Followers

20 Perkara Membawa Ke Syurga







Makan Malam Terakhir

Hihi. Makan malam terakhir di Kuala Gula. Mari makan tak ingat dunia dengan membuncitkan perut yang sedia ada. Complete semua seafood ada, sotong, udang, ketam, berserta daging dan ayam. Balik balik, semua pakat tenyeh hidung. -,-'

Cerita Lawak : Samad dan McD


Samad : halooo...mekdi?
McD : iye...nak pesan apa?
Samad : ayam ada?
McD : ada...
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saya tak?
McD : @#%^@  

_________________(tutup telefon)______________________

Samad : hallo mekdi ke ni?
McD : iya betul.. Oow ini yang tadi telefon yeee??!!!
Samad : nak tanya makanan ini... ayam ada lagi?
McD : ada...!!!"
Samad : nasi...dengan eskrim ada?
McD : masih ada...
Samad : kesian sekali tak laku yaaa...
McD : dasar orang gilaaaa!!!

___________________(Tutup telefon)_____________________

Samad : hallo mekdi?
McD : orang gilaaa kau jangan main main yaaa !!!
Samad : iya... maaf mau tanya, buka 24 jam yaa?
McD : iya... kenapa nak pesan pape?
Samad : tak... cuma kesian tak tidur tidur nih...
McD : (baling telefon)

_________________________________________

Samad : hallo ini mekdi?
McD : kau jangan lebih lebih, aku cari ko belasah baru ko tau..!!! (mulai marah)
Samad : maaf... serius sekarang mau pesan makanan niih
McD : haa camtu laa.. jangan main main lagi yaa ... Pesan apa?
Samad : bubur kacang hijau dengan roti bakar ada tak ???
Mcd: (Kejang... Menggelupur .. Mulut Berbuih.... kemudian Pengsan seketika..)


Mood Exercise On

Dekat Guest House PERHILITAN ni, kalau kami tak datang sini, Abang Faiq tinggal sorang sorang. So, sebagai peneman dikala kesunyian tanpa teman disisi (cewaaahhh) dia beli banyak barang exercise. Ada dumbell berkilo kilo, bola untuk senaman perut boroi dengan kerusi untuk sit up juga untuk perut boroi.

Sementara kitorang ada dekat sini, dia tak ada la guna barang barang exercise dia. Malu le tue gamaknya. Lagipun dia simpan dalam bilik yang kami guna ni. So so so, kami kami ni la yang menjahanamkan alat exercise dia. Haha. (tumbuh tanduk di kepala)

Makanya,  boleh nampak tak perut siapa yang bakal ramping ibarat pakai korset cap pinggang kerengga berserta muscle berketul ketul lepas ni? :-)

Cerekarama Anak Sampah


Makan malam dah, mandi malam belum, semua pakat berlonggok menghadap tv nak tunggu Cerekarama Anak Sampah. Dah iklan empatpuluhjuta kali sehari, diri yang rasa tak eksited pun terus jadi eksited nak tengok.

Sambil sambil nak tunggu start tu, layan Jutaria sepam dua dengan Madi, Bashi n Abang Faiq. Start main pukul 8.30, pukul 11.30 baru seorang muflis. Nak tunggu pemenang, kena tunggu 2 pagi gamaknya. Last last semua fade up.

Tapi tengok Aeril Zafril ni, tak tahu watak dia sepatutnya jahat ke baik. Nak kata jahat tak, baik pun tak. Nasib baik Jasmin Hamid cantik. (tiba tiba) Dah tua tapi muka macam umur 20. Aku pun jeles. Haha

Melawat ke Guangdong University of Technology, China.



boleh tak kalau nak cerita kisah tahun lepas yang dah basi? boleh kan boleh kan? hihi. tak banyak cerita pun, just gambar je banyak ditempek.


lokasi : Guangdong Universiti Of Technologi. 
shortform dia GDUT bukan GENDUT ye. tu dah lain maknanya.



