Followers

all about nickhun



Cuti hari tu masa tgh bosan saja2 la kelebek encek lappy, tiba tiba jumpa pulak cite we got married. Nama cite mcm selalu dengar tapi tak pernah tengok so saja saja la bukak. Tengok part abg nickun n victoria. 




Nichkun ni selalu tengok tapi takde la minat, biasa biasa je tapi bila pas tengok cite tu. Waa, terus jatuh cinta tak sempat pandang pandang dah. Really really sweet both of them!! Jeles gile kat victoria sbb dapat couple dengan Nickhun. 






Lepas tu apa lagi, terus cari kat pakcik google gambar gambar abg nickhun ni and terus buat wallpaper. Hah,baru sejuk mata nak mengadap encek lappy tuk buat assigment. 

















agak-agak ada tak orang melayu muka mcm abg nickhun ni??







Sapa yg kipas-susah-mati Korea mesti rasa aku ni ketinggalan zaman gila kan?! Mihmih.


fieldwork di bukit fraser~

hoohooo....lama dah tak hupdate blog, bersawang2 dah. hidup yg bz dengan fieldwork mnyebabkan diriku xde masa nak menjenguk blog ni.

ok, hari ni nak cerita pasal fieldwork ke fraser hills tuk kos aku hari tu. korang tau ke fraser hills tu kat mane?! kalau korang orang malaysia mesti tau kan. tapi sbelum ni aku tak tau pun fraser hills tu kat mne. nama dia selalu la dengar tp lokasinye haremmm gue nak tau. 


sekali tu kawan aku tanya fraser hills ni dekat mana, aku sebagai orang malaysia yang perasan korea ni dengan bangganya cakap fraser hills ni dekat terengganu. aku kan expert pasal tempat2 kat malaysia ni. haha. sekali lecturer aku cakap dekat pahang la. adoii, mana nak sorok muka ni.

korang penah tgk tak cerita i'm not single? ala,yang lisa surihani dengan farid kamil berlakon tu. rumah yang diorang pegi honeymoon tu, hah kat situ la fraser hills. tempat tu ala2 cameron highland la. atas bukit, sejuk, jalan macam ular kena palu. tapi suasananya sangat best!!



kami bertolak dari ukm pukul 9 pagi menaiki 2 bas ukm yang kontot tuk memudahkan naik bukit yg bengkang bengkok dan sangat la membuatkan orang nak muntah. kami sampai pada pukul 2 ptg di pusat penyelidikan fakulti sains dan teknologi, ukm. 

aku pon tak penah tau yang fakulti aku ada pusat penyelidikan kat situ dan tempatnye adalah 100% berbeza dari bayangan aku. aku ingatkan tido dalam hutan yang takde fasiliti langsung, tapi rupa2nya tempat tu siap ada astro lagi. tapi kami still kena tido dalam khemah di bawah bumbung n di dalam bilik sbb takde katil pun kat situ.




malam tu bermula la aktiviti fieldwork kami yang dimulakan dengan kuliah ganti bertemankan bunyi unggas2 di dalam hutan. haha. pagi esoknya kami masuk ke dalam hutan penyelidikan ukm untuk melihat profile tanah. dah nama subjek pun sains tanih. dalam keadaan hujan kami meredah hutan memanjat bukit n petangnya ke kawasan air terjun jeriau. 

pusat penyelidikan ukm ni sebelah air terjun jeriau tu je, sapa yang penah pergi mandi kat situ, msti penah tgk pintu masuk tempat ni. malam tu pulak ada presentation apa yang kami dapat masa masuk hutan tu n pagi esoknya pulak ada kuiz.

kami bertolak balik pukul 10 pagi dan singgah tuk makan+tangkap2 gambar kat kawasan menara fraser hills dan sampai di ukm pukul 5 petang. fieldwork ni sangat best n aku yakin tak ramai orang pernah sampai kat atas bukit fraser tu sebab jalannya yang bengkang bengkok dan jauh. tapi sapa yang pernah pergi tu mesti tau betapa cantiknya bangunan2 kat sana. macam rumah2 dekat oversea. layan gambar pulak ye...








ni tempat korek pasir sungai, air jernih tp syg je xbole mandi.













ok, pasni pengalaman fieldwork kat tasik kenyir pula bakal menyusul~~

adoyai..

arrggghhhh, tensionnye. assigment banyak yang kena buat, mid term exam makin dekat, fieldwork trip pun banyak, duit pun makin pokai. ish!! azab betoi la. tak habis lagi cuti raya + mid term break, dah kena balik u sebab kena pegi fieldwork kat bukit fraser. 

tak hilang pening lagi sebab jalan bukit fraser yang bengkang bengkok, kena pegi tasik kenyir pulak. herk!! jangan tanya nape balik dari tasik kenyir nanti aku de kat hospital...erghh!!!

running man korean variety show~~

hari ni kelas pukul 3 lecturer tak datang. tengah bosan2 menunggu + pening kepala sebab keadaan dalam lecture hall tu dah macam kat pasar. aku bukak laptop n kawan aku suggest aku bukak cite running man yang aku baru copy dari harddisc dia.


1st impression aku bila dengar tajuk cite tu aku rasa mesti tak best. aku ingatkan cite macam spy2 tu. tapi ramai kawan2 aku excited sangat bila cakap pasal running man ni. macam best sangat je, tapi tajuk tak best. haha.


tapi bila dah tengok cite ni memang kelakar. kami dalam kelas tu dah macam tengok wayang je. running man ni adalah variety show korea. dia macam game la, ada group n akan ada pemenang. cite ni ada unsur2 lawak dan exciting. aku tengok pon sampai rasa nak pecah perut gelak.


tapi cite ni ada banyak episod, kalau tengok sehari memang takkan habis. sebab tu aku malas nak tengok cite2 macam ni sebab nanti konfem keje banyak tak siap sebab lagha melayan cite ni sampai habis. aku tengok orang luar suka buat cite2 berbentuk game yang happening macam ni tapi kat malaysia ni jarang ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...