Followers

New Experience : Kutip Kerang di Kuala Gula


Today i'm a happy kid's. Banyak sangat pengalaman bermakna dapat hari ni.

Petang tadi, kami bertiga, aku, Bashi n Madi dapat ikut orang PERHILITAN pergi menjaring burung. Ini bukan menjaring macam jaring ikan tu. Menjaring burung guna mailes net ( tak tahu eja betul ke tak) yang dipasang pada dua pancang. Bila burung lalu, dia akan terperangkap dekat net tu.

Tujuan diorang nak jaring burung ni sebab nak pasang tag dekat kaki burung tu. Lepas ni kalau burung tu terbang ke tempat lain dan ada orang tangkap, mereka akan tahu burung tu dari mana. Selain tu untuk rekod berapa banyak spesies burung laut dekat sini.

Kami bertolak naik bot pukul 4 petang. Nak sampai tempat tu by boat sekejap je tapi lepas tu kena jalan kaki dalam selut lumpur. Siapa pernah tengok cerita Family Outing Korea tu mesti tahu betapa seksanya berjalan dekat lumpur. Dengan kaki tersekat dalam lumpur, terjatuh, tergolek semua kena. Kalau nak tahu macam mana seksanya, try la. Memang sangat sangat mencabar. At the end, hanya mampu merangkak atas lumpur.

Dan bashi paling kelakar sangat sangat. Dengan kasut but dia besar gedabak dan asyik tersangkut, seluar sampai koyak dan jadi mermaid dalam hutan bakau. Memang perfect trauma dia hari ni. Yang aku sampai nak pecah perut gelak. Haha

Dan sebelum balik, kami singgah kutip kerang. Teruja sangat sangat first time kutip kerang. Senang rupanya. Just kutip je. Tak ada la macam lala, siap kena korek korek tanah bagai. Kerang dekat sini bukan macam dekat econsave kecik cinonet tu. Ni besar gedabak punya kerang. Aku yang peminat susah mati kerang, memang rasa nak pindah duduk situ je.

Experience hari ini memang sangat sangat best. Never ever forgetit. Tapi yang masuk lumpur tu tak nak la. Memang ini first and last.

2 comments:

ishy77 said...

bestnya pengalaman tu..jeles laa sy

Dikbi Kamaruddin said...

seronot nye jd miss purple. macam2 dapat buat... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...