Followers

Hujan Salji Di Bangi


Assalamualaikum..


semalam tido pukul 3 pagi akibat lagha main game sampai tak sedar ayam pun dah berkokok. akibatnya pagi ni tidur tak ingat dunia sampai tak sedar diri. 

tolak idea yang pagi ni pagi ahad, rasa macam best dan sejuk semacam je pagi ni. dengan berselubung selimut hello kitty pink, bangun pergi tingkap tengok tengok hujan berderai derai melimpahi bumi dipagi hari. ayat A. Samad Said sangat. -,-' 


hujan dah berhenti baru keluar selimut nak ambil gambar. -,-'

dan nampak tak proses hibernasi bakal berlaku di situ. tapi mengenangkan lusa dan tulat ada dua paper exam lagi, gagah la jugak pegang nota walaupun akhirnya tuntas nota baca tuan.

kesimpulannya, kalau masuk Snow World Genting lima minit pun keluar keluar dah biru kuku tangan dan kaki, tak payah berangan la nak doakan Malaysia turun salji. hujan pagi pagi pun dah menetap duduk bawah selimut doplohpat jam. bankrup negara kalau hari hari macam ni.


1 comment:

aisya said...

skrg sy tau bilik awak kt mana.. hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...