Followers

Cerekarama Anak Sampah


Makan malam dah, mandi malam belum, semua pakat berlonggok menghadap tv nak tunggu Cerekarama Anak Sampah. Dah iklan empatpuluhjuta kali sehari, diri yang rasa tak eksited pun terus jadi eksited nak tengok.

Sambil sambil nak tunggu start tu, layan Jutaria sepam dua dengan Madi, Bashi n Abang Faiq. Start main pukul 8.30, pukul 11.30 baru seorang muflis. Nak tunggu pemenang, kena tunggu 2 pagi gamaknya. Last last semua fade up.

Tapi tengok Aeril Zafril ni, tak tahu watak dia sepatutnya jahat ke baik. Nak kata jahat tak, baik pun tak. Nasib baik Jasmin Hamid cantik. (tiba tiba) Dah tua tapi muka macam umur 20. Aku pun jeles. Haha

2 comments:

Aireyn Ashra ツ said...

nak jugak join sekaki main jutaria , hehe ;)

hana hadi said...

best ceta tu. ceta yang ringan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...