Followers

Budak Kurang Asam



Assalamualaikum...


raya haji ketiga hari tu masa aku tengah lepak-lepak dekat dapur tengok mak masak *tengok je sambil layan  encik hati manis yang datang hantar daging korban,  tiba-tiba datang la budak cenonet 3 orang bagi salam.  


'assalamualikum assalamualaikum,  kami datang nak raya'  


wadahel, memang budak budak zaman urban, raya haji ketiga pun pergi pusing satu kampung beraya lagi. time aku kecik-kecik dulu raya ketiga dah lepak depan peti aiskrim kedai Pak Dollah depan rumah nak habiskan duit raya. masa tu dah rasa diri kaya Ya Rabbi boleh beli aiskrim cornetto 2 ringgit doploh sen.


ni mesti jenis kanak-kanak yang pakai encet ipong 4 tapi tak ada duit nak topup lalu pusing kampung beraya dan balik tu singgah kedai beli topup.


cerita ni tak ada kena mengena dengan budak sore eyes ni yek. kang tak pasal pasal kena saman pulak.


aku biar je la kakak aku layan diorang dekat depan,  aku lepak je dekat dapur dengan mak aku sambil bagi encik hati manis makan banyak-banyak.  masa ni la nak bajet gadis melayu pilihan mak mertua sejati kan. bila lagi? =D 


tiba-tiba kakak aku datang dapur mengadu dekat mak aku.


'mak, kuang asam betul la budak-budak tu.  diorang tanya nadiah sekolah darjah berapa'


hahahaaaaa. kakak aku dah la kecik cinonet.  mesti budak-budak tu ingat ini mesti geng-geng budak sekolah rendah sebaya aku ni.  huaaahuaaahuaaaa.  heavennye rasa dapat gelakkan kakak sendiri.



pukul 12.30 tengahari budak-budak tu tak blah lagi,  aku pun pergi ke depan nak tengok tv.  cerita apa lagi hari ahad tengahari buta.  mesti la Melodi.  masa ni la nak bajet tahu perkembangan semua artis, lepas tu pergi dapur menunjuk-nunjuk, cerita dekat mak yang tengah masak tak boleh tengok Melodi kan. anak yang sangat mithali gitu.


tiba-tiba budak tu tanya dekat aku 'kakak kakak, kakak sekolah tingkatan berapa?' wadehel.  muka begitu matured suci bersih ni macam budak sekolah ke? nasib baik dia tanya tingkatan berapa, kalau dia tanya darjah berapa memang mintak spek mata tujuhpluhlapan lapis.  encik hati manis dah gelak-gelak dah. ok fine.


aku pun mula la pasang angan-angan setinggi langit nak buli budak-budak sekolah rendah yang tak lepas UPSR ni.  'akak dah kahwin la.  ni suami akak.' sambil tunjuk encik hati manis yang tersengeh-sengeh muka mengutuk. tapi budak tu memang tak nak percaya. budak-budak urban la katakan.  dia pergi mintak aku tunjuk surat nikah.  


mampus kau mana nak cilok. last-last aku jawab tinggal dekat rumah mak mertua.  hambik kau. ada kau nak expect ke budak-budak yang pakai kasut bunga-bunga warna warni siap beg silang kaler pink suruh bagi bukti surat nikah. dah macam Pegawai Jabatan A gama Islam pulak kan.


aku ni surat nikah pun tak tau macam mana rupanya. so, lepas ni berjaga jaga la dengan budak budak kecik cinonet ye. budak budak zaman unifi laju bapak sekarang ni memang semua tahu. kadang kadang diorang lagi advance dari orang ada phd.



5 comments:

kura said...

hahaha... betul2 urban bebudak zaman skrg. over-educated! haha

Nazurah said...

Haha,,budak2 skrg..dah maju ^^

Dikbi Kamaruddin said...

mana tak nyer.. kecik2 dah disogok ngan gadjet.. budak 2 thn pun dah terer guna ipad. akk yg dah 3series ni pun xtau nak guna..huhu

Sayidah Nafisah Ruslan said...

saya pun sama.. kalau org jumpa mesti kata, sekolah lagi eh? tingkatan berapa?

em makcik,pakcik saya dah umur 22 tahun dah.. ngeh.. -_-

Crack said...

Gambaq budak mc 5 hari...wkakakakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...