Followers

Kelebihan Samsung Buzz YES



Assalamualaikum..

lepas dah beberapa hari guna handphone free Rebat 1 Malaysia ni, aku rasa handphone ni not bad la. ada kelebihan dan ada juga kelemahan dia. kelemahan dia macam yang korang nampak, screen dia kecik je dan tak ada touch touch screen bagai. balik semula ke zaman three three ten dulu main tekan tekan. 

handphone ni juga tak ada sim kad. nombor memang dah disetkan dekat fon ni so tak boleh la nak tukar setiap bulan pakai nombor lain. memang anda akan setia pada yes sehingga hujung nyawa fon ni.



kelebihan pula yang utama semestinya internet dia laju giler. kalau nak dibandingkan UKM Jaring masa student ramai, memang ada beza. lebih laju dan pantas. kalau tengok youtube memang tak ada buffer. patut la tagline dia Fastest 4G Mobile Internet.

selain guna handphone tu sendiri untuk layari internet, boleh juga kalau nak gunakan handphone tu sebagai modem untuk buka internet dekat laptop korang. cara dia senang je. tukar setting phone macam dekat bawah ni.
'tekan Menu -> Setting -> Phone setting -> PC Connections -> WiMAX Modem'
pastu terus sambung usb dari phone ke laptop anda. tengok dekat signal wifi laptop tu akan bertukar jadi simbol komputer. hah, jadi la tu. terus boleh online dah. senang. tak payah dah nak guna modem lain untuk laptop anda.

selain tu handphone ni juga boleh digunakan sebagai senjata diwaktu kecemasan. caranya bila kena kejar anjing atau saja nak cari pasal dengan anjing atau binatang binatang yang sewaktu dengannya, baling je handphone ni dekat binatang tu. 

kalau tak pengsan pon mesti ting tong akibat berat handphone ni. last aku pegang handphone handphone baling anjing ni masa time sekolah dulu, tak sangka sekarang ada keluar lagi. boleh buat senjata berguna ni. -,-'


7 comments:

NOR AZIAN said...

sape2 blh x tlg ajar cmane nk gunakan hp samsung buzz yes nie utk connect internt kt lptop?

Miss Purple said...

saya ada bgtau dalam entry ni. klau tak faham boleh tanya. :)

Anonymous said...

camne nk masukkan id yes?kena bayar ke?

Hazif Afizz said...

yg yes profil tu mcm mana ek.. cam bbm je...tp xtaw sgt..tlg ajar

qasseh qirana said...

Cmane nk gund if xda sim kad.tlg jelaskan.kurang paham.sya dh bli 1 tp xguna lg.xtau

qasseh qirana said...

Sya dh bli tp xpakai.xtau nk guna.td u kata xperlu pkai simkad.jd tu yg xpham.bley jelaskn.tq

Miss Purple said...

qasseh qirana. kena daftar id di webside yes. then guna macam biasa. dia mmg tak ada simkad sebab no memang dah set ikut hp.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...