Followers

PC Fair vs Kedai Gadjet



Assalamualaikum.


Minggu lepas siapa ada pergi PC Expo dekat Mid Valley, sila angkat bulu mata tiga kali. Okei boleh jatuhkan balik bulu mata masing masing. Aku pun sempat singgah kejap masa otw balik dari Shah Alam tengok baby Arissa. Sebelum tu sempat mencuci kekotoran di mata dengan pergi Pesta Buku Islam dekat KL Sentral.



Nak beli buku guna duit PTPTPU macam sayang pulak kan, so terpaksa la tunggu Baucer Buku 1 Malaysia dapat dulu. Just belikan buku Prof Muhaya untuk kawan je.



Barbalik pada tajuk asal. Lepas aku survey PC Expo yang berkangkang kera tu, aku tengok harga harga gadjet dekat situ tak ada la diskaun mana pun. Just kalau kita beli, dapat banyak free gift yang mahal mahal.


Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab 3 minggu lepas, aku pergi survey tablet dekat The Mines. Harga dekat situ sama je dengan harga dekat PC Expo Mid Valley tu.




Tapi orang tu cakap diorang bagi banyak free gift macam casing yang kulit lembu korban cap Aidiladha ori harga ratus riban tu, dapat  keyboard keletak keletuk, protector screen n macam macam lagi. Untuk fon pun sama. Dapat free gift macam macam.



Kira untung la sebab kalau beli asing binatang binatang tu,  lagi mahal jadinya. Dekat sini pun barang barang dia konfem ori sebab orang tu cakap kalau bawak masuk barang tak ori dekat PC Fair atau PC Expo memang kena tangkap.


Tapi aku tertarik dekat 1 bank yang tawarkan kad kredit ni. Tak ingat apa nama bank tu. Dia bagi free gift freezer yang kecik cinonet comey giler.  Aish, nasib baik kad kredit tak ada kena mengena dengan hidup aku, kalau tak mesti aku buat sebab nak dapatkan freezer kecik cinonet comey giler tu je.


So, next mission. Cari dekat mana ada jual binatang alah tu. Comey weiii...




1 comment:

Dikbi Kamaruddin said...

eh..sy pun pergi pc expo.. beli netbook..ni tgh tunggu lucky draw.harap2 kena la..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...