tujuan pergi melawat sini sebab nak tukar tukar pendapat pasal keusahawanan antara UKM dan GDUT. tapi nampaknya tujuan tak berapa tercapai sebab university ni more kepada bidang enginering bukan interpreneur. last last share pasal u masing masing. 



perbezaan dua budaya. kalau majlis formal di Malaysia, baju mesti formal. tambah tambah kalau majlis dengan orang luar, at least kena pakai baju batik. tapi student GDUT ni relax je pakai t-shirt biasa. siap ada yang pakai seluar pendek lagi. dan yang pakai seluar pendek tu pula ketua student. -,-'





yang pakai baju kelabu tu, jawatan dia macam Timbalan Naib Canselor GDUT. yang perempuan baju hitam tu, translator. sebabnya lecturer lecturer GDUT ni tak paham english, tapi student diorang paham. -,-'  ingatkan dalam tv je guna translator bagai.


dua cenderahati dari UKM kepada GBUT, dan setiap student GDUT yang hadir pun dapat cenderahati juga. dari GDUT kepada UKM, frame tu je la.


selesai berbincang, diorang bawak ronda ronda sekitar GDUT. fakulti dia sangat sangat sangat luas dan cantik. jalan kaki sehari pun tak habis ni. pengangkutan utama dalam u ni ialah basikal. student tak dibenarkan bawak kenderaan. hmm, memang patut la student GDUT ni semua sekeping. -,-'

dewan kuliah. kerusi kayu. kalau kuliah tiga jam, keluar kelas semua sembelit.


ada macam mamat korea la diorang ni kan. hehe

student UKM dan GDUT. bergabung. meletup!



Blog Huru Hara


Masuk minggu pertama aku dekat Kuala Gula, means tinggal lagi seminggu je sebelum dapat bercuti dengan family tersayang. Yeayy!

What i hate bout Kuala Gula is, tak dapat connect internet! N u ollz can imagine duduk Guest House PERHILITAN yang tv hanya dapat siaran tv3 dengan tv1 je dan tak ada internet. Mati kutu wehhh! Asyik ulang tengok Running Man dalam lappy je yang dah berapa puluh kali tengok. -,-'

Tapi nasib baik kali ni datang, internet dekat fon cikai ni boleh jugak connect walaupun ibarat siput vavi sedang mengawan kelembapannya. Dan segala update adalah melalui siput vavi ni, so paham paham je la kalau tengok Blog Miss Purple ni nampak huru hara.

Tips Kesihatan



Health Important Tips !!


tips ke-6 je yang aku amalkan. yang lain, tak pe. slow slow kayuh. 


Kuala Gula tempat pembiakan resdung


Day 5 duduk Kuala Gula, hari hari makan seafood. Kebanyakkannya, free of charge. Kawasan sini kan dekat muara sungai. U ollz said nak seafood apa? Semua terhidang depan mata. Tambah tambah duduk dengan Abang Faiq RA Prof Shukor ni, memang terasa dimanjai.

Last datang sini dua bulan lepas, asyik cakap nak kerang tapi tak ada rezeki masa tu. Kali ni datang, hah, ambik kau. Hari hari dapat sampai dah muak. Dulu semalam dah beli dekat Kuala Kurau, semalam pergi cari pulak. Sampai satu periuk besar makan empat orang je. Tapi kerang Kuala Gula is the best. Besaq gedabak gila. Memang puas la.

Hari ni pulak, Abang Faiq pergi menjala dengan abang abang PERHILITAN, bawak balik udang dengan ikan sungai. Siap ikan todak sekali. Dapat la makan kerang masak sambal, udang goreng kunyit dengan ikan goreng.

