Followers

Tahun Baru 2013 Bersama Azam Baru Lagi



Assalamualaikum..


first entry untuk tahun 2013. Alhamdulillah, kita dah melangkah ke tahun baru lagi. dan bersama dengan itu, umur kita pun dah bertambah lagi satu tahun. tahun ni umur aku bakal masuk 22 tahun. wah, dah tua tu. 


kalau dulu dulu, aku selalu rasa orang yang umur 22 tahun tu macam dah dewasa sangat. yela, orang perempuan kan selalunya masuk umur 22 dah menggelejat nak kahwin. umur 23 je dah start dapat anak berderet deret. tapi tu dua tiga tahun yang lepas la, sekarang ni standard kahwin umur 23 dan 24. adakah itu bermaksud tahun depan aku akan kahwin? 


melangkah ke tahun baru ni maka haruslah kita tanamkan azam baru. setiap tahun ada je azam baru tapi bila sampai tengah tengah tahun dah lupa apa azam awal tahun dulu. -,-" tapi tak apa kan, sekurang kurangnya kita ada niat untuk mempelbaiki kekurangan kita tahun sebelum tu. ye dak?


untuk tahun 2013, aku dah senaraikan 8 azam yang bakal dilaksanakan. ada yang wajibulghunnah, ada yang sunat je. means, kalau tak buat tahun 2013 pun tak apa, tahun depan copy paste je azam lama. senang.



Azam aku untuk tahun 2013! Jeng jeng jengggg...


1. First of all, azam wajib untuk masuk tahun baru. Menjadi lebih baik dari tahun lepas, lepas dan lepas. Lebih baik dari segi hubungan dengan Allah, ibubapa, family dan kawan kawan. Dan yang penting sentiasa bahagiakan my parents always always and always.


2. Azam yang sentiasa copy paste dari tahun tahun lepas, nak jadi lebih rajin. Jangan asyik nak buat esaimen dengan study last minit je. Dah final year ni. berubah sikit yek.


3. Azam yang paling utama dan mesti capai, nak grad tahun ni. Ini memang wajib ni. Dah tak sabar sangat nak buang title student.


4. Cepat cepat dapat kerja. Nak dapatkan kerja yang terbaik dan gaji mahal. boleh tak?haha.


5. Nak belajar menjahit. nak jahit baju sendiri dan buat baju lawa lawa. In Shaa Allah satu hari nanti nak buka butik. nanti kalau aku dah buka butik, jangan lupa singgah yek. bawak sedara mara, datuk nenek, jiran sebelah semua. :D


6. Start tahun lepas aku dah tanamkan azam satu tahun nak pergi satu negara. Tahun lepas dah pergi China, tahun ni at least Singapura or Indonesia. Tu kalau guna bajet sendiri la. Kalau UKM nak support lagi, aku mintak pergi jauh sikit. At least Korea kan. Pergi jumpa Kang Gary. ♥ ♥ ♥ hihi


7. Untuk blog, harap harap tahun ni akan lebih aktif untuk update. Nanti anak dah besar boleh dia baca cerita cerita pasal mummy dia yang cute ni. hihi


8. Mula kumpul duit. Hmm, aku kan dah janji nak beli banglo empatbelas tingkat untuk family dulu baru kahwin. Kang lambat lambat jadi andartu pulak kan. oh nooo wayy!


Semoga semoga azam ni terlaksana. dan semoga masuk bulan dua nanti aku still ingat lagi azam aku ni. haha




4 comments:

Dikbi Kamaruddin said...

wah...banyaknyer azam.. cian en azam, tersedak2 org nama azam..hihi

adza irdawati said...

Selamat Tahun Baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Miss Purple said...

hik3x.. a'ah kan.. msti bangga org nama azam ni.. :D

Miss Purple said...

selamat tahun baru too.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...