


1) guna ayat pelik-pelik - "ari ny aq kuar dgn aqk aq, aqk aq bek sgt..dy blnje aq mkn, mnm, tgk wyg"...euw...aku nak translate apa yang dia cakap pun ambil masa setengah jam.. memang la short form tu boleh senangkan kita sebab tak payah taip panjang-panjang tapi sampai nak baca pun susah macam mana tu...


2) asyik cerita pasal kekasih - aku tahu kalau kita dah sayang, memang hari-hari nak cerita pasal orang yang kita sayang je tapi ada setengah orang suka dan ada yang tak suka.. bagi aku tak perlu nak cerita kat semua orang pasal kekasih kita sebab dia belum halal untuk kita lagi.. orang kahwin pun boleh bercerai~(renung-renungkan la)




Keajaiban..


Assalamualaikum..


siapa ada bela kucing?? mesti ramai kan?  aku ada bela 3 ekor kucing, 2 jantan , bani n putih dan 1 betina, aku panggil nyotnyet, mak aku panggil comel. actually putih tu tak diiktiraf pun sebab mak aku tak suka.. dia suka masuk rumah pastu kencing merata-rata.. last last kena halau dan duduk merempat rumah orang.. tapi bila lapar tau pulak balik..!


si putih yang dah tua...

kucing kesayangan aku semestinya Bani yang taf..  Bani ni my love yang bagi n aku jaga dia since kecik lagi.. sayang giler dekat dia ni.. dah la comel dan manja.. tapi Bani ni memang kucing bandar macam tuan lama dia.. nak makan ikan fresh je.. dan demand sikit sebab friskies dia tak suka.. tapi adat la kucing jantan, bila dah besar tak lekat dekat rumah dah.. kadang-kadang seminggu sekali je balik sebab pergi mengorat jauh-jauh.. jantan hot la katakan..@____@


bani masa kecik..bila dah besar taf giler...


16hb yang lalu, si janda hot a.k.a nyotnyet baru lahirkan 2 ekor anak.. anak dia warna putih bertompok hitam dan hitam bertompoh putih.. 2 ekor SAHAJA ye.. aku pun pelik jugak sikitnye dia beranak.. awal tahun hari tu dia beranak 4 ekor tapi semua umur tak panjang.. yang paling lama bertahan tu pun mati masa dia tengah nak lahirkan baby yang 2 ekor ni.. mak aku cakap dia kena sawan b*bi sebab dia asyik sodok tanah.. tragis kan??


nak dijadikan cerita, semalam 19hb lepas aku makan tengahari aku pergi tengok tempat anak-anak dia yang baru lahir tu.. mak aku letak kat dalam kotak.. aku buka je penutup kotak tu....jeng... jeng.... jeng.... anak dia yang 2 ekor tu dah bertambah jadi 3 ekor... selepas 3 hari... magic tak?? bek cakap megic kalau tak nak kena gigit!!  anak dia yang 2 ekor tu kan warna putih bertompok hitam dan hitam bertompoh putih.. baby yang baru ni warna kelabu.. mak aku cakap ni anak bani sebab warna sama bani.. yes! akhirnya bani ada zuriat!


tapi aku pelik kalau anak bani kenapa yang lagi 2 ekor tu tak sama.. my mom cakap yang lagi 2 ekor tu anak putih.. eh, takkan sekali beranak lain-lain bapak,..aku dah buat muka pelik tahap gaban dah... my mom cakap kucing memang macam tu.. walaupun kembar tapi dari sperm bapa lain-lain.. mmm,  sangat pelik disitu.. korang pikir la sendiri!!


penangan 0mbak Rindu..

Ayah, Mak n anak sedang duduk bersembang di meja makan... topik yang sedang hangat dibincangkan adalah gosip terbaru di kampung itu...


ayah : diorang tu kawin kat siam, so tak ada bukti..

mak : eh, kalau kawin dekat siam takde surat nikah ke?

anak : tak tau la..cuba tanya Aeron aziz..


mak : hah? *muka pelik + konfius*

-

-

-

-

-




anak : Aeron Aziz kan nikah dengan Maya Karin dekat siam..  mesti dia tau...



mak : *jelingan menikam kalbu* sign..=_____=





Quote Of The Day #3


June~months of birth..!!