Esok, ketam pula. Haha. Beranak pinak la resdung aku ni. Nasib baik ada ubat. :-)

Ikan Todak Kuala Gula

Pagi ni Abang Faiq pergi ikut orang PERHILITAN tagging burung lagi. Balik balik dia bawak ikan dengan udang yang diorang jala. Nak tak nak memang kitorang la kena masak. Best dia dapat chef free sepanjang kami kat sini. -,-'

Buka je plastik ikan tu, wowwww, it's Todak fish. Kali kedua tengok ikan todak live depan mata. Dulu pernah tengok orang pasang pukat dekat Kuantan dan ada dapat ikan todak kecik. Amazing gila. Ingatkan dekat Singapore je ada. Berkat didikan baca buku cerita Singapura dilanggar Todak masa kecik kecik. (how peghak is me)

New Experience : Kutip Kerang di Kuala Gula


Today i'm a happy kid's. Banyak sangat pengalaman bermakna dapat hari ni.

Petang tadi, kami bertiga, aku, Bashi n Madi dapat ikut orang PERHILITAN pergi menjaring burung. Ini bukan menjaring macam jaring ikan tu. Menjaring burung guna mailes net ( tak tahu eja betul ke tak) yang dipasang pada dua pancang. Bila burung lalu, dia akan terperangkap dekat net tu.

Tujuan diorang nak jaring burung ni sebab nak pasang tag dekat kaki burung tu. Lepas ni kalau burung tu terbang ke tempat lain dan ada orang tangkap, mereka akan tahu burung tu dari mana. Selain tu untuk rekod berapa banyak spesies burung laut dekat sini.

Kami bertolak naik bot pukul 4 petang. Nak sampai tempat tu by boat sekejap je tapi lepas tu kena jalan kaki dalam selut lumpur. Siapa pernah tengok cerita Family Outing Korea tu mesti tahu betapa seksanya berjalan dekat lumpur. Dengan kaki tersekat dalam lumpur, terjatuh, tergolek semua kena. Kalau nak tahu macam mana seksanya, try la. Memang sangat sangat mencabar. At the end, hanya mampu merangkak atas lumpur.

Dan bashi paling kelakar sangat sangat. Dengan kasut but dia besar gedabak dan asyik tersangkut, seluar sampai koyak dan jadi mermaid dalam hutan bakau. Memang perfect trauma dia hari ni. Yang aku sampai nak pecah perut gelak. Haha

Dan sebelum balik, kami singgah kutip kerang. Teruja sangat sangat first time kutip kerang. Senang rupanya. Just kutip je. Tak ada la macam lala, siap kena korek korek tanah bagai. Kerang dekat sini bukan macam dekat econsave kecik cinonet tu. Ni besar gedabak punya kerang. Aku yang peminat susah mati kerang, memang rasa nak pindah duduk situ je.

Experience hari ini memang sangat sangat best. Never ever forgetit. Tapi yang masuk lumpur tu tak nak la. Memang ini first and last.

Gambar Yang Meningkatkan Motivasi Diri




gambar yang bagi aku inspirasi bila perasaan malas menusuk nusuk di sanubari bersama bisikan syaiton yang tak habis habis merosakkan umat. 

so, which step have you reached today?


Kerang Kuala Kurau


Menu malam ni, kerang rebus, air asam dengan telur goreng. Dah masuk kali ketiga datang Kuala Gula, baru kali ni dapat merasa makan kerang. Padahal kawasan ni dekat laut dan banyak seafood.

Ni first time masak sendiri dekat guest house PERHILITAN ni. Kerang ni pun, kerang Kuala Kurau bukan Kuala Gula. Tapi okei la dapat merasa. Memang puas la makan makanan feveret hari hari. Dan siaplah resdung makin teruk lepas ni. Jangan tanggal hidung aku sudah la. -,-'

Burung Openbills Stork singgah di Malaysia

Menurut surat khabar The Star dua hari lepas, lebih 300 ekor Burung Openbills Stork singgah di Melaka dan Kuala Gula. Burung yang berasal dari Sri Lanka, Myanmar dan Thailand ini tidak pernah direkodkan singgah di Malaysia dan ini kali pertama burung ni singgah di sini.

