Followers

Kenangan PMR Dulu dulu


Assalamualaikum.


Hari ni result PMR keluar. Dan hari ni juga ulang tahun kelahiran aku. Wink2:-)  saja nak bagitau dekat sini, kalau ada sapa sapa nak kirim hadiah boleh mintak alamat. Hihi.


Bila tengok ramai yang update pasal PMR dekat fb, teringat kenangan time aku PMR dulu. 2006, 6 tahun yang lepas! Pejam celik pejam celik dah tahun 2012.  Rasa macam baru je semalam ambik result PMR. See, how fast time fly. Kalau ada anak dah masuk tadika dah. Dan semestinya dah dapat adik. Haha.


Kenangan paling aku ingat time ambil result dulu, kena cubit dengan ustazah sebab tak minta MRSM. Alhamdulillah dapat 7A 1 B walaupun tak expect langsung boleh dapat result tu. Orang yang paling tak percaya semestinya cikgu sains. sebabnya aku ni student famous dalam lab sains. Famous sebab selalu kena tegur tidur dalam lab. Haha. Adat la bagi student asrama. Tidur dalam kelas tu adalah perkara paling nikmat dirasakan. Dan paling tak boleh bla sebab pernah dapat 40 markah je dalam ujian. How I hate science subjek. Tapi tak tahu maca mana masa PMR sebenar boleh dapat A. Dan sampai sekarang dah masuk u pun still ada dalam bidang sains. -,-'

As my younger sis dah habis SPM. Dah tak ada family yang ambil PMR dah. Tunggu adik ambil result SPM je. So, nak tanya adik adik blogger je la, berapa result anda? Hihi. Dan nasihat buat adik adik yang bakal masuk form 4 or honeymon year ni. Jangan asyik enjoy je. Nanti dah form 5 jenuh nak kejar balik. hihi. Macam ada pengalaman je... -,-' Renung renungkan!


3 comments:

Paly said...

paly pun dulu tak percaye jgak..tmbh2 subjek sejarah ngan geo :)

ishy77 said...

happy bday lor Miss purple :))Semoga sihat slalu hendaknya.. :))

pecal taruh tempe said...

Ni mesti ustazah nazihah kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...