Followers

Pokok dan khasiatnya di Taman Herba Perak



Assalamualaikum


fieldwork yang lepas kami singgah ke Taman Herba Perak Darul Ridzuan. taman herba ni terletak di Batu Gajah, Perak berdekatan dengan Gopeng. ekceli, walaupun aku ni dah duduk menetap kat perak 20 tahun 11 bulan, tapi this my first time aku dengar dan tahu tempat ni. selama ni selalu lalu lalang dekat situ hantar adik pergi Matrik Perak, tapi tak pernah tahu. haisshh, malu kejap mengaku orang perak.


dekat sini banyak sangat informasi pasal tumbuhan dan khasiatnya diorang bagitau. ekceli, banyak pokok pokok yang kita biasa tengok dan petik buat main masak masak dalam tempurung kelapa masa kecik kecik dulu tapi sebenarnya ada banyak khasiat. 


bila jalan dekat dalamTaman Herba ni, baru tahu rupa-rupanya banyak pokok yang mak aku tanam dekat rumah, baca penerangan dia rupa rupanya boleh buat ubat. selalu dekat rumah buat petik uneh uneh je. -,-'





macam pokok Pisang Tali ni. dekat rumah korang atau jiran jiran mesti ada tanam kan? orang tanam sebab cantik macam merecun papan kan. tapi sebenarnya dia ada khasiat untuk rawat sakit usus, demam kuning dan darah tinggi. hah, memang elok sangat untuk mak aku yang ada darah tinggi. cara-caranya hanya rebus rizom dia dan minum. rizom tu bahagian pokok antara batang dan akar. bentuk dia macam halia.



hah, pokok Jenjuang ni mak aku panggil pokok puding. memang banyak orang tanam buat hiasan. pokok ni pun banyak khasiat antaranya untuk rawat kencing berdarah, batuk berdarah, tibi, kurang darah, demam panas, sakit gusi bengkak, sakit sendi, cacar dan kudis. huh, banyak gila khasiat dia. dan pokok ni jugak baik untuk rawat masalah haid untuk kaum wanita.



pokok Lidah Ayam ni pun banyak di tanam sebagai hiasan. dekat tepi jalan pun banyak kan. pokok ni berkhasiat untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan kencing manis. cara dia senang je, rendam daun pokok ni dalam air dan minum air rendaman tu. see, tak payah pergi klinik jumpa doktor bawak buku tiga lima dah.



pokok ni paling mak aku suka. macam macam warna bunga dah mak aku kumpul buat koleksi. aku pulak tukang kutil bunga dia. haha. pokok Ros Jepun ni berkhasiat untuk rawat sakit kerongkong, mengecutkan bengkak, melegakan radang, sakit kulit, lecur, ruam, terbakar serta buat cuci mulut. hah, siapa rasa mulut dia macam longkang boleh la guna pokok Ros Jepun ni. cara-caranya, baca sendiri dekat gambar tu. malas nak taip panjang panjang. hihi.


ada banyak lagi pokok-pokok yang banyak khasiat dekat sini. dan banyak jugak yang aku snap gambar pokok dengan penerangan dia. kalau rajin nanti ada la sambungannya. kalau tak ada tu paham paham je la yek! =)









2 comments:

Mk Syahir said...

sekarang ni musim maha..kat maha tu lagi banyak..jom la pergi :p

Dikbi Kamaruddin said...

selalu lalu sini bila nak balik KL tp x pernah singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...