Assalamualaikum..
esok tepat tak tepat pukul 8 pagi aku dah bertolak ke Kuala Gula untuk collect data tesis bagi bulan pertama untuk Burung Botak Upeh yang baru lepas bulan lepas. hah, berbelit belit aku cakap. kalau tak paham bukak kamus sains. duduk sana lima hari lepas tu terus balik Ipoh bercuti. dapat duduk rumah sekejap pun dah rasa heaven giler padahal esaimen yang kena hantar lepas naik cuti berlonggok longgok tak siap lagi.
dekat Kuala Gula nanti internet memang tak ada. kalau aku buat pelan Digi pun insyaallah tiga hari tiga malam baru siap loading. balik rumah nanti pun duakalilimasepuluh jugak. berukband yang macam siput babi nak mintak penendang tu dah semestinya sedia lemah lembut berkurun abad dulu lagi. kalau la boleh bawak Wifi Jaring UKM ni kemana mana je kan masyukkk. doplohpat jam aku boleh online tanpa sedikit pun menyumpah seranah.
niat di hati yang suci mulus fulus ni nak buat entry autopublish tapi tak adenyer sempat teman nak karang ayat malam malam bute ni dengan kain baju pun tak kemaih lagi. sila baca dengan nada perak pyor. harapan dusta je la semua tu.
insyaallah kalau lepas aku usap usap fon tritriten aku line internet dekat sana terus laju, aku update blog ni buat cuci cuci sawang sikit. tapi bersedia la dengan entry guna fon, memang tak kemas langsung, herot berot dan penuh cacat cela la. tapi tak apa asalkan apa yang aku nak sampaikan korang dapat. kalau line internet tu cari pasal dengan aku, sama sama la kita cuci sawang minggu depan yek.
so, kepada student student sekolah yang dah mula cuti sekolah dan student u yang cuti mid sem, berhati hati lah di jalan raya. ingat la pada orang yang tersayang. *tetiba
3 comments:
collect data tesis ye. xpe... settle fyp merdeka la awk! =) aina sem dpn fyp. rasa takut pun ada.. hehe. wish u all the best.=)
take care ye..buat tesis elok2..
jangan tinggal daku!!
ehh?
Post a Comment