Followers

all about nickhun



Cuti hari tu masa tgh bosan saja2 la kelebek encek lappy, tiba tiba jumpa pulak cite we got married. Nama cite mcm selalu dengar tapi tak pernah tengok so saja saja la bukak. Tengok part abg nickun n victoria. 




Nichkun ni selalu tengok tapi takde la minat, biasa biasa je tapi bila pas tengok cite tu. Waa, terus jatuh cinta tak sempat pandang pandang dah. Really really sweet both of them!! Jeles gile kat victoria sbb dapat couple dengan Nickhun. 






Lepas tu apa lagi, terus cari kat pakcik google gambar gambar abg nickhun ni and terus buat wallpaper. Hah,baru sejuk mata nak mengadap encek lappy tuk buat assigment. 

















agak-agak ada tak orang melayu muka mcm abg nickhun ni??







Sapa yg kipas-susah-mati Korea mesti rasa aku ni ketinggalan zaman gila kan?! Mihmih.


fieldwork di bukit fraser~

hoohooo....lama dah tak hupdate blog, bersawang2 dah. hidup yg bz dengan fieldwork mnyebabkan diriku xde masa nak menjenguk blog ni.

ok, hari ni nak cerita pasal fieldwork ke fraser hills tuk kos aku hari tu. korang tau ke fraser hills tu kat mane?! kalau korang orang malaysia mesti tau kan. tapi sbelum ni aku tak tau pun fraser hills tu kat mne. nama dia selalu la dengar tp lokasinye haremmm gue nak tau. 


sekali tu kawan aku tanya fraser hills ni dekat mana, aku sebagai orang malaysia yang perasan korea ni dengan bangganya cakap fraser hills ni dekat terengganu. aku kan expert pasal tempat2 kat malaysia ni. haha. sekali lecturer aku cakap dekat pahang la. adoii, mana nak sorok muka ni.

korang penah tgk tak cerita i'm not single? ala,yang lisa surihani dengan farid kamil berlakon tu. rumah yang diorang pegi honeymoon tu, hah kat situ la fraser hills. tempat tu ala2 cameron highland la. atas bukit, sejuk, jalan macam ular kena palu. tapi suasananya sangat best!!



kami bertolak dari ukm pukul 9 pagi menaiki 2 bas ukm yang kontot tuk memudahkan naik bukit yg bengkang bengkok dan sangat la membuatkan orang nak muntah. kami sampai pada pukul 2 ptg di pusat penyelidikan fakulti sains dan teknologi, ukm. 

aku pon tak penah tau yang fakulti aku ada pusat penyelidikan kat situ dan tempatnye adalah 100% berbeza dari bayangan aku. aku ingatkan tido dalam hutan yang takde fasiliti langsung, tapi rupa2nya tempat tu siap ada astro lagi. tapi kami still kena tido dalam khemah di bawah bumbung n di dalam bilik sbb takde katil pun kat situ.




malam tu bermula la aktiviti fieldwork kami yang dimulakan dengan kuliah ganti bertemankan bunyi unggas2 di dalam hutan. haha. pagi esoknya kami masuk ke dalam hutan penyelidikan ukm untuk melihat profile tanah. dah nama subjek pun sains tanih. dalam keadaan hujan kami meredah hutan memanjat bukit n petangnya ke kawasan air terjun jeriau. 

pusat penyelidikan ukm ni sebelah air terjun jeriau tu je, sapa yang penah pergi mandi kat situ, msti penah tgk pintu masuk tempat ni. malam tu pulak ada presentation apa yang kami dapat masa masuk hutan tu n pagi esoknya pulak ada kuiz.

kami bertolak balik pukul 10 pagi dan singgah tuk makan+tangkap2 gambar kat kawasan menara fraser hills dan sampai di ukm pukul 5 petang. fieldwork ni sangat best n aku yakin tak ramai orang pernah sampai kat atas bukit fraser tu sebab jalannya yang bengkang bengkok dan jauh. tapi sapa yang pernah pergi tu mesti tau betapa cantiknya bangunan2 kat sana. macam rumah2 dekat oversea. layan gambar pulak ye...








ni tempat korek pasir sungai, air jernih tp syg je xbole mandi.













ok, pasni pengalaman fieldwork kat tasik kenyir pula bakal menyusul~~

adoyai..

arrggghhhh, tensionnye. assigment banyak yang kena buat, mid term exam makin dekat, fieldwork trip pun banyak, duit pun makin pokai. ish!! azab betoi la. tak habis lagi cuti raya + mid term break, dah kena balik u sebab kena pegi fieldwork kat bukit fraser. 

tak hilang pening lagi sebab jalan bukit fraser yang bengkang bengkok, kena pegi tasik kenyir pulak. herk!! jangan tanya nape balik dari tasik kenyir nanti aku de kat hospital...erghh!!!

running man korean variety show~~

hari ni kelas pukul 3 lecturer tak datang. tengah bosan2 menunggu + pening kepala sebab keadaan dalam lecture hall tu dah macam kat pasar. aku bukak laptop n kawan aku suggest aku bukak cite running man yang aku baru copy dari harddisc dia.


