Followers

Last Day 2012


Assalamualaikum..




eh, hari ni last day untuk tahun 2012 lah. kepada sesiapa yang baru terjaga dari mimpi or kata mudahnya baru sedar yang hari ni 31/12/12 dan cepat cepat nak update entry pasal hari ni macam aku, sila lempang pipi kuat kuat. -,-'


ramai yang post pasal new year dekat facebook dah twitter. nak pergi solat hajat la, nak pergi dengar ceramah, konsert dan sebagainya. tapi kepada student degree macam aku, lupakan je la niat nak celebrate new year tu. silalah merana bertungkus lumus study untuk jawab exam start 2hb ni. arghhh, stresssssssss!


sila pergi aktiviti aktiviti yang baik je ek. 


untuk tahun 2012, banyak perkara terjadi yang mematangkan aku. (cekk! aku matang la walaupun tak cukup beberapa inci). sedar tak sedar aku dah tinggalkan usia belasan tahun. cewahhh, dah masuk 21 dah pun, tahun depan dah 22 tahun dan makin lama makin tua. -,-"


perkara yang paling happy untuk tahun 2012 semestinya bila dapat melangkah ke oversea buat pertama kali. first time buat pasport, first time naik flight, first time melangkah ke negara orang dan first time pergi Guangzhou, China. yeayy! Alhamdulillah, new wonderful experience! selalunya orang cakap, kalau ada permulaan, lepas tu mesti akan ada ada n ada lagi kan. In Shaa Allah, lepas ni nak pergi negara lain pula. setahun 1 negara boleh tak? hihi. :)


aku rasa 2012 paling banyak perubahan yang aku alami, dari segi keyakinan diri, tanggungjawab, pergaulan dan lain lain. 2012 banyak ajar aku erti hidup sebenar dan preparation untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti. In Shaa Allah.

perkara yang tak happy pun ada, tapi biar la hanya dijadikan kenangan. so, let's just remember good and happy memory only. yang sad sad story tak payah ingat dah. let's be more positive Tasha. maafkan kesalahan orang pada kita dan doakan orang juga memaafkan kesalahan kita. :) (tetiba nak jadi macam Priya dalam cerita Chori Chori Chupke Chupke pulak kan)

last but not least (keluar dah ayat esei diaaa), wishing all Happy New Year 2013. semoga tahun baru ni memberikan kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah untuk semua. :)



# Anugerah Juara Lagu ke-27 6 January 2013. Siapa jadi juara? 
# Kisah dua budak lelaki yang nak jadi doktor dan pelukis. Tengok sini.

Lost World Of Tambun



Assalamualaikum..


minggu ni ialah minggu cuti belajar, minggu study week dan juga minggu terakhir 2012. so, bersempena cuti sekolah yang hanya tinggal penghujung ni, semua family sebelah ayah dari Kedah datang berkumpul di Ipoh. makanya minggu study week yang sepatutnya dihabiskan dengan menghadap buku dan nota nota kuliah haruslah ditukar kepada minggu berjimba jimba dan bersuka ria tak ingat dunia. 


oleh sebab adik beradik ayah hanya lima orang dan semua sporting habis, kami memang selalu berkumpul sama sama dan plan aktiviti bersama. bila berkumpul mesti ada je agenda yang kitorang buat, BBQ, karaoke, camping di Pord Dickson dan aktiviti favourite semestinya memancing. tapi kali ni semua berkumpul di Ipoh sebab nak pergi Lost World Of Tambun. walaupun family Pak Njang tak dapat datang sebab adik ipar dia kahwin di Pahang, tapi still meriah. 


satu satunya gambar yang ada dalam henset cikai aku. yang lain dalam fon mahal angah! -,-'


so hari Isnin yang lepas, berjayalah kami berjimba-jimba di Lost World Of Tambun yang hanya sekangkang kera dari rumahku iteu. oleh sebab tempatnya hanya sekangkang kera bin monyet dari rumah aku so nak pergi pun tak ada la rasa eksited sangat. (riak bin takbur betul) h0h0. sejak buka masa aku form 5 dulu tahun 2008, baru dua kali aku merasa pergi sana atas ihsan orang belanja. dari hanya kolam biasa, sekarang dah ada kolam air panas dengan spa bagai, dari tiket masuk harga RM24 sampai la sekarang harga RM45 seorang. hambek kau. dah kaya raya siap boleh buka hotel dah diorang kita kayakan.


oleh sebab kami pergi hari isnin dan esoknya Chrismas, ingatkan orang tak ramai sangat. but it's totally wrong. orang ramai bersepah tak ingat. tambah pula ada boboiboy pula datang. nak cari parking pon dah susah, nak beli tiket pon dah ambil masa setengah jam. 


dan macam Pak Lang aku cakap. 