Kemungkinan terbesar burung ni singgah kat sini mungkin sebab taufan Sonamu. Burung ni sepatutnya singgah di tempat lain tapi terpaksa mendarat di Malaysia. Dan kita masih tidak tahu berapa lama burung ni akan berada di sini.

....

Pagi tadi, aku berpeluang ikut pekerja PERHILITAN pergi tengok Burung Openbills Stork ni dekat Bagan Tiang, Tg Piandang. Oleh sebab aku kaji Burung Milky Stork dan Burung Openbills Stork ni tergolong dalam family Stork, so secara tak langsung aku kena tengok burung ni juga.

Milky Stork dengan Openbills Stork ni dua dua lebih kurang sama. Bezanya Openbills Stork ni dekat tengah muncung dia ada ruang sikit. Sebab tu nama dia Openbills. Sekarang ni yang jadi persoalan, kenapa burung ni hanya singgah dekat kawasan Kuala Gula dan Melaka je. Kenapa burung ni tak singgah kat tempat lain macam Kedah or Perlis?

Kemungkinan besar sebab kawasan ni sawah padi dan banyak Siput Godang yang jadi makanan burung ni. Kiranya kehadiran burung ni bagi benefit kepada petani sebab burung ni makan Siput Godang yang merosakkan padi. So tak payah la petani beli racun dah. Jimat sikit kan?

So esok pagi, kitorang kena tengok behavior burung ni pula. Dari arah mana dia datang, berapa lama dia singgah dan lepas tu dia pergi mana. Dan bersedia la dengan kulit hitam legam lepas ni hasil berjemur dekat tengah sawah tengok burung.  -,-'

Maraton Shopping di Times Square dan Masjid Jamek



hari khamis minggu lepas, (betapa kudusnya diri kisah minggu lepas, baru sekarang nak cerita) masa mahasiswa mahasiswi seluruh Malaysia sedang mengerah keringat mempulunkan diri menjawab exam, aku sebagai pelajar yang tak ada exam sepanjang minggu telah melaghakan diri maraton shopping di sekitar kawasan KL. tempat yang menjadi pilihan semestinya shopping mall yang disyaki memberikan jualan yang murah dan save bajet.




dua tempat murah bagi student untuk shopping semestinya Berjaya Times Square dan Masjid Jamek. dua dua tempat ni bukan sebelah menyebelah ye. dua dua sangat jauh. gagah juga la tukar monorel dan LRT semata mata shopping punya pasal. penat pun dah tak ingat dah.



kalau baju baju memang BTS la jadi pilihan. harga murah bersama pakej ikut peredaran zaman. sekarang kan trending fashion korea. sangat sangat rambang mata iollz tengok fashion peplum bagai. kalau dekat online shopping sampai RM70/RM80 bagai. dekat sini RM30 pun dah boleh dapat. kualiti pun okei. tinggal nak pilih dan bayar je.


dekat Masjid Jamek pula semestinya tempat shopping tudung dan kain ela bagi wanita. As my friend baru bagitau Muaz Textile yang sangat sangat murah, aku pun terkinja kinja la nak pergi situ. sangat murah dekat sini. fashion tudung bertingkat tingkat yang mak aku suka kalau dekat Ipoh harga RM20 ke atas, dekat Muaz Textile ni RM9.80 je. murah gilerrr. jubah standard pun RM29.90 je. kalau nak raya, tempat ni memang wajib pergi.

destinasi seterusnya, SOGO. kalau dekat sini paling berbaloi pergi time sale. less sampai 70%. kalau tak ada sale, memang pergi cuci mata je. selalunya hujung tahun la diorang nak sedut duit orang yang dapat bonus. 



hasil shopping. memang tujuan utama pun nak shopping, so memang sangat puas hati. sampai bilik je walaupun penat tapi boleh tersenyum sampai telinga sebab puas hati. cukup la jadi stok sampai sem depan. hihi.