1st impression aku bila dengar tajuk cite tu aku rasa mesti tak best. aku ingatkan cite macam spy2 tu. tapi ramai kawan2 aku excited sangat bila cakap pasal running man ni. macam best sangat je, tapi tajuk tak best. haha.


tapi bila dah tengok cite ni memang kelakar. kami dalam kelas tu dah macam tengok wayang je. running man ni adalah variety show korea. dia macam game la, ada group n akan ada pemenang. cite ni ada unsur2 lawak dan exciting. aku tengok pon sampai rasa nak pecah perut gelak.


tapi cite ni ada banyak episod, kalau tengok sehari memang takkan habis. sebab tu aku malas nak tengok cite2 macam ni sebab nanti konfem keje banyak tak siap sebab lagha melayan cite ni sampai habis. aku tengok orang luar suka buat cite2 berbentuk game yang happening macam ni tapi kat malaysia ni jarang ada.

macam ni ke rakyat malaysia?


semalam aku g melawat opah kat rumah pak usu kat wangsa maju. tido sana semalam n hari ni balik ukm. sebagai student yang bergantung harap pada ptptn, aku mmg naik kenderaan awam je la. dari wangsa maju kena naik lrt ke kl sentral n then tukar komuter ke ukm.

masa ak naik lrt tu, takde tempat duduk. aku berdiri je la. dekat kerusi tu ada 3 orang duduk, sorang makcik n 2 orang pompuan muda. pakai tudung bidang labuh. alim la kot.

sampai kat stesen jelatek, de 1 family masuk lrt tu. suami dia pegang 2 orang anak n isteri dia dukung baby kecik. 2 orang pompuan tu boleh buat dek je. takkan la tak nampak pompuan tu pegang baby, bagi la dia duduk, ni bole elok je sembang berdua. aku kesian sgt kat pompuan yang pegang baby tu, nmpak sgt muka dia penat.

nak je aku g cakap kat pompuan tu suh bagi pompuan yang bawak baby ni duduk tapi suami dia ada, sepatutnya suami dia la yang kena carikan tempat tuk isteri dia. takkan tak kesian kat isteri dia gendong baby tu. tak lama pastu ada 1 tempat kosong, suami dia suruh isteri dia duduk. nasib baik la.


masa dalam komuter dari kl sentral ke ukm tu pun sama. kali ni melibatkan nenek2 tua pulak. selalunya orang pompuan kan lebih berhati mulia. ni tak, sanggup tengok nenek2 tua tu berdiri depan mata.

bukan nak kondem kaum sendiri, tapi memang sakit hati tengok orang yang duduk ni pura2 tido sebab tak nak bagi nenek2 duduk. cuba bayangkan kalau mak sendiri kena berdiri lama2 macam tu. tak kesian ke??memang pasni aku takkan ajak mak aku naik kenderaan awam macam ni.

Kontrak Pembelajaran

masa aku 1st sem kat ukm dulu, kokurikulum bg student baru guna sistem baru masa tu, tak sama dengan senior2. aku pun dah lupa apa nama sistem tu.

setiap hari sabtu,kami akan dibawa pegi melawat pusat2 yang ada dekat ukm ni macam pusat kebudayaan, pusat sukan, pusat islam n sebagainya (bukan pusat kat perut tu). so, setiap minggu kami pun buat la rombongan cik kiah 1 kolej pegi melawat tempat2 ni.

diorang cakap masa sem 2 kami kena pilih nak ambil ko-k bawah pusat apa. tiba2 masa sem 2, diorang mansuhkan sistem ko-k tu n buat sistem baru. kali ni sistem kontrak pembelajaran pulak.



apa kejadahnye tu??

masa tu aku fikir macam kawen kontrak tu. hihi.

rupa2nya sistem baru ni memerlukan student buat program. kami kena jadi majlis tertinggi atau ajk untuk program apa2 dan untuk mendapat jam kredit, kami kena hantar kontrak pembelajaran.

ni program kolej yang aku join masa sem 2..

kontrak pembelajaran tu kira macam report n peranan kita dalam program tu la. yang bestnye, jam kredit untuk ko-k ni adalah sebanyak 8 jam kredit!! bapak banyak, kalau tak komplit konfem tak bole grad.