'pergi Lost World time cuti sekolah macam mandi dekat air kencing orang'.euwwww. *muntah hijau


but it's still worth as semua orang happy dan enjoy. orang orang tua enjoy dengan kolam air panas, budak belia muda remaja enjoy dengan gelongsor yang menghilangkan anak tekak. dan kanak kanak bawah umur enjoy dengan kolam tepi pantai tiruan. all happy! termasuk la budak kecik umur 21 tahun ni. dah macam budak budak dah main gelongsor tak ingat dunia. balik balik baru nak mengadu sakit bon*ot dan hilang anak tekak akibat menjerit tak ingat dunia. time main tak ingat sakit. -,-'




Anugerah Juara Lagu ke-27 6 January 2013. Siapa jadi juara? 
# Kisah dua budak lelaki yang nak jadi doktor dan pelukis. Tengok sini.

AES di Kanada


Assalamualaikum..

kalau di Malaysia guna AES untuk membasmi masyarakat masyarakat majmuk yang suka bawak kereta laju laju mengalahkan palesit jalanan. dekat Kanada lain pula caranya. cara yang sangat simple, mudah dan murah. tak pelu AES AES bagai. buat habis kertas nak hantar surat kat rumah orang je. 


Nak tahu apa caranya? 







jeng jeng jeng....
(dupdapdupdapdupdap)








tadaaa....









hanya korek lubang dekat atas jalan je.

..


-


-


-


-



-



hah! jimat. guna karpet/kertas je. buat ilusi macam ada lubang dekat atas jalan. sure driver driver yang lalu situ akan perlahankan kenderaan sebab takut langgar lubang tu kan. selalunya orang lebih sayangkan kereta dari duit. terutamanya orang kaya kaya yang pakai Porche bagai. takkan la kereta mahal mahal nak bawak 20 km/jam. tak remaja la derrrr!....  hah, lepas ni boleh cuba letak kertas/ karpet macam ni atas jalan. confirm semua bawak slow! mahunya jem 10 km!  @___@


p/s : student lepas spm tak tahu nak sambung belajar kat mana boleh tengok sini.


Settle dan Lega


Assalamualaikum..




lega! dari esaimen yang lecturer bagi masa mula buka sem sampai yang lecturer baru bagi. semua tumbang dalam masa 2 minggu sahaja. ini baru nikmat, sekali pulun buat semua, sekali hantar dan sekali lega terus! kalau buat satu satu lepas dah settle satu, datang lagi kerja kan. pastu datang lagi dan lagi. lagi tragis kalau esaimen yang dah siap, elok dah print cantik cantik bagai, tinggal nak hantar je lagi tiba tiba missing in action! letak merata pastu tak jumpa! sedap! nyanyi lagu harapan je la ulang empatpuluhempat kali. 


tapi jaga jaga. nanti relax je nak buat last minit, tiba tiba masalah lain pula timbul. laptop rosak la, printer mintak kaki la. dan yang paling penting! jangan sampai terlepas dateline pula. karang ada yang terjun Sungai Kajang sebab tak boleh grad!


Budak disamun dalam surau


Assalamualaikum..


kalau dulu, surau dengan masjid la tempat paling selamat. tapi sekarang semua tempat tak selamat. dalam surau pun orang nak mencuri nak menyamun. dulu kawan aku kena dekat surau The Mines. handbag dia hilang masa tengah solat. tak lama lepas tu, orang jumpa bag tu dekat toilet Alamanda. haha. jauh jugak bag tu terbang kan. 


sebab tu mak aku selalu pesan kalau keluar kena berteman. bukan sebab kita tak boleh berdikari ke apa. tapi sebab kes kes macam ni la. makin lama makin banyak dan teruk. sebelum jadi apa apa kat diri sendiri, sentiasa la berwaspada walaupun pergi toilet depan bilik. -,-'


21 Tahun Dah Saya!


Assalamualaikum..