Mengumpul Mood



blok kolej makin sunyi, student semua dah pakat balik kampung bercuti. aku pula? tengah menghimpun mood nak pergi Kuala Gula. bertolak pukul 3 petang ni, tapi baju baru keluar mesin basuh, beg masih dalam laci katil. betapa hatiku memberontak tak ada semangat nak pergi!  argghhhhh.....

kalau duduk sana dua tiga hari, boleh survive lagi. duduk seminggu pun dah panas bontot asyik ajak pakcik driver pergi makan jauh jauh. kali ni kena duduk dua atau tiga minggu. without pakcik driver!!


sekosong kosong jalan ni, kosong lagi jiwaku yang lara... -,-'

aigooo, memang mati kutu la gamaknya. kemungkinan besar, motor Abang Fait Research Assistant Prof akan menjadi mangsa kerakusan kanak kanak UKM ni. dan mungkin juga Mini Market Kuala Gula akan mendapat untung yang besar sepanjang dua minggu ni. -,-'






Twitter Pembangkit Semangat



kalau bukak twitter, selain stalk member member dah bangun pagi ke belum untuk dibandingkan siapa bangun paling awal. haruslah kita hapdet status sendiri setiap duapuluhtujuh saat. itu perkara lagha yang biasa orang buat. 

namun, sebenarnya kita boleh buat kebaikan di facebook dan twitter. contoh macam twitter si idil ni. profile picture nauzubillah macam setan laknatullah, tapi tweet tweet dia semua pembangkit semangat. masa ni la kita nak guna pepatah 'dont judge twitter by it's profile picture'. 


kadang kadang bila rasa frust, tak ada mood, malas atau rasa nak lempang orang, tweet tweet si idil ni bagi aku semangat balik. bila renungkan ayat ayat dia, ada maksud yang mendalam yang buat aku sedar dan mula insaf 3 saat. lepas tu malas balik. dah biasa dah macam tu. -,-'


Facebook Like Page dan Tutorial



nampak tak ada kelainan dekat Miss Purple Zone ni? nampak? tak nampak? nampak? tak nampak? hah, ulang tujuhpuluhempat kali sampai maghrib esok.



ni la dia. Miss Purple Zone dah ada page sendiri. kelass iollz. ekceli dah lama buat tapi baru nak tempek dekat blog ni. kalau siapa nak try buat. mai nak ajar sikit meh. caranya senang je. ikut step kat bawah ni.


1. Create Page anda dekat SINI. pilih Community dan daftar la macam biasa. 

2. Copy URL page yang korang baru buat tu. Then pergi SINI.

3. Korang isi detail macam bawah ni. URL tu isi la URL facebook page korang tu. Width and Height ikut kesesuaian dengan blog korang. yang lain ikut suke masing masing.


4. Tekan Get Code.

3. Pilih IRAME. Tapi kalau korang dapat macam bawah ni maknanya tak jadi. So kena tukar manual.


6. Tukar manual korang punya URL. Contohnya macam aku punya ni.


7. Dah dapat code yang betul, Copy dan Past dekat sini.
Dashboard -> Design -> Layout -> Add a gadjet -> HTML/JavaScript
8. Save n done!

senangkan? so, mari la ramai ramai like Page Facebook Miss Purple demi kesejahteraan nusa dan bangsa. >peace< 


Bawani vs Patrick Teoh







Bawani, seorang student, mahasiswa UUM yang kita tak pernah kenal pun sebelum ni. tapi tiba tiba naik sebab video lama yang baru nak heboh. isu yang diketengahkan, hak mahasiswa bersuara. bangsa dia? Indian. 

