Followers

Mesin Jahit Mini ala Stapler


Assalamualaikum.. 


untuk tahun baru 2013, belajar menjahit menjadi salah azam satu perkara yang aku nak buat bagi tahun ni. orang cakap manusia akan berubah ikut peredaran masa. so, harap harap Cikgu Rohani yang selalu sound aku tidur masa tengah menjahit dalam kelas kemahiran hidup tingkatan 3 dulu tak kena strok bila tahu aku nak belajar menjahit.

semalam aku pergi jalan jalan shopping shopping sambil cuci cuci mata dekat Masjid India or Masjid Jamek dengan Sogo. then aku jumpa benda alah ni.



Mesin Jahit ala Stepler.

benda ni macam mesin jahit mini,  kecik je besar saiz stapler. mengenangkan diri yang nak belajar menjahit, mungkin benda ni boleh membantu sikit kot. lagipun harga dia RM10 je. aku pun tak expect much dari benda alah ni mengenangkan mak aku selalu cakap 'beli barang sepuluh hinggit, pastu pakai sepuluh hari'. -,-'


oleh kerana terlalu excited dengan benda alah ni, bangun bangun pagi tadi terus aku try benda ni. yela, benda baru mesti la semangat kan. 



aku try jahit kaki seluar slack, kalau hantar kedai bajet dalam lima hinggit jugak ni. bila start jahit tu macam best pulak. tak rasa macam tengah menjahit pun, rasa macam tengah main stapler stapler seluar. hihi. tapi hasilnya wow!! aku pun terkejut tengok hasil tangan sendiri menjahit kaki seluar tanpa senget benget macam ular kena palu.



dan akhirnya inilah hasil duduk main main picit stapler sambil baring baring atas katil. dua helai seluar berjaya dijahit. satu jeans satu slack. kan dah jimat duit tak payah hantar kedai. kalau hantar kedai pun sure sure kena telan sepuluh hinggit jugak ni. hehe. lepas ni dah boleh bukak tempahan ni. hikhik


7 comments:

Ezad Izzuddin said...

Kena beli nie , heheheheh

Unknown said...

bagus info di blog ni..tq share ya

khalila ishak said...

dulu penah ada benda ni tp x menjadi. maybe sebab jahit kt kain licin, bukan material jenis jeans atau cotton. nnt try la jahit kt kain yg lembut :)

Anonymous said...

nak juga.. t beli untuk ema satu... *adikmu tersayang

QasehnyaRania said...

bagus ni.boleh beli.
boleh ciksu tahu kedai mana ye area situ?
murah pulak tu..harap sudi berkongsi ye :D

K E P E N G said...

salam . dah beli benda ni . tp tak berfungsi pun . tak dpt nk jahit kain . sedih je . rasa menyesal pulak beli . :'(

miss aoi said...

beli kat ne? sy nk bli tp xtau nk bli mne?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...