setiap 1 jam kredit, kita kena buat program yang perancangan dan pelaksanaan programnye mengambil masa selama 40 jam. itu untuk 1 jam kredit, kalau 8 jam kredit maknanya amik masa 320 jam!! dua kali bapak dah!!

dan bukan tu je, kami jugak kena penuhkan 8 domain yang ada dalam kontrak pembelajaran tu iaitu;-

  1. kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban, 
  2. kemahiran komunikasi, 
  3. kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, 
  4. kemahiran menunjukkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme, 
  5. kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, 
  6. kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, 
  7. kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan last sekali 
  8. kemahiran kretif dan inovatif.
so, kalau kita dah buat 320 jam punya perancangan n pelaksanaan program pun, tapi kita tak penuhkan domain2 tu kita tetap takkan dapat 8 jam kredit.

kebaikan kontrak pembelajaran.

menurut pandangan seorang mahasiswa tahun 2 macam aku ni, kebaikan yg ada dalam sistem ni, student akan lebih aktif dan dapat belajar kemahiran2 yang ada dalam domain2 tu.

hari interaktif keusahawanan

memang betul pun, sekarang ni kat kolej pon orang berlumba2 nak buat program untuk dapatkan jam kredit, student2 ulat buku yang tak nak aktif pun terpaksa mengaktifkan diri.

so tak hairan la setiap minggu ada je program yang berlangsung. n lepas ni takkan ada lagi budak nerd keluaran ukm.

melalui sistem ni juga, secara tak langsung kami dapat belajar cara nak buat program n berkomunikasi dengan orang luar dan pihak atasan. macam masa aku sem 2 dulu, aku jadi secretariat expo dan jualan untuk program hari keluarga kolej, HAKERA nama program tu.

papa with anak buah expo n jualan, HAKERA..

masa join program tu aku dapat belajar mcm2, cara nak berkomunikasi dengan orang luar, nak tangani masalah n banyak lagi. aku pun dah dapat pengalaman kena tipu dengan peniaga.

sume benda tu kita akan dapat belajar bila kita join untuk buat program. bila kita pegang jawatan2 ni, kita pun akan belajar untuk memimpin sesebuah organisasi. so, kemahiran2 ni kita boleh gunakan bila nak cari kerja nanti.

keburukan kontrak pembelajaran.

antara keburukan yang aku nampak, student semakin busy. mana taknye, pagi sampai petang kelas, malam meting sampai 1/2 pagi. esok pagi kelas kul 8 lagi. memang kena pandai manage masa betul2.

student jugak lebih pentingkan ko-k dari pelajaran. sebabnya ko-k ni 8 jam kredit walaupun untuk sepanjang tempoh pengajian, tapi 8 tu mmg banyak.

selalunya subjek2 pun paling byk 4 jam kredit je. kawan2 aku pun macam dah tak kisah ponteng kelas untuk program sebab dua2 ada jam kredit.

 aku pun risau jugak, takut nanti pelajaran n exam sume ok tp tak boleh grad sebab ko-k je. huhu

aku yang ngek!!

ok, hari ni aku nak gelakkan diri sendiri atas kebengongan diri...

citenye mcm ni, aku pelik sebab dah bape hari buat blog(baru bape hari dah kecoh!!) , aku tengok kat traffic setiap hari ada je orang singgah tengok blog aku walaupun dua tiga orang je. tapi takde sape pun follow aku. aku pun naik heran.




aku pegi buat blogwalking n follow2 orang, takkan la takde sapa yang perasan kewujudan blog baru aku ni.

bukan la nak cari publisiti murahan or nak bajet nak jadi blogger femes macam cik epal or faiz tapit tu tapi just rasa pelik, kenapa takde sorang pun nak follow aku. =(

ok, hati mula rasa sedih giler dan rasa macam diri ni takde kawan, lonely, frust n so on. poyo je rasa diri bila buat blog syok sendiri sebab diri sendiri je yang baca.



takpe2 aku ni baru bape hari buat blog, maybe orang xperasan lagi kot. <<-- ok,ni memang ayat nak pujukkan hati!!

tapi pas bape hari, ada orang hantar chat kat shoutmix aku!! kenapa orang tu bole hantar chat tapi tak nak follow aku?? <-- hati bertambah frust!!




ahhh...aku tak puas hati, mesti siasat kenapa takde orang nak follow aku. so, aku pun view blog aku guna pandangan orang luar. (macam mne tu?)


tengok entry okay!

-

-

blog achieve ada!

-

shoutmix ada!

