Assalamualaikum..
entry sambungan dari entry Hard Disk 2 Tera RM50.
orang selalu cakap gadjet gadjet buatan China tak elok cepat rosak senang punah ranah. masa aku nak beli gadjet gadjet dekat sana pun aku rasa was was. takut la kita beli jauh jauh, baru turun kapal terbang tak sempat nak tayang dekat sanak saudara mak jemah sebelah rumah dengan tok selapit, dah rosak kan. sayu je hati gantung dekat frame buat kenangan beli jauh jauh.
ekceli barang barang dekat China yang murah murah ni sebenarnya tiruan. dah nama pun produk China, memang tak sah la kalau bukan ciplak kan. tapi barang ciplak diorang ni memang diorang tiru seratus peratus macam asal punya dan ada gred. dah macam telur ayam pulak kan ada Gred A Gred B bagai.
ketahanan barang barang tu ikut gred. macam Gred A memang ketahanan tip top dan harga mahal sikit. Gred B sederhana tahan dan Gred C tak tahan. tapi kalau tengok Gred A, B, C tu memang sama sebijik seratus peratus macam yang original. memang diorang je yang tahu nak bezakan Gred tu.
paling best bila kita dah beli gadjet dekat kedai A pastu pergi kedai B orang tu cakap yang kita punya tu yang tak elok punya. pastu kedai C pulak cakap lain. hah, tu namanya nak mintak kaki yek!
3 comments:
ok jugak gadjet dr china ni.. kalu dr taiwan pun ok.. slalu gak skodeng gadjet2 ni kat forum carigold
kedai A B C semua ckp lain lain, maeketing strategieesss la katakann. hehehh
buatan cina kualiti kureng...
saya dah update
selamat hr raya korban :)
Post a Comment