Patrick Teoh pula, juga kita tak kenal. tapi kita kenal agama Islam yang dia kutuk tu. kita kenal Al-Quran yang dia hina. dan status dia tu bukan status lama yang baru digembar gemburkan. tapi status yang baru semalam di update.

yes! Patrick dah minta maaf secara terbuka. tapi adakah semudah tu kita boleh maafkan. sebab tu la makin ramai orang boleh mempersendakan Islam. kalau dalam kes Bawali tu dia di back up sampai buat page facebook dan perhimpunan depan SOGO. kes Patrick ni pula macam mana? diam je ke?

apabila isu lain lebih dipentingkan dari agama. -,-'



Keunikan Kuala Gula



oleh kerana esok aku akan berangkat sekali lagi ke Kuala Gula, maka buat kesekian kalinya aku nak cerita pasal Kuala Gula . siapa yang rasa menyampah tak nak dengar boleh pergi download Running Man episod 128 yang baru keluar.


Kuala Gula? dekat mana tempat ni? apa yang uniknya dengan tempat ni? ada gula gula Daim tak? boleh kena kencing manis tak kalau pergi sini? 


yeah, itu la first impression aku bila dengar nama Kuala Gula ni. secara ringkasnya Kuala Gula ni terletak 50 km dari Bandar Taiping, 20 minit dari Pekan Batu Kurau, 35 minit dari Pekan Parit Buntar. 



kalau nak pergi ke Kuala Gula ni, bersedia la dengan perjalanan yang jauh tanpa pemandangan indah. 1 jam perjalanan dari tol Kemunting ke Kuala Gula dalam keadaan ladang kelapa sawit seluas alam di kiri kanan jalan. kenderaan lain yang ada pun maybe setiap dua kilometer baru selisih satu kereta. kalau habis minyak tengah jalan memang tragis. 

uniknya tempat ni sebab terletak dekat muara sungai menghala ke laut dan dipenuhi dengan Pokok Bakau spesies Avicennia. (berkat belajar Ekologi Pinggir Pantai, dah tahu spesies spesies pokok bakau). 



so, tempat ni menjadi tempat persinggahan burung burung yang berhijrah dari merata tempat. ada dari kutub utara, ada dari kutub selatan. semua datang singgah rehat dekat sini sebelum sambung perjalanan pergi tempat lain. nak tahu kenapa burung burung ni berhijrah, pergi tanya cikgu Geografi masing masing.


tukang observe burung tegar.

kalau nak tengok spesies spesies burung unik yang tak ada dekat negara kita, boleh la datang tempat ni. ramai bird's watching dari negara negara lain datang angkut teropong besar bapak gajah datang sini tengok burung. dan sapa yang ada kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung pon boleh datang sebab tak ada gula pun dekat sini.

hai. saya Nyet. saya tinggal kat sangkar burung PERHILITAN. saya tak tahu cari makan sendiri sebab tu saya duduk sini. ibarat makan bersuap, buang najis main lepas je.  begitu la nasib saya.  


selain itu, muara sungai dekat sini jadi tumpuan kaki kaki pancing untuk memancing. ikan yang spesial semestinya ikan sembilang sebab dekat sini memang famous ikan sembilang. siap breakfast dekat kedai pun sediakan kari ikan sembilang. BREAKFAST ok! sarapan. makan pagi. -,-' loya eden.






kalau dah dekat dengan laut, makanan laut atau seafood bagai upin dan ipin. tak boleh berpisah. kalau ada laut, ada la makan laut. dekat Kuala Gula ni makanan laut yang paling spesial ialah ketam lembut. first time aku dengar nama dan rasa makan ketam lembut, dekat sini. dekat tempat lain tak pernah tau pula ada ke tak.

mak aku yang dah hidup separuh abad pun tak pernah dengar nama ketam lembut. so kira spesial la kan. kalau nak tahu rasa dia macam mana, cari la Restoran Terapung Kuala Gula. dekat sini ada. dekat sini malam malam ada makcik makcik karaoke, sambil makan ketam lembut, sambil tercekik dengar makcik makcik nyanyi.