Semalam bersempena 19/12/2012 genap lah umur aku 21 tahun. yeayy! HAPPY BIRTHDAY TO ME! (pumpangdashdushgedabom bunyi bunga api stadium merdeka) wah, dah 21 tahun la! dah boleh kahwin ni. haha. :)  Alhamdulillah, syukur sangat sangat masih dapat menghirup udara segar di usia 21 tahun. tapi rasa macam muda belia baru lepas ambil result PMR semalam je.


semakin hari usia makin bertambah, badan pulak makin membulat, tinggi makin memendek. seluar makin lama makin labuh dan tali pinggang dah boleh simpan dalam laci almari. motif? kalau zaman opah aku umur 21 tahun dah ada 4 orang anak dah ni. aku pula dah ada 7.  5 anak kucing, 2 anak rabbit! cukup la tu kan. tak baik tamak.


birthday tahun ni rasa macam hari hari biasa je. birthday di kala minggu ke-14 pengajian bagi sem 5, minggu terakhir kelas sebelum study week dan minggu semua esaimen kena hantar. memang hari spesial pun jadi tak spesial. tak rasa apa apa langsung. just nak masa cepat berlalu, tak sabar nak habis exam pastu dapat berjimba jimba tak ingat tesis tak siap dengan tempat latihan industri tak cari lagi. *pengsan


birthday kali ni, selain menyemakkan diri dengan edit, print, edit, print, edit lagi, print lagi esaimen empatpuluhsembilan kali, masa dihabiskan dengan reply mesej mesej wish dekat facebook dan pergi makan bbq anjuran kelab KUSDO. kelab lagi ke? haha. thanx to facebook sebab remind birthday birthday orang, kalau tak rasanya berapa kerat je yang ingat birthday kawan kawan kan? expecially orang yang tengah menaip ni. -,-'



thanx  kepada Sufi a.k.a Yuyu Zulaikha saya sebab bagi gambar ni. walaupun tengah busy dengan esaimen dan jurnal bagai tapi sempat juga dia edit edit buat pic ni khas untuk saya. terharu!  terharu! (sambil kesat kesat air mata)


p/s : mesej dari ayah "Hepy Buyday 2 U..moga panjang umur n cepat dapat jodoh..hehe..suke le 2"


Kenangan PMR Dulu dulu


Assalamualaikum.


Hari ni result PMR keluar. Dan hari ni juga ulang tahun kelahiran aku. Wink2:-)  saja nak bagitau dekat sini, kalau ada sapa sapa nak kirim hadiah boleh mintak alamat. Hihi.


Bila tengok ramai yang update pasal PMR dekat fb, teringat kenangan time aku PMR dulu. 2006, 6 tahun yang lepas! Pejam celik pejam celik dah tahun 2012.  Rasa macam baru je semalam ambik result PMR. See, how fast time fly. Kalau ada anak dah masuk tadika dah. Dan semestinya dah dapat adik. Haha.


Kenangan paling aku ingat time ambil result dulu, kena cubit dengan ustazah sebab tak minta MRSM. Alhamdulillah dapat 7A 1 B walaupun tak expect langsung boleh dapat result tu. Orang yang paling tak percaya semestinya cikgu sains. sebabnya aku ni student famous dalam lab sains. Famous sebab selalu kena tegur tidur dalam lab. Haha. Adat la bagi student asrama. Tidur dalam kelas tu adalah perkara paling nikmat dirasakan. Dan paling tak boleh bla sebab pernah dapat 40 markah je dalam ujian. How I hate science subjek. Tapi tak tahu maca mana masa PMR sebenar boleh dapat A. Dan sampai sekarang dah masuk u pun still ada dalam bidang sains. -,-'

As my younger sis dah habis SPM. Dah tak ada family yang ambil PMR dah. Tunggu adik ambil result SPM je. So, nak tanya adik adik blogger je la, berapa result anda? Hihi. Dan nasihat buat adik adik yang bakal masuk form 4 or honeymon year ni. Jangan asyik enjoy je. Nanti dah form 5 jenuh nak kejar balik. hihi. Macam ada pengalaman je... -,-' Renung renungkan!


New Baby In The House


Assalamualaikum..


There are new baby in our house. Dulu aku pernah cerita pasal kucing aku lahirkan baby selang tiga hari. About six month ago. Masa aku balik baru baru ni, diorang dah dapat adik baru. Dulu tiga ekor, kali ni pun tiga ekor. Produktif sungguh mak diorang ni. Tapi ntah sape bapak diorang tak tahu la. -,-'  Tiga ekor baby dulu dah besar. Yela, dah enam bulan. But sadly seekor mati kena langar n yang mati tu ialah baby yang lahir lambat dua hari tu. Dah la bufday sama dengan mak aku. Kecian!


dua ekor anak Nyotnyet. seekor lagi tuan lama Bani tengah pegang. siapa? no komen!


