Followers

Fieldwork Cameron yang awesome!!



Assalamualaikum...



akhirnya tepat jam 9.30 malam 22/10/2012 sampai la aku kat bumi UKM ni bersama bau strawberry dari Cameron Highland bercampur bau leachate dari Bukit Tagar...  baunyaa....  aigooo , sangat semerbak...  terutama bau leachate dari Bukit Tagar tu... haha...


actually dah 2 kali dah budak-budak kos aku fieldwork kat Cameron Highland ni tapi bagi aku dulu lagi besttttt and awesome...  sebabnya dulu tidur kat apartment dekat Brincang...  turun-turun apartment jalan 2/3 langkah dah sampai Pasar Malam Brincang..  3 hari 2 malam duduk situ, melayang-layang duit meninggalkan poket yang kering....


hasil daripada doplohpat jam round pasar malam Brinchang, terserempak dengan Ray Era fm... 
masa ni kawan aku tegur dia dulu, aku ingatkan kawan sekolah dia ke... rupa-rupanya artis...  waa, terkena bebbb!!



tapi fieldwork kali ni tidur dekat apartmen Tanah Rata...  nasib baik duduk situ 1 malam je dan pasar malam dekat situ bagai hidup segan mati tak mahu... kira jimat la sikit duit walaupun berkopak jugak!!  but i love the apartment...  so big n nice!!


ruang tamu dia pun besar with tv + astro...  (apartmen dulu ada astro tapi tak ada kad...  dah puas mintak baru dapat!!) apartmen ni ada 3 bilik 2 bilik air siap dapur yang lengkap dengan perkakasnya walaupun tak berasap...  kira so sweet untuk family tinggal.... ^,^



fieldwork kali ni untuk subjek EIA..  Environmental Impact Assessment ... dimana setiap company or sape-sape yang nak buat projek besar macam hotel, highway, airport dan lain-lain , kena buat EIA dulu untuk tengok kesan projek tu pada alam sekitar...  


mana tahu projek tu boleh bagi kesan yang teruk macam projek Lynas... so, kalau korang nak buat projek besar nanti boleh la amik aku sebagai EIA Consultant ye.. hihi...  bak kata lecturer aku yang lawyer tu.. ' feel free to call me but the fee is not free'...... =____=



time balik tu singgah cameron valley.. sambil lecturer terangkan pasal EIA untuk agriculture, sambil sambar teh sekotak dua..  



balik ikut Tapah dan singgah TNB Cameron Highland.. sambil dengar taklimat pasal Empangan Jor, sambil buat taik mata...  and lastly tak sampai 20% je yang masuk... yang lain dah lepas ke korea jumpa Nickhun... 




masa dengar taklimat semua mata kuyu, bila bergambar semua mata bulat...  memang Envi Kidz sangattt!! 





destinasi terakhir, Bukit Tagar Sanitary Landfill... 




hah, dekat sini la semua baju kelawar, seluar in, tilam yang penuh peta dunia, bantal-bantal masyam yang korang buang tu pergi...  terutama barang buangan untuk area Kuala Lumpur n Selangor...  banyak weh barang buangan korang...  kalau average sehari sorang buang 1 kg sampah, kalau dah 21 tahun macam aku ni??  pikir la sendiri kenapa tempat ni dah berbukit-bukit!! dan baunyaaaa...  nauzubillahhhhh!! hilang deria bau 45 minit....!!









4 comments:

Anonymous said...

Entri yang sangat menarik! Jom join segmen tisya nak ?? http://blognitisyapunya.blogspot.com/2012/10/1st-segmen-by-tisya-jom-bertukar-doodle.html

Awak cuma follow, lukis, warna, & tulis sahaja.

Dikbee said...

baru pegi cameroon last 2 weeks.. 1st time pegi sana... sejuk.

Cikrosecute said...

seronok pergi cameroon ya...tempat pembuangan sampah dah jadik bukit...banyak betul sampah kat malaysia...nie...lagi2 area selangor gan kl..

Unknown said...

tak pernah jejak kaki lg kt cameron ni.. huhu..
dulu masa ambik subjek PB kt FSSK, fieldwork smpai ke Genting.. fieldwork sehari je, tp pergi dua hari sbab nak meronggeng dulu puas2 kat sana padahal balik2 tu berderet midsem. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...