selain ketam lembut, makanan laut yang lain pun ada. tapi kerang hanya tinggal kulit yang dijadikan jalan tar di depan rumah penduduk kampung. kalau nak cari untuk makan, dah pusing satu kampung pun aku tak jumpa lagi.

kesimpulannya, mari la datang melawat aku yang yang forever alone dekat sana. -,-'



Surat Permohonan Letak Jawatan Kelakar



confirm kena halau terus ni. haha

Officially Free

Assalamualaikum..


yeaayyy! alhamdulillah. hari ni last payyperr last payperr. habis sudah semester 5 dan hanya tinggal 1 sem je lagi sebelum merdeka! merdeka! merdeka! 

kalau sem lepas exam bagai nak giler lima subjek dalam empat hari straight. sem ni sangat relax sebab exam hanya tiga paper. satu paper minggu first, dua paper lagi minggu last. so seminggu lebih gap tengah tengah tu boleh balik rumah dera kucing dan rabbit belaan ayah, sambil gemukkan badan dulu.



perbezaan ketara jadual exam sem lepas dan sem ini. memang banyak bezanya.


so bila dah habis exam, semua orang pakat terkinja kinja nak balik bercuti sebulan. but sadly aku pula kena pergi fieldwork ke Kuala Gula. Again -,-'. collect data Burung Botak Upeh selepas tiga bulan dilepaskan. 


bahan kajian hanya la burung tu je ye. orang dalam gambar bukan untuk kajian. hihi


yah, berjumpa lagi kita wahai merah, biru, silver, hijau dan gold. tak tahu apa cerita burung burung kajian aku ni lepas dah hidup bebas dekat luar ni. jangan balik bawak perut sudah la. haha.

dan lebih menyedihkan sebab kena duduk sana dua atau tiga minggu. ohhh emm geee! duduk tiga hari pun dah menggelejat tak ketahuan hala bosan nak mati, ni nak kena duduk lama lama. mampuih keraih masing masing kat Kuala Gula.


Kelebihan Samsung Buzz YES



Assalamualaikum..

lepas dah beberapa hari guna handphone free Rebat 1 Malaysia ni, aku rasa handphone ni not bad la. ada kelebihan dan ada juga kelemahan dia. kelemahan dia macam yang korang nampak, screen dia kecik je dan tak ada touch touch screen bagai. balik semula ke zaman three three ten dulu main tekan tekan. 

handphone ni juga tak ada sim kad. nombor memang dah disetkan dekat fon ni so tak boleh la nak tukar setiap bulan pakai nombor lain. memang anda akan setia pada yes sehingga hujung nyawa fon ni.



kelebihan pula yang utama semestinya internet dia laju giler. kalau nak dibandingkan UKM Jaring masa student ramai, memang ada beza. lebih laju dan pantas. kalau tengok youtube memang tak ada buffer. patut la tagline dia Fastest 4G Mobile Internet.

selain guna handphone tu sendiri untuk layari internet, boleh juga kalau nak gunakan handphone tu sebagai modem untuk buka internet dekat laptop korang. cara dia senang je. tukar setting phone macam dekat bawah ni.
'tekan Menu -> Setting -> Phone setting -> PC Connections -> WiMAX Modem'
pastu terus sambung usb dari phone ke laptop anda. tengok dekat signal wifi laptop tu akan bertukar jadi simbol komputer. hah, jadi la tu. terus boleh online dah. senang. tak payah dah nak guna modem lain untuk laptop anda.

selain tu handphone ni juga boleh digunakan sebagai senjata diwaktu kecemasan. caranya bila kena kejar anjing atau saja nak cari pasal dengan anjing atau binatang binatang yang sewaktu dengannya, baling je handphone ni dekat binatang tu. 

kalau tak pengsan pon mesti ting tong akibat berat handphone ni. last aku pegang handphone handphone baling anjing ni masa time sekolah dulu, tak sangka sekarang ada keluar lagi. boleh buat senjata berguna ni. -,-'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...