-

-

-

button follow??


d*mn!! aku tak letak button follow pastu kecoh satu dunia kenapa takde orang nak follow aku. ceh!!nasib baik tak bunuh diri, kalau tak buat keje sia2 je. (mmg bunuh diri tu keje sia2 la ngek!)

okey, skrg dah ada button follow. kalau takde orang follow jugak maknanye mmg aku takde kawan kat dunia yang fana ini. hihi

pas baca ni jgn lupa follow ye~~


bukan kat sini, kat kanan atas~~




I Love Ukm

Masa kena buat pilihan nak masuk u masa kat matrik dulu, pilihan aku sume ukm. dalam borang upu tu kena isi 8 pilihan, 7 ukm n 1 je aku letak um. 




kenapa ukm??

alasan aku yg paling kuat masa tu sebab kakak aku kat usm, penang. kakak saudara kat uum, sintok. matrik kat kulim, umah tok kat yan, kedah. semua kat utara! 


rumah aku pulak kat ipoh, perak n balik2 akan pusing kat utara je. aku nak cari kelainan pulak, nak try kat selatan walaupun tak de la selatan sgt ukm ni. 

kenapa tak upm??

family aku ni fikiran lain sikit kot. bagi parents aku, upm tu low sebab dulu u tu tuk pertanian je. sampaikan masa aku dapat tawaran ukm ayah aku biasa2 je sbb dia ingatkan upm. 


after dua tiga hari pastu baru dia tanya balik, upm ke ukm, n pastu baru dia bangga n senyum meleret2 je. hehe. 

kalau mak aku xpayah ckp la, dapat2 tau je terus nangis sebab xsangka aku dapat ukm, universiti KEBANGGAAN malaysia tu. aku pun bangga walaupun masa tu aku tak tahu 1 benda pun pasal ukm ni.

ukm's life..

masa sebelum aku datang sini, aku bayangkan ukm ni kat bandar macam kl, busy dgn kenderaan, traffic light sana sini, byk shopping complex tapi bila dah sampai kat sini, haha, jauh panggang dari rupa, betoi ke peribahasa aku ni??hihi. 


tempat ni memang berbeza sgt2 dengan imaginasi aku. tempat ni dikelilingi hutan, banyak pokok n jauh dari kebisingan bandar. 


dalam hati aku dah bygkan macam matrik aku dulu je tapi akhirnya aku rasa bersyukur sgt dapat kat sini sebabnye tempat ni sgt tenang n nyaman. sgt sesuai untuk aku yg allergik panas ni. hehe. 

kwn2 nak promote ni...


lagipun aku ambil kos sains sekitaran dan kos aku banyak berkaitan dengan alam sekitar so secara tak langsung, aku lebih menghargai sumber2 alam semulajadi ni.

sains sekitaran.

dari form 1 lagi aku memang tak suka sains. kalau subjek sains dulu mesti dalam lab n masa tu la time tido yang paling ideal bagi seorang pelajar asrama mcm aku ni. haha. yes, i hate science!! 



yang pejam mata tu bukan aku ye. 
aku 'jarang' kantoi tido masa lab. hehe


masa form 4 pun still dapat kelas sains dan bersambung sampai matrik. aku pun tak tau kenapa jalan aku ke arah sains je padahal aku mmg tak suka sains. 


sampai time matrik, aku memang betul2 fedup dengan subjek sains. mmg masa tu niat aku kalau masuk u, aku tak nak amik sains dah tapi finally, aku still lagi dalam bidang sains. mmg tak bole lari dah. 


maybe mmg Allah dah tetapkan takdir aku tuk berada dalam bidang sains. tapi apa yang aku boleh cakap skrg, i'm really enjoy my course. 

aku suka sebab kos aku ni pasal alam, laut, sungai, tanah, ekosistem, udara dan kos aku bukan hanya dengar lecture kat dewan kuliah yang sejuk beku tu je tapi kami banyak pergi fieldwork. 

setiap sem kami akan apply apa yang kami belajar kat dalam kelas kat ekosistem sebenar macam dekat tasik chini, tasik kenyir lembah pangsun dan banyak lagi. 








geng2 envi kids..



ni masa kat pantai ma' daerah..lepaskan penyu kat laut..



berbelit2 lidah nak baca nama pokok ni 
padahal pokok limau je pun...


mencari hidupan kat dalam sungai..


ni sampel yang kami ambil..






kelawar..euwww~~


dah macam owg jkr ukur jalan la pulak. haha. 
ni nak buat peta.



trap serangga.

kami belajar mengkaji air, udara, pencemaran, haiwan, tumbuhan dan byk lagi. ala-ala macam national geographic tu la. best kn?? jom2 sume tukar kos amik sains sekitaran. haha



ininotakaki : after raya ni de fieldwork kat bukit frazer, tasik kenyir ngan melaka..=,=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...