Followers

Ekspedisi rafflesia



Assalamualaikum..


Aktiviti pagi ni, mendaki Hutan Bersia. Perjalanan yang memang sangat sangat sangat mencabar. 2 jam meredah hutan, seberang sungai, gunung dan bukit, baru sampai tempat yang dituju. Tu baru perjalanan pergi, balik 2 jam lagi. Pukul 10 pagi masuk hutan, pukul 3.30 petang baru nampak dunia balik.




Paling mencabar part bertinju dengan pacat. Memang siyesly banyak dan montel montel pacat dekat situ. Maklum la hutan dara lagi, means tak dicerobohi lagi. *jangan pikir lain okeii. Yang anak anak pacat kecik cinonet pon tak nak kalah. Mak bapak pacat kalau nampak boleh terus buang sambil menjerit histeria satu kampung, tapi kanak-kanak pacat yang cilik ni senyap senyap je weh. Sedar sedar dah berdarah kat stoking. Tu belum yang masuk dalam baju lagi.


Penat tak payah nak cakap la. Belum ditambah luka dan sengal sengal sebab jatuh dengan kena duri lagi. Kaki pun dah terseliuh bagai. Tulang dah lari dari kedudukan asal. Tapi perasaan penat semua hilang lepas jumpa apa yang dicari.




See,, It's refflesia. New spesies detected. Agak agak boleh letak nama aku tak? Haha..




nantikan spesis baru Rafflesia natasha. haha. okei tak?



2 comments:

fuZa said...

wow..besarnya bunga tu kan...bilalah nak merasa g sana

Khafizi Saad said...

Tengok pun dah best dah....bila la nak ada peluang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...