Followers

Maraton Shopping di Times Square dan Masjid Jamek



hari khamis minggu lepas, (betapa kudusnya diri kisah minggu lepas, baru sekarang nak cerita) masa mahasiswa mahasiswi seluruh Malaysia sedang mengerah keringat mempulunkan diri menjawab exam, aku sebagai pelajar yang tak ada exam sepanjang minggu telah melaghakan diri maraton shopping di sekitar kawasan KL. tempat yang menjadi pilihan semestinya shopping mall yang disyaki memberikan jualan yang murah dan save bajet.




dua tempat murah bagi student untuk shopping semestinya Berjaya Times Square dan Masjid Jamek. dua dua tempat ni bukan sebelah menyebelah ye. dua dua sangat jauh. gagah juga la tukar monorel dan LRT semata mata shopping punya pasal. penat pun dah tak ingat dah.



kalau baju baju memang BTS la jadi pilihan. harga murah bersama pakej ikut peredaran zaman. sekarang kan trending fashion korea. sangat sangat rambang mata iollz tengok fashion peplum bagai. kalau dekat online shopping sampai RM70/RM80 bagai. dekat sini RM30 pun dah boleh dapat. kualiti pun okei. tinggal nak pilih dan bayar je.


dekat Masjid Jamek pula semestinya tempat shopping tudung dan kain ela bagi wanita. As my friend baru bagitau Muaz Textile yang sangat sangat murah, aku pun terkinja kinja la nak pergi situ. sangat murah dekat sini. fashion tudung bertingkat tingkat yang mak aku suka kalau dekat Ipoh harga RM20 ke atas, dekat Muaz Textile ni RM9.80 je. murah gilerrr. jubah standard pun RM29.90 je. kalau nak raya, tempat ni memang wajib pergi.

destinasi seterusnya, SOGO. kalau dekat sini paling berbaloi pergi time sale. less sampai 70%. kalau tak ada sale, memang pergi cuci mata je. selalunya hujung tahun la diorang nak sedut duit orang yang dapat bonus. 



hasil shopping. memang tujuan utama pun nak shopping, so memang sangat puas hati. sampai bilik je walaupun penat tapi boleh tersenyum sampai telinga sebab puas hati. cukup la jadi stok sampai sem depan. hihi.


3 comments:

fiquecool said...

Assalamualaikum :) Saya dah join :)

Jom follow Segmen nih :)

http://fiqzmilkshake.blogspot.com/2013/01/worniojowo-giveaway-by-wanynaziar.html

shekechik [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅] said...

shekechik pn kaki shopping gk..tp window shopping jer..takde ongkoss hihi

aisya said...

sakan! hehe.. sem dpan lain cite.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...