Followers

Akibat Lambat Beli Tiket.



Assalamualaikum...



alhamdulillah dah selamat sampai ke kolej kediaman kesayangan hamba selepas lima hari berfieldwork di Kuala Gula dan lima hari bercuti di rumah. *ayat intro karangan bm budak spm. walaupun tempoh masa sama di tempat yang berbeza,  yang pasti lima hari di Kuala Gula rasa macam lima tahun tapi lima hari kat rumah rasa macam lima minit. sigh*




balasan buat diri sendiri sebab percaya pada mitos yang cuti depavali tak ramai balik kampung dan bas dua tingkat plusliner dari Ipoh ke KL Sentral sentiasa berlambak dan tak pernah tahu nak habis, akhirnya aku terpaksa naik tren ETS subuh subuh syafiee pukul 7 pagi sebab tiket semua dah habis. pukul 9.30 pagi dah terpacak dekat KL Sentral dan 11.30 pagi dah terpacak depan bilik.  kawan kawan yang lain elok nyenyak tidur dekat rumah lagi.  tepukan padan muka untuk diri sendiri.




seminggu hidup dengan line internet yang nyawa nyawa ikan mintak disembelih,  banyak benda yang jadi dan aku tak tahu. junior u dah bertunang, senior sekolah dah kahwin, u dengan pelbagai kes jenayah, kes serangan ke atas Gaza dan macam macam lagi. see, how fb give a thousand benefit. 




and al-fatihah kepada ex bf my sis yang jugak pangkat bapak sedara jauh yang telah kembali ke rahmatullah akibat eksident. sangat terkejut atas kematiannya sebab dia baru kahwin 2 minggu lepas. semoga keluarga dan balunya tabah. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...