Followers

Hard disk 2 Tera RM50.



Assalamualaikum...


ekceli ni kisah lama yang dah bersawang sawang. sebelum baca sila tiup dulu sawang sawang kat atas kepala tu. fuh fuh.


hah,  percaya tak ada hard disk 2 Tera RM50  je? sila percaya walaupun sukar jiwa raga perut ketiak bulu kaki nak menerimanya.  siyes la, tapi bukan dekat Malaysia.  aku beli dekat Guangzhou hari tu. aku tak tahu dekat Malaysia ni ada ke tak hard disk 2 Tera ni, kalau ada pun mesti susah nak cari dan harganya mesti beratus kan? kalau 250 GB pun dah seratus lebih, ni pulak sampai 2 Tera kan.



aku beli hard disk ni pun bagi hadiah birthday adik aku, dia yang nak sangat. dah alang alang dekat sana murah aku beli je la. aku beli brand Samsung sebab nipis dan smart, tapi felo aku cakap brand WD lagi okei dan tahan. harga dia 100 Yuan je bersamaan RM 50. so, sila percaya sambil pendam perasaan jeles dalam hati. hihi.




untuk aku pulak aku ambil ipod nano je. sama jugak harga dia 100 Yuan , RM50 sahaja.  tapi aku sangat suka ipod ni sebabnye first sekali dia ada camera , second dia punya tempat tekan tu ada sensor, kalau nak slow or naikkan volume just buat gaya macam pusingkan benda tu je. tak payah tekan pun.  dan lastly, memory dia 32 GB. hah, hambik kau.  nak letak cerita Running Man berpuluh episod pun boleh. 



same like mine tapi aku punya belakang dia ada kamera dan dia ada tulis 32 GB. but sadly aku lupa letak dekat mana. :(


apa lagi yang best dekat sana? hah, kawan kawan aku beli jam berkamera. hah, bukan jam je yang ada dekat situ, ada pen berkamera n macam macam lagi. dah ala ala cerita James Bond pulak. 



ni la jam tu, ada macam macam bentuk. untuk sport ada, tali kulit ada.




jam ni boleh rakam video tapi video dia tak ada la pancar pakai cahaya LCD macam dalam cerita fantasi omputeh tu. dia kena connect ke komputer guna USB. jam ni harga sebenar dia 160 Yuan bersamaan RM80 then dapat less RM50 je. 


tapi kalau aku, aku tak galakkan korang beli binatang ni.  kalau jatuh ke tangan orang yang salah memang hancus merana hidup. terutama bagi wanita wanita anggun di seluruh dunia. kalau kita jumpa jam dekat dalam toilet mesti buat no heh je kan. padahal sebenarnya jam tu elok je rakam apa yang kita buat. memang nahas!



okei, gadjet gadjet ni semua aku beli dekat Galaxy Computer Plaza , Guangzhou, China. dekat sini ada 3 bangunan bertingkat tingkat macam Low Yat yang duduk sebelah sebelah jual gadjet.  memang sini la tempat gadjet gadjet tu berkumpul sanak saudara cucu cicit piat piut . 


tapi kami pergi dekat bangunan tengah je sebab travel agent cakap dekat sini lagi murah. pusing satu bangunan ni pun dah rambang mata, tangan dan poket, terima kasih je la nak pergi tiga tiga bangunan kan.


tapi siyesly aku frust sangat sangat sebab tak dapat beli i-phone 4 dekat sini. cuba teka harga dia berapa?  tak pe la biar aku bagi tau.  harga dia 350 Yuan je bersamaan RM175. bapak murah la. 


kalau aku pergi sini first day masa duit tengah tersembul sembul meronta nak keluar dari poket, konfem aku beli.  ni tak, kitorang pergi sini hari kelima masa duit pun tinggal zarah zarah nipis je dan ada 2 hari lagi sebelum balik. say bye bye jumpa lagi next time sambil kesat air mata berjujuran je la.



nak tahu pasal kualiti gadjet China ni boleh tengok dekat sini ye.






4 comments:

Nur Nainis said...

Ahh..pengsan dengar..bestnya jadi adik miss purple..nak tukar badan lah gini..hehe..seronoknya..kalau saya pergi sana gerenti habis duit licin tak dapat balik malaysia..ohh..saya gila gadget..

T___T sobssobs dah lama nak beli hardisk sebab lama rosak..ganas sangat.

Nur Nainis said...

ehh..lupa nak tanya..hehe..kalau barang china okay ke? biasanya orang kata kurang..

Nurfara Hani said...

murah nye hard disk. tapi mesty cepat rosak.. huh

Mime MF said...

sangatlah murah....adoiii kalau sy yg pergi memang borong lah gadjet2 murah ni!!bestnyerrr^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...