Assalamualaikum..

entry ni ditujukan khas kepada my mom sebab hari ni adalah birthday beliau...

Happy Birthday Mak yang ke 52...Ca sayang mak sangat-sangat...Ca doakan sempena birthday mak yang ke 52 ni mak akan diberi kesihatan yang baik, panjang umur dan dimurahkan rezeki...

comel kan kek ni...

Ca harap lepas ini tak ada lagi perkara yang buat mak sedih sebab ca nak mak sentiasa happy...jangan suka marah-marah dekat nyotnyet lagi sebab nanti darah tinggi mak naik...mak kena makan ubat ikut jadual n jaga kesihatan demi anak-anak mak yang tak kawin lagi ni..hihi..=)


selain my mom, ramai jugak orang-orang yang aku sayang lahir bulan ni...
16 haribulan - my love
19 haribulan - my beloved mom
26 haribulan - arwah mama
29 haribulan - my little sister
30 haribulan - angah

Happy birthday semua...may Allah bless all of u..




Tukar Nama..

assalamualaikum..

ish,entry kali ni hangat sikit..hangat la sebab tengah geram..erkkk..geram dekat kebanyakan lelaki yang sangat-sangat tidak dapat mengawal nafsu..mungkin entry kali ni akan lebih sensitif sebab melibatkan nafsu dan lelaki...


kalau korang perasan sekarang ni kalau dekat chatroom mana-mana pun dah tak ada lelaki yang betul-betul ikhlas untuk berkawan melainkan hanya kerana nafsu semata-mata...tak payah dekat chatroom la, dekat fb pon ramai je..yang xde mutual friend dengan kita tiba-tiba je add n hantar chat..


ceritanya macam ni, hari tu aku tengah bosan-bosan aku terjumpa la pasal binatang cleverbox ni..korang semua mesti tau pasal binatang robot ni kan??aku je yang memang slow..haha..(tadi siyes sekarang gelak,xbetui dah ke)


robot ni dia boleh chat dengan kita tapi berdasarkan apa yang dia copy dari chat-chat lain kalau tak silap..n yang aku tak puas hatinya tiba-tiba dia masuk benda-benda yang tak senonoh..mesti la dia copy ayat yang orang selalu guna kan..nampak sangat la orang selalu chat benda yang tak senonoh..walaupun dia robot aku tetap marah!!gila apa marah kat robot..




pastu aku masuk pulak kampungchat dengan menggunakan nama tashacuwet..ok, aku memang biasa guna nama ni dulu..cuwet means sweet..biasa la budat pelat eja tak betul..dekat sini orang real ye, bukan robot lagi...masa tu ada beberapa orang yang invite aku chat n yang aku pelik tak ada girls pun..semua lelaki..adakah memang lelaki masuk chatroom untuk kawan dengan perempuan je n perempuan untuk lelaki je??sangat konfius di situ...


bila chat-chat dengan beberapa orang ni aku dapat rasakan yang diorang ni bukan nak berkawan tetapi nak benda lain..bila diorang dah nak masuk benda lain memang kena maki la kan..tak kan nak layan pulak..pastu ada sorang ni dia cakap nickname aku tashacuwet = wet = basah...bongok ke tak bongok?! memang lepas ni jangan harap la aku nak pakai nickname tu dah!! ngek!!

Fieldwork Lenggong..


Assalamualaikum....


awas!!  ini adalah entry cecah lantai... sila kunyah gula-gula supaya anda tak mengantuk!!


before nak cerita kisah yang dah basi ni, kena bukak balik album pegi ke sana untuk recall balik memori yang dah padam.. entry ni sebenarnya nak cerita pasal fieldwork ke lenggong yang laporannya pernah di ceritakan sebelum ini..sapa yang tak tahu boleh tengok sini...


kami bertolak dari ukm pukul 6.30 petang dan masa tu sangat rushing sebab kelas sepatutnya habis pukul 6 n kena bertolak pukul 6.30.. sampai ke Resort Tasik Raban pukul 12 malam n terus check in dorm dan tido..