Masa family kitorang tengah berkabung atas kematian si kecik tu, ayah bawak balik penyeri baru untuk family kami. Haha. Ayat tak bole bla. It's rabbit!!  Two!! Ibu dan ayah rabbit. Seekor hitam seekor putih. Hitam aku panggil kopi, yang putih aku panggil susu. Walaupun hanyalah ibu dan bapak rabbit yang badannya besar gajah tapi still comel n kiut miut. Besar weh, letak dalam kandang kucing aku separuh penuh sebab bulu dia tebal. Potong buat carpet best juga.


memperkenalkan Encik Kopi dan Puan Susu

orang yang paling eksited terlebih semestinya adik aku. kononnya itu la impian dia dari dulu, nak bela rabbit. Padahal masa kecik dulu dia la yang bagi rabbit kitorang makan pucuk daun banyak banyak sampai gembung. Bajet dia tak lahir lagi la time tu. Buat buat tak ingat ler tuuee... aku pulak? eh, burger daging rabbit ada kan?  haha..


p/s : Jom pergi Sunway Lagoon

Pengajaran : Telefonlah Ibu Anda Sebelum Ibu Anda Telefon Anda



Assalamualaikum..


malam ni kecelaruan fikiran berlaku. mula mula mood aku biasa je, lepas tu rasa bengang sebab UKM Jaring buat hal. kejap ok kejap tak padahal esaimen banyak lagi tak siap. lepas tu mood ok balik until my mom call. aishh! bila mak kol tengah tengah malam ni mula la rasa lain macam. rasa rindu dan risau sebab mak jarang kol tengah malam. takut something happen. Ya Allah, please protect my mom!


dan sekarang, aku rasa bersalah sangat sangat. mak kol tengah malam sebab terjaga dari tidur dan teringat dekat anak dia. Ya Allah, aku bersalah sangat sangat. dari pagi tadi lagi memang rasa nak kol tapi tangguh tangguh sampai lupa. dah berapa kali macam tu. alasan banyak esaimen tapi ada je masa untuk kol sekejap tanya khabar. tapi buat benda lain sampai lupa. sem ni dah banyak kali jadi benda sama. kalau sem sem lepas, hari hari kol mak tanya khabar. tapi sem ni tak tahu la kenapa dah jarang sangat kol. kadang kadang tiga empat hari baru kol. and sometime, mak yang kol sebab risau anak dia tak kol. Ya Allah, berdosanya aku.




ahhh, sedih! sedih! sedih! baru je cadang malam ni nak stay up buat esaimen. tapi sedih punya pasal baik tidur. nak buat esaimen pun dah tak ada mood sebab marahkan diri sendiri! dush dush!!


Menyesatkan diri di Putrajaya dan Austin Steak House



Assalamualaikum..



kalau plan apa apa dengan kawan kawan, selalunya benda yang di rancang last minit itu yang akan menjadi. kalau rancang awal awal mesti bila dah last minit banyak masalah timbul dan akhirnya cancel semua plan then duduk la bilik sorang sorang melopong tunggu Running Man episod baru keluar. 


macam semalam, last minit planning untuk ke Austin Steak, Bangi akhirnya berjaya dan sangat sangat seronok. khamis petang buat rancangan main main dekat dalam kelas sementara tunggu lecturer masuk, jumaat pagi tengok tengok semua serius nak sewa kereta keluar dan pukul 3.00 petang, selamat la kami berenam orang berhimpit dalam kereta kancil sewa untuk ke Putrajaya. 


kereta sewa RM5 sejam. kitorang ambil separuh hari then berhimpit enam orang. -,-'


destinasi pertama kami ke Jabatan Pendaftaran Negara sebab Mun nak ambil IC. faham faham la jalan dekat putrajaya ni, kalau tak sesat memang tak sah. aku yang dah berapa kali drive pergi sini pun still lost lagi. elok pula tengah sesat nak cari JPN tu, boleh pula meter minyak bagi warning. pasrah je la kalau tiba tiba minyak habis tengah jalan kan.


lepas keluar dari JPN, elok pula nampak Pasar Tani dekat tepi jalan. perut masing masing memang dah kelaparan dari pagi tak makan sebab nak save perut untuk makan steak dekat Austin Steak. nampak pasar tani memang semua dah terbayang bebola cucuk cucuk dengan keropok lekor. tapi perkara yang lebih utama kena utamakan. bagi makan dekat tangki kereta dulu. dan bermula la jurney pusing pusing cari stesen minyak. 


lepas dah jumpa stesen minyak dekat Presint 8, pusing balik Presint 2 untuk ke Pasar Tani. memang nice main pusing pusing. buat habis minyak je kan! -,-' habis beli apa yang perlu kat Pasar Tani tu, semua pakat nak photoshoot kat Taman Botani. bajet semua nak ambil gambar dekat tempat yang cantik macam dalam photoshoot wedding tu. kan banyak wedding photoshoot buat dekat taman dekat putrajaya. last last photoshoot duduk bersila atas rumput depan tasik je.

