Followers

Last Day 2012


Assalamualaikum..




eh, hari ni last day untuk tahun 2012 lah. kepada sesiapa yang baru terjaga dari mimpi or kata mudahnya baru sedar yang hari ni 31/12/12 dan cepat cepat nak update entry pasal hari ni macam aku, sila lempang pipi kuat kuat. -,-'


ramai yang post pasal new year dekat facebook dah twitter. nak pergi solat hajat la, nak pergi dengar ceramah, konsert dan sebagainya. tapi kepada student degree macam aku, lupakan je la niat nak celebrate new year tu. silalah merana bertungkus lumus study untuk jawab exam start 2hb ni. arghhh, stresssssssss!


sila pergi aktiviti aktiviti yang baik je ek. 


untuk tahun 2012, banyak perkara terjadi yang mematangkan aku. (cekk! aku matang la walaupun tak cukup beberapa inci). sedar tak sedar aku dah tinggalkan usia belasan tahun. cewahhh, dah masuk 21 dah pun, tahun depan dah 22 tahun dan makin lama makin tua. -,-"


perkara yang paling happy untuk tahun 2012 semestinya bila dapat melangkah ke oversea buat pertama kali. first time buat pasport, first time naik flight, first time melangkah ke negara orang dan first time pergi Guangzhou, China. yeayy! Alhamdulillah, new wonderful experience! selalunya orang cakap, kalau ada permulaan, lepas tu mesti akan ada ada n ada lagi kan. In Shaa Allah, lepas ni nak pergi negara lain pula. setahun 1 negara boleh tak? hihi. :)


aku rasa 2012 paling banyak perubahan yang aku alami, dari segi keyakinan diri, tanggungjawab, pergaulan dan lain lain. 2012 banyak ajar aku erti hidup sebenar dan preparation untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti. In Shaa Allah.

perkara yang tak happy pun ada, tapi biar la hanya dijadikan kenangan. so, let's just remember good and happy memory only. yang sad sad story tak payah ingat dah. let's be more positive Tasha. maafkan kesalahan orang pada kita dan doakan orang juga memaafkan kesalahan kita. :) (tetiba nak jadi macam Priya dalam cerita Chori Chori Chupke Chupke pulak kan)

last but not least (keluar dah ayat esei diaaa), wishing all Happy New Year 2013. semoga tahun baru ni memberikan kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah untuk semua. :)



# Anugerah Juara Lagu ke-27 6 January 2013. Siapa jadi juara? 
# Kisah dua budak lelaki yang nak jadi doktor dan pelukis. Tengok sini.

3 comments:

Windflower said...

selamat tahun baru :)
semoga tahun 2013 lebih baik daripada tahun sebelumnya :)

Al-Azrul Iqmim said...

salam tahun baru :)
done flw..flw me bck k..
http://mimque.blogspot.com

siti zulaikha said...

assalamualaikum.. selamat tahun baru.. :) done follow awk.. jmput dtg dan follow back yerw.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...