Followers

Keunikan Kuala Gula



oleh kerana esok aku akan berangkat sekali lagi ke Kuala Gula, maka buat kesekian kalinya aku nak cerita pasal Kuala Gula . siapa yang rasa menyampah tak nak dengar boleh pergi download Running Man episod 128 yang baru keluar.


Kuala Gula? dekat mana tempat ni? apa yang uniknya dengan tempat ni? ada gula gula Daim tak? boleh kena kencing manis tak kalau pergi sini? 


yeah, itu la first impression aku bila dengar nama Kuala Gula ni. secara ringkasnya Kuala Gula ni terletak 50 km dari Bandar Taiping, 20 minit dari Pekan Batu Kurau, 35 minit dari Pekan Parit Buntar. 



kalau nak pergi ke Kuala Gula ni, bersedia la dengan perjalanan yang jauh tanpa pemandangan indah. 1 jam perjalanan dari tol Kemunting ke Kuala Gula dalam keadaan ladang kelapa sawit seluas alam di kiri kanan jalan. kenderaan lain yang ada pun maybe setiap dua kilometer baru selisih satu kereta. kalau habis minyak tengah jalan memang tragis. 

uniknya tempat ni sebab terletak dekat muara sungai menghala ke laut dan dipenuhi dengan Pokok Bakau spesies Avicennia. (berkat belajar Ekologi Pinggir Pantai, dah tahu spesies spesies pokok bakau). 



so, tempat ni menjadi tempat persinggahan burung burung yang berhijrah dari merata tempat. ada dari kutub utara, ada dari kutub selatan. semua datang singgah rehat dekat sini sebelum sambung perjalanan pergi tempat lain. nak tahu kenapa burung burung ni berhijrah, pergi tanya cikgu Geografi masing masing.


tukang observe burung tegar.

kalau nak tengok spesies spesies burung unik yang tak ada dekat negara kita, boleh la datang tempat ni. ramai bird's watching dari negara negara lain datang angkut teropong besar bapak gajah datang sini tengok burung. dan sapa yang ada kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung pon boleh datang sebab tak ada gula pun dekat sini.

hai. saya Nyet. saya tinggal kat sangkar burung PERHILITAN. saya tak tahu cari makan sendiri sebab tu saya duduk sini. ibarat makan bersuap, buang najis main lepas je.  begitu la nasib saya.  


selain itu, muara sungai dekat sini jadi tumpuan kaki kaki pancing untuk memancing. ikan yang spesial semestinya ikan sembilang sebab dekat sini memang famous ikan sembilang. siap breakfast dekat kedai pun sediakan kari ikan sembilang. BREAKFAST ok! sarapan. makan pagi. -,-' loya eden.






kalau dah dekat dengan laut, makanan laut atau seafood bagai upin dan ipin. tak boleh berpisah. kalau ada laut, ada la makan laut. dekat Kuala Gula ni makanan laut yang paling spesial ialah ketam lembut. first time aku dengar nama dan rasa makan ketam lembut, dekat sini. dekat tempat lain tak pernah tau pula ada ke tak.

mak aku yang dah hidup separuh abad pun tak pernah dengar nama ketam lembut. so kira spesial la kan. kalau nak tahu rasa dia macam mana, cari la Restoran Terapung Kuala Gula. dekat sini ada. dekat sini malam malam ada makcik makcik karaoke, sambil makan ketam lembut, sambil tercekik dengar makcik makcik nyanyi.

selain ketam lembut, makanan laut yang lain pun ada. tapi kerang hanya tinggal kulit yang dijadikan jalan tar di depan rumah penduduk kampung. kalau nak cari untuk makan, dah pusing satu kampung pun aku tak jumpa lagi.

kesimpulannya, mari la datang melawat aku yang yang forever alone dekat sana. -,-'



3 comments:

CikLily Putih said...

belum ada kesempatan nak ke sini laGi. maybe one fine day ye...

salamm kenal..

Anonymous said...

haha.. bawa balik rumah ketam lembut.. mengidam nak makan..

titan said...

kenapa namanya kuala gula??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...