pic atas with all of us. can u imagine enam orang ni naik kereta kancil. berhimpit sakan la.


i love those flower yang menyerikan gambar itu. :)


habis berphotoshoot, rushing pergi Masjid Putra tuk solat. sampai sampai as usual, kami kena pakai jubah konvo Jadoo. kaler pink gitue. Aku, Ina, Shila dengan Mun je dapat jubah ni. so, kitorang je la yang boleh konvo dulu. Syira ngan Phya kena try lagi next time. hihi

Jadoo's Geng

dua orang yang terlepas.

lepas Maghrib baru kami keluar dari Putrajaya untuk ke Austin Steak. but sekali lagi tension nak mencari jalan balik. kami datang ikut jalan shortcut dari Bangi ke Putrajaya ikut kawasan kilang. tapi nak balik tak jumpa simpang masuk ke jalan tu. berapa kali pusing ikut jalan yang sama sampai dah hafal semua laluan. pukul 9 baru jumpa jalan Bangi and again, sesat di Bangi nak cari Austin Steak House ni. last last singgah Econsave pergi shopping dulu then baru cari Austin Steak House balik. 



finally, jumpa jugak Austin Steak House ni. ekceli Austin Steak House dekat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ni ialah restoran makanan ala ala english macam steak and chicken chop. orang suka tempat ni sebab harga dia murah. just around RM10 macam tu je. dan sangat berbaloi.


terngiur tak terngiur tak?



this's mine! Chicken Golden Blue dan Jus Nenas. air nenas ni gelas dia besar dan sangat sangat sedap. kalau pergi makan dekat sini aku sarankan korang ambil air ni. harga dia RM3 je. Chicken Golden Blue ni pun sedap, dekat dalam dia ada chees. 



see, kalau kita potong, cheese dia keluar. sangat sangat sangat sedap. harga dia RM10.90 je. memang berbaloi. 


bajet nak balik sebelum pukul 11 malam. last last pukul 12.30 baru sampai bilik. memang release tension habis habisan. hari ni baru nak mengadap balik semua esaimen yang kena hantar minggu depan. sigh! -,-'


p/s : promosi Hotlink sempena Chrismas.

Gigitan Cinta



Assalamualaikum..


masa pergi Ekspedisi Rafflesia kat Gerik hari tu, dapat hadiah special dari sana. hadiah yang sangat spesial sampai sekarang ada lagi. nak tahu apa hadiahnya? tak boleh tunjuk la. bahaya! hihi. hadiahnya ialah gigitan cinta dari Abang Pacat! semua orang dapat. kalau tak dapat gigitan cinta pun, kena raba raba je dia naik kat kasut. euw, geli memikiorkannya.


tapi nasib baik aku kena gigit dengan sekor pacat je, yang member member lain sampai tiga empat ekor sekali. sedar sedar dah berdarah kaki. Prof J lagi teruk, dia pakai stokin pacat ingatkan dah safe dah, tengok tengok dia masuk dalam baju. bila sedar baju dia dekat bahagian perut dah penuh darah macam kena tembak. so scary! -,-'

dan yang paling tak best, kesan dia still rasa sampai sekarang. gatal pulak tu. asyik rasa nak menggaru je. tapi kalau garu nanti lagi teruk parut dia tak hilang. nak pergi mintak ubat, malu pula nak pergi Pusat Kesihatan semata mata sebab pacat je. aishh!

#sila bayangkan gambar ni macam ranting pokok je ye..


Bapa Kejam Belasah Anak



Assalamualaikum..




aku tengok video ni dekat facebook semalam. tak ramai yang share video ni berbanding video perempuan belasah baby dulu. tapi aku tak berani nak tengok sampai habis. sebabnya, dalam video baby kena pukul dulu tu, pemukul dia perempuan. dan aku tahu naluri perempuan tak akan sampai nak bunuh baby tu. tambah pula tu anak dia sendiri. tapi dia campak budak tu kejam juga. macam perempuan tak ada perasaan je!


tapi video ni aku memang tak sanggup tengok sampai habis. first sebab pemukul tu lelaki yang tenaga lebih kuat dari perempuan. second sebab 'bangsa tu'. malas nak komen lebih lebih sebab semua orang tahu 'bangsa tu' macam mana kan? silap hari bulan arwah budak tu jadinya.

nak baca berita lanjut tengok sini.


