Followers

Melawat ke Guangdong University of Technology, China.



boleh tak kalau nak cerita kisah tahun lepas yang dah basi? boleh kan boleh kan? hihi. tak banyak cerita pun, just gambar je banyak ditempek.


lokasi : Guangdong Universiti Of Technologi. 
shortform dia GDUT bukan GENDUT ye. tu dah lain maknanya.



tujuan pergi melawat sini sebab nak tukar tukar pendapat pasal keusahawanan antara UKM dan GDUT. tapi nampaknya tujuan tak berapa tercapai sebab university ni more kepada bidang enginering bukan interpreneur. last last share pasal u masing masing. 



perbezaan dua budaya. kalau majlis formal di Malaysia, baju mesti formal. tambah tambah kalau majlis dengan orang luar, at least kena pakai baju batik. tapi student GDUT ni relax je pakai t-shirt biasa. siap ada yang pakai seluar pendek lagi. dan yang pakai seluar pendek tu pula ketua student. -,-'





yang pakai baju kelabu tu, jawatan dia macam Timbalan Naib Canselor GDUT. yang perempuan baju hitam tu, translator. sebabnya lecturer lecturer GDUT ni tak paham english, tapi student diorang paham. -,-'  ingatkan dalam tv je guna translator bagai.


dua cenderahati dari UKM kepada GBUT, dan setiap student GDUT yang hadir pun dapat cenderahati juga. dari GDUT kepada UKM, frame tu je la.


selesai berbincang, diorang bawak ronda ronda sekitar GDUT. fakulti dia sangat sangat sangat luas dan cantik. jalan kaki sehari pun tak habis ni. pengangkutan utama dalam u ni ialah basikal. student tak dibenarkan bawak kenderaan. hmm, memang patut la student GDUT ni semua sekeping. -,-'

dewan kuliah. kerusi kayu. kalau kuliah tiga jam, keluar kelas semua sembelit.


ada macam mamat korea la diorang ni kan. hehe

student UKM dan GDUT. bergabung. meletup!



1 comment:

Naora said...

Wahh,,bestnye dapat pergi China~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...