Followers

Burung Openbills Stork singgah di Malaysia

Menurut surat khabar The Star dua hari lepas, lebih 300 ekor Burung Openbills Stork singgah di Melaka dan Kuala Gula. Burung yang berasal dari Sri Lanka, Myanmar dan Thailand ini tidak pernah direkodkan singgah di Malaysia dan ini kali pertama burung ni singgah di sini.

Kemungkinan terbesar burung ni singgah kat sini mungkin sebab taufan Sonamu. Burung ni sepatutnya singgah di tempat lain tapi terpaksa mendarat di Malaysia. Dan kita masih tidak tahu berapa lama burung ni akan berada di sini.

....

Pagi tadi, aku berpeluang ikut pekerja PERHILITAN pergi tengok Burung Openbills Stork ni dekat Bagan Tiang, Tg Piandang. Oleh sebab aku kaji Burung Milky Stork dan Burung Openbills Stork ni tergolong dalam family Stork, so secara tak langsung aku kena tengok burung ni juga.

Milky Stork dengan Openbills Stork ni dua dua lebih kurang sama. Bezanya Openbills Stork ni dekat tengah muncung dia ada ruang sikit. Sebab tu nama dia Openbills. Sekarang ni yang jadi persoalan, kenapa burung ni hanya singgah dekat kawasan Kuala Gula dan Melaka je. Kenapa burung ni tak singgah kat tempat lain macam Kedah or Perlis?

Kemungkinan besar sebab kawasan ni sawah padi dan banyak Siput Godang yang jadi makanan burung ni. Kiranya kehadiran burung ni bagi benefit kepada petani sebab burung ni makan Siput Godang yang merosakkan padi. So tak payah la petani beli racun dah. Jimat sikit kan?

So esok pagi, kitorang kena tengok behavior burung ni pula. Dari arah mana dia datang, berapa lama dia singgah dan lepas tu dia pergi mana. Dan bersedia la dengan kulit hitam legam lepas ni hasil berjemur dekat tengah sawah tengok burung.  -,-'

3 comments:

hana hadi said...

owh burung yang bergerak secara berkumpulan kan

Dikbi Kamaruddin said...

byknya burung tu...

Nurul Aini said...

Waa...bestnya..tak apa hitam itu manis..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...