Kad Siswa 1 Malaysia



Assalamualaikum..


yes! i got it. selepas penat menunggu dari awal sem sampai dah sampai di penghujung sem, akhirnya dapat juga benda alah ni. (penat la sangat kan -,-') ekceli dah tak mengharap pun nak dapat kad ni, sebabnya, dekat UKM student 3rd year SAHAJA yang dapat lambat. ditekankan STUDENT 3RD YEAR SAHAJA. means, student student lain dah dah lama dapat dan dah selamat melantak makan dekat Dubu-dubu tak ingat dunia sambil feling feling korea. alasan yang diorang bagi sebab nama student tercicir la, tak cetak lagi la. alang-alang baik cakap nak bagi sekali dengan scroll time konvo nanti je kan. mm, layankan je la. 




but but but. what make me excited is kad ni valid sampai bulan 12 tahun 2017. ulang lagi sekali 2017 uollz!.  sama dengan sim kad Celcom student package. nampaknya dah umur 26 nanti pun boleh shopping guna kad ni lagi. boleh la shopping perkakas rumah tangga di samping barang barang anak dekat Mydin bila dah kahwin nanti. haha. berangan tak sudah. silap silap esok dah hilang campak merata rata. -,-'


lepas ni tunggu baucer buku 1 Malaysia pula. harap harap tak ada la nak kena tunggu sampai dah habis praktikal nanti baru dapat. senarai buku nak beli dah tepu dalam otak ni. tunggu baucer je lagi. hihi. :)

okei, nak share sikit antara kedai kedai yang bagi diskaun untuk student yang ada kad ni yang dikopi dari blog Wacanaku.


MAKANAN DAN MINUMAN

• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)
• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)


KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN

• TEXLINE LINO (5% – 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)
• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO’ HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% – 45% off)


KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
• QUALITAS HEALTH (10% off)
• FOCUS POINT (20% – 50% off)
• POLIKLINIK AN-NISA’ (20% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% – 60% off)


SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN

• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% – 20% off)


PENGINAPAN

• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% – 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)


PRODUK IT

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)


LAIN-LAIN

• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% – 15% off)
• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)


yang aku nampak KFC, Dubu Dubu dengan Mydin je. papepun, thanx sebab kurangkan beban student macam aku yang tengah sengkek di hujung sem ni. >,<


It's 12.12.12



Assalamualaikum..


hari ni semua update status 12.12.12. aku pun nak jugak. haha. ada tak yang bernikah hari ni sempena tarikh yang senang nak ingat 12.12.12. baby baru lahir mesti ada. best kan tarikh ni? tarikh yang hanya muncul sekali seumur hidup. lepas ni tak ada dah tarikh yang hari, bulan dan tahunnya angka yang sama. start 01.01.01 sampai 12.12.12 je. kalau ada yang buat 13.13.13 tu cepat cepat la kol hospital tanjung rambutan. dah tak betoi la tu. mana ada bulan 13. merepek je!


alhamdulillah, lagi 19 hari kita akan melangkah ke tahun yang baru. dulu ramai yang cakap tahun 2012 ni bakal kiamat. siap ada movie lagi pasal kiamat ni. aku tak tengok pun sebab dah tahu benda tu lagha. lain la kalau Lisa Surihani berlakon. fikir patpluhsembilan kali baru tengok kot. tapi syukur sangat sangat kita masih bernafas bagi menempuhi tahun 2013 yang akan datang. lepas ni ada tak sape sape nak cakap tahun 2013 pulak kiamat? jom kita tempah tiket flight pergi menyorok dalam gunung kat Perancis. haha


aku pula lagi 7 hari bakal bertambah usia. hoo mai godddess. bakal bertambah usia walaupun ketinggian masih di tahap sama. ada sesiapa nak rekemenkan ubat tambah ketinggian? sila komen yek. :)




Break sebentar rehatkan minda..


Assalamualaikum..


Yeayy!! Heaven gile rasa sebab nak balik rumah. Walaupun still ada dekat KL Sentral menunggu tren ETS pukul 10 malam. Tak sabar nak sampai rumah. Rasa macam nak lepaskan tension sangat sangat sambil merenung wajah parents tersayang. Hihi. :)




Rasa bersalah jugak nak balik bila memikirkan esaimen yang datang berduyun duyun macam nak cari gaduh, ditambah lagi status akaun Bank Islam di hujung hujung sem ni. Tapi sebab dah janji dengan Mr. Oren, nak pergi kenduri kakak dia kahwin, 'terpaksa' la balik. Hihi. Padahal dalam hati memang terkinja kinja nak balik.




Sementara tunggu tren yang tak nampak batang hidung lagi, wajibulghunnah la mencekik darah kat KFC dulu. Cadang tadi nak makan ayam McD, ajak adik pergi McD dia macam pikir panjang je. Oh, lupa! Boikot kan. Haha. Terus melencong ke KFC yang berdekatan. Bak kata UAI, kalau orang tu sembelih saudara korang, pastu dia jual dekat korang, korang nak makan ke? Haha. Renung renungkan dan selamat beramal.