siyesly aku suka sangat Resort Tasik Raban ni sebab kami tidur di dorm..  dorm pon tak dorm sangat la macam rumah..ada 4 bilik yang tak berpintu n setiap bilik ada 1 katil double dan 1 katil single..  yang aku suka sangat sebab suasana kat sini mengingatkan aku zaman duduk dorm masa sekolah n matrik dulu...  suasana lepak ramai-ramai bergosip, makan atas katil ramai-ramai, lepak depan tv main terup..  siyesly aku rindu sangat-sangat zaman dulu..  huhu, rasa nak menitik air mata teringat kat zaman dulu...  resort ni jugak kat tepi Sungai Perak..   memang tenang sangat kalau duduk sini...




pagi tu kami pergi Stesen Janakuasa Elektrik.. sure tak ramai yang pernah datang ke sini sebab tempat ni bukan untuk lawatan pon...  tapi kami masuk dengan kebenaran ye, bukan secara haram...


tinggi gila bangunan dia.. dekat dalam ni ada mesin-mesin janakuasa...


semua operasi dikawal oleh komputer...  itu la gunanya teknologi...




di dalam stesen janakuasa tu...  memang sangat seram sebab kita ada dekat bawah air..  kalau runtuh je, abis la...


tadi lalu dekat bawah, time balik lalu atas pula...  gayat tuuu~


ini la empangan Chenderoh yang bagi kita online d0plohpat jam...  kalau tak ada benda ni, tak ada la eletrik dan tak guna la ada laptop pun...


petang tu kami buat kajian soal selidik dengan orang kampung kawasan situ...  kami nak tahu apa kesan pembinaan Stesen JanaKuasa tu pada kehidupan seharian diorang...  overall diorang cakap okeii je, tak ada kesan...  


tapi yang lawaknye mula-mula kami sembang dengan 2 orang pak cik ni, lepas tu datang lagi kawan-kawan dia..  last-last nak dekat 10 orang duduk lepak situ sembang dengan kitorang... dan yang paling best, ada pak cik dua orang ni siap berbalah lagi sebab dua-dua cakap lain dan masing-masing nak menang...



dah berada di lenggong kalau tak pergi melawat pak cik sorang ni memang tak sah la kan? dari lawatan sekolah sampai lawatan u, mesti melawat dia ni...  sape lagi kalau bukan pak cik Perak man...



tapi yang spesialnya kami dibawa sampai ke gua tempat diorang jumpa Perak Man ni.. masuk dalam tu kena jalan 2 km... adat la, gua mesti la dalam hutan kan??  takkan la gua dekat depan KLCC!!



dan sebelum balik kami singgah dekat tempat Labu Sayong pula... (lawatan lepas PMR sangat kan.. ^,^' )

tapi dekat sini siap ada pertandingan siapa buat Labu Sayong paling cantik...  dan semestinya aku bukan pemenangnya...  huaaaahaha....



see...!! semua orang semangat nak menang... tapi tak menang pun dapat jugak bawak balik hasil kerja tangan sendiri...  bole la tunjuk dekat cucu cicit masa dah tua nanti...














Quote Of The Day #2


Quote Of The Day #1



Jadual Exam Yang Gile...

semester 2 tahun 2..pejam celik pejam celik, akhirnya dah sampai ke final bagi semester 2..rasa macam semalam baru daftar masuk ukm, tup tup tinggal lagi setahun je nak habis belajar...tahun depan bersedia la dengan cabaran yang lebih besar iaitu tesis dan latihan industri..insyaallah, doakan aku boleh hadapi dengan tabah...pinjam ayat cerita 3 idiots jap.."all is well"..insyaallah..=)
jadual exam kali ni aku rasa sangat2 mencabar keimanan...5 subjek direct selama 4 hari..n the worse is semua subjek major...n lagi worse exam subjek pb adalah 2 minggu kemudian in the last day of exam...dah nampak dah bayang2 kekantoian di situ...haha.. 

sila lihat tarikh dalam bulatan tu..memang kecik sangat kan gapnye...
@_____@

p/s : masa spm dulu setiap hari pagi petang ada exam tak de pon rasa berat..bila kat u ni  asyik dimanjakan je, semua benda nak komplain..aigooo~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...