Followers

Aku kat negara Arab ke ni?



Assalamualaikum..


Hari ni atau lebih tepatnya sekarang ni aku ada kat Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM sementara tunggu kelas kul 4. As usual, yang ramai duduk sini semestinya foreigner terutamanya pak pak Arab. Hati dah feeling feling duduk study dekat obesi pulak kan.


ahli mesyuarat tingkap versi pak Arab.


Selalunya foreigner foreigner ni memang 24 jam duk lepak library ni tak kira la masa exam ke tak. Yang melayu kita pula selagi tak ada esaimen yang libatkan buku buku library atau musim exam, memang hai hai bye bye la wahai library. Termasuk la orang yang cakap ni. Haha.


Ekceli bukan malas nak datang sini tapi library ni besar sangat dan tak macam library masa sekolah dulu yang banyak buku cerita.


Al maklum la library UKM ni library yang terbesar kat Asia Tenggara. Mana tak besar kalau library sampai 5 tingkat. Hambek kau. Kalau library ni penuh dengan novel novel cinta dengan komek jepun, hari hari aku bawak sleeping bag tidur sini.


duk lalu lalang depan aku je.


Kat sini kalau nak cari buku semua guna teknologi je. Kalau tak ambik kursus cara guna library ni, memang sekadar impian la nak jumpa buku yang korang nak. Aku yang dah 3 tahun duk sini pun banyak lagi tak tau cara nak cari bahan kat sini.


tangkap gambar curi curi. satgi dia ingat aku syok kat dia pulak parah.



p/s : pak arab ni buat perjumpaan ahli mesyuarat tingkap pulak kat meja aku ni. Ni nak suruh aku berambus guna kaedah sinis la ni.




2 comments:

Dikbee said...

biasa la tu.. skang kat mana2 pun ramai foreigner

kura said...

oh pak arab.. ohhh.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...