Gigih!


Assalamualaikum..


Tengah pulun menghafal nama nama saintifik tumbuhan untuk exam Etnobotani & Ekonomi Sekitaran malam ni. Berbelit belit dah lidah ni menyebut nama saintifik. Cosmos caudatus si ulam raja, centella asiatica cik pegaga, parkia speciosa abe petai, anacardium occidentalle si puan gajus.


Aigoo, ni belum lagi masuk semua khasiat bagai. Macam ni pun dah nak mereng, ada hati nak jadi pakar tumbuhan kan. Terima kasih je la.





Cara Dapatkan Pahala Selepas Mati



Assalamualaikum..


Ajal maut ditangan Tuhan . kita tak tahu ketentuan yang telah Allah tentukan . mana tahu baru sejam lepas kita bersembang dengan kawan kita , tup tup dia dah pergi mengadap ilahi. tambah tambah sekarang ni banyak kes kemalangan dan jenayah . nyawa manusia tu macam tak ada nilai dah.

......

berbalik kepada cerita asal , ni aku nak share 6  cara untuk dapatkan pahala selepas mati . mari la kita sama sama amalkan.




1) Sedekah Al - Quran di masjid atau surau

cara ini memang ramai yang dah buat . bagi sedekah Al - Quran dekat masjid atau surau . setiap kali orang baca Al - Quran yang kita sedekahkan tu , kita akan dapat pahala . selagi ada orang guna dan baca Al - Quran tu , selagi tu kita dapat pahal walaupun kita dah tak ada dekat dunia ni.




2) Pasang kipas di surau atau masjid

macam sedekah Al - Quran juga , selagi orang guna kipas yang kita bagi tu , selagi tu kita dapat pahala.


3) Derma kerusi roda di hospital.

Derma kerusi roda dekat hospital . setiap kali orang guna , kita akan dapat pahala.


4) Beri makanan kepada orang lain

Kalau kita bagi atau share makanan dengan orang lain , makanan itu akan menjadi darah daging orang tu. dan selagi makanan tu jadi darah daging orang lain, kita pun akan dapat pahala




5) Beri baju kepada orang

Ini pun sama dengan derma kerusi roda , kipas dan Al - Quran . tapi derma la baju yang menutup aurat . kalau korang derma baju yang terbelah sana , terbelah sini , selagi orang pakai baju tu , korang akan dapat dosa je. 


6) Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Benda ni paling senang nak buat tanpa keluarkan modal . terutama kepada blogger blogger , share la sesuatu yang bermanfaat kepada orang yang baca blog korang . rasanya tak payah la share yang pakwe korang merajuk ke , romantik ke . kadang kadang orang lagi menyampah nak baca. kalau korang share ilmu yang bermanfaat , selagi orang lain amalkan , selagi tu korang dapat pahala. sebab tu cikgu tu pekerjaan yang mulia. sebab kerja diorang untuk share ilmu.

....

see, senang kan nak dapat pahala sebenarnya. nak praktiskan je susah . jom kita sama sama kejar pahala dari sekarang . kita tak tahu ketentuan Allah pada esok hari. so , mari kita renung renungkan dan selamat beramallllll (guna ton suara Prof. Izzi Haji Ali)  :)


Sambung Belajar atau Kerja ?



Assalamualaikum..


sekarang ni kecelaruan fikiran sedang melanda diri . perkara ini pasti akan jadi dekat final year student macam aku . tak tahu nak buat pilihan sama ada nak sambung belajar lagi atau melangkah ke alam pekerjaan . yela , pejam celik pejam celik , masa dah makin cepat berlalu . sekarang dah masuk bulan 12 . InsyaAllah tinggal lagi 6 bulan untuk habis degree. lepas ini tak tahu lagi apa jalan hidup yang Allah dah tentukan.



sekarang ni , lecturer yang masuk kelas ramai yang tanya siapa yang nak sambung ambil master lepas ni . aku ? entah la . aku kan nak kahwin awal . haha . kalau mak aku baca ni , naya je. kalau sambung master kena tambah lagi dua tahun . lepas sambung master mesti la nak sambung pHD pulak . bagi aku kalau alang alang dah sambung master baik terus sambung pHD . terus dapat title Dr. walaupun tak kerja dekat hospital . hah , ni pun dah ambil masa at least 5 tahun nak habiskan . dan lepas tu baru kerja . lamanyaaaa........

dan aku pulak dah janji dengan diri sendiri , sebelum kahwin nak beli rumah banglo tujuhplohpat tingkat untuk family . selagi tak mampu beli rumah , tak boleh la kahwin .

so , kalau aku sambung master dan pHD dah ambil masa 5 tahun , nak cari kerja dan kumpul duit beli rumah dah ambil masa berapa tahun . at least 3 tahun . semua total dah 8 tahun . sekarang ni umur aku nak masuk 21 tahun lagi 18 hari , tambah 8 tahun maknanya 29 tahun baru boleh kahwin. ohh emm geee!! lamanyaaa....

kalau kahwin umur 29 tahun , umur 30 baru dapat anak . same like my mom . mak aku dah umur 50 tahun , kakak aku baru masuk 20 tahun . oh noooo !! bila nak dapat cucu ? haha , jauhnya aku pikir.


hari tu nampak status ni dekat wall facebook senior.

"Dua hari menumpang kereta pensyarah, 2hari itu juga beliau bercerita tentang kerjaya dan masa depan. katanya, kerjalah dulu, cari keje sampai dapat, ambil peluang mana2 tawaran kerja yang ada. Sambung belajar tu bila2 masa boleh buat, yang penting dapatkan kerja tetap dan mula kumpul harta. Kalau kamu ada PhD pun bukan jaminan untuk mudah dapat kerja. sekarang umur kamu muda lagi, cari aset dan stabilkan kedudukan kewangan. Bantu orang tua selagi mereka masih ada! hanya senyuman sepi yg mampu ak pamerkan. jauh di sudut hati menafsir ada benarnya kenyataan beliau. "

betul apa yang lecturer dia cakap . masa ni la nak bahagiakan parents . semakin lama , usia parents kita makin bertambah . bukan la minta apa apa terjadi tapi ajal maut di tangan Tuhan . kalau apa apa terjadi , menyesal kemudian dah tak guna.

tapi.......... 

emm , macam takut pula nak melangkah ke alam kerja . kerja part time dekat kilang dulu pun dah rasa azab giler . ni pulak nak kerja tetap . dan sekarang ni pulak banyak masalah graduan menganggur . takut la pula kalau tak dapat kerja lepas habis belajar . haishhh!! buntu pale nak memikiorkannye....




Maksud Disebalik Warna Bunga



Assalamualaikum..


bunga adalah sebahagian daripada keindahan alam yang mampu memberikan perasaan gembira , tenang dan nyaman selain sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang . okei , ayat buku teks sungguh intro aku .  semenjak aku belajar subjek Etnobotani dan Ekonomi Sekitaran dan pergi fieldwork dekat Taman Herba Perak hari tu memang asyik nak buat entry pasal tumbuhan je . adakah aku bakal menjadi pakar tumbuh tumbuhan macam Prof Jumaat Adam ? kita nantikan.......




hari ni aku nak share sikit pasal makna disebalik warna bunga . korang tahu tak bunga bunga yang warna warni cantik menarik tertarik tu sebenarnya ada makna disebaliknya. mesti korang tahu kan sebab dalam cerita mohabbatein ada cakap kuning maksudnya persahabatan. okei , hari ni aku nak share paal lambang disebalik warna bunga tu.


Merah

dalam drama Nora Elena , Aaron Aziz bagi Siti Saleha bunga mawar warna merah kan . bunga warna merah ni melambangkan asmara , kemasyuran , daya atau hasrat yang kuat dan nafsu amarah . romantik kan Aeron Aziz , eh tak , pengarah dia la romantik sebab Aeron tu pelakon je.





Putih

putih memang sinonim dengan kesucian. so , semestinya bunga warna putih melambangkan kesucian , kepercayaan , kejujuran . tapi bunga warna putih jugak melambangkan berkabung. 




Kuning

yang ni aku pun konfius sebab dalam cerita mohabbatein tu kuning untuk persahabatan kan , tapi menurut nota aku , ceh , kan dah kantoi kopi dari nota. kuning melambangkan kebencian , dukacita dan kesedihan . 



Hitam

ada ke bunga warna hitam ? ada la . bunga tayar. haha. bunga warna hitam melambangkan dukacita , kesungguhan hati dan kesedihan.




Biru

bunga warna biru pulak melambangkan kesetiaan dan perenungan yang dalam . cantik jugak bunga warna biru kan . bole buat tema kahwin ni.




Emas

bunga warna emas melambangkan kemegahan dan kekuasaan. kalau nak lagi megah , cuba buat bunga guna emas then bagi dekat bakal mak mertua korang , confirm lulus.
ada sape sape nak sponsor ?


p/s : semua gambar disponsor oleh pak cik google.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...