Assalamualaikum..
ibarat tak sah tengok wayang kalau tak melantak popcorn dua baldi, macam tu la jugak tak sah tinggal di Bangi kalau tak pergi Bukit Broga. haha, jadahnye peribahasa budak zaman sekarang. so bagi mengikut seruan poster di klinik 1 Malaysia untuk lebihkan bersenam bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal, aku pun berjaya menawan puncak broga yang sekangkang kera tu.
bersama ahli kelab KUSDO, kitorang bertolak subuh subuh shafiiee dan solat subuh dekat sana beralaskan kain batik di atas tanah dalam keadaan gelap. style woh. dah macam pergi kem survival pulak ambil wuduk guna air mineral. masa ni la nak rasa bertapa berharganya air. kalau tak tu, notis jimat air depan mata, tapi pasang pili kuat kuat kan.
but i think, aku dengan broga hills didn't get along together. huh, cukup la pergi sekali je. siyesly tak larat sangat. walaupun aku student environment yang aktiviti masuk hutan dan mendaki bukit dah macam isi dan kuku. tapi bagi aku Bukit Broga ni lagi mencabar.
slop dia tinggi tu. nak naik pun dah ibarat pakai highhill terbalik, depan ke belakang, belakang ke depan. tapi konfius macam mana budak budak empat lima tahun boleh steady je ikut family diorang naik. adakah mak bapak diorang bagi minum Eurycoma Longifolia sebelum naik ke? hah, gugel gugel binatang apa tu.
memang diakui naik atas ni sangat tenang. view pun menarik sangat sangat. fresh oxygen ni. harap harap tak ada orang yang dengki pergi bukak hotel kat atas ni sebab ramai orang datang. -,-'
tapi lagi style bila balik exercise panjat gunung then singgah kedai pekena nasi lemak 2 pinggan. -,-' fine, tubuh badan unggul hanya terdapat di atas poster.
3 comments:
ok..memang klasik ko punya perumpamaan...ha ha harommm :p
haha.. :)
Sy tersangat lah ketinggalan kalau ckp pasal broga ni.. tahun kelima kat UKM tapi sesaat pun tak pernah jejak sini.. takde sape nk bawa.. grrr!!
Post a Comment