Followers

Keajaiban..


Assalamualaikum..


siapa ada bela kucing?? mesti ramai kan?  aku ada bela 3 ekor kucing, 2 jantan , bani n putih dan 1 betina, aku panggil nyotnyet, mak aku panggil comel. actually putih tu tak diiktiraf pun sebab mak aku tak suka.. dia suka masuk rumah pastu kencing merata-rata.. last last kena halau dan duduk merempat rumah orang.. tapi bila lapar tau pulak balik..!


si putih yang dah tua...

kucing kesayangan aku semestinya Bani yang taf..  Bani ni my love yang bagi n aku jaga dia since kecik lagi.. sayang giler dekat dia ni.. dah la comel dan manja.. tapi Bani ni memang kucing bandar macam tuan lama dia.. nak makan ikan fresh je.. dan demand sikit sebab friskies dia tak suka.. tapi adat la kucing jantan, bila dah besar tak lekat dekat rumah dah.. kadang-kadang seminggu sekali je balik sebab pergi mengorat jauh-jauh.. jantan hot la katakan..@____@


bani masa kecik..bila dah besar taf giler...


16hb yang lalu, si janda hot a.k.a nyotnyet baru lahirkan 2 ekor anak.. anak dia warna putih bertompok hitam dan hitam bertompoh putih.. 2 ekor SAHAJA ye.. aku pun pelik jugak sikitnye dia beranak.. awal tahun hari tu dia beranak 4 ekor tapi semua umur tak panjang.. yang paling lama bertahan tu pun mati masa dia tengah nak lahirkan baby yang 2 ekor ni.. mak aku cakap dia kena sawan b*bi sebab dia asyik sodok tanah.. tragis kan??


nak dijadikan cerita, semalam 19hb lepas aku makan tengahari aku pergi tengok tempat anak-anak dia yang baru lahir tu.. mak aku letak kat dalam kotak.. aku buka je penutup kotak tu....jeng... jeng.... jeng.... anak dia yang 2 ekor tu dah bertambah jadi 3 ekor... selepas 3 hari... magic tak?? bek cakap megic kalau tak nak kena gigit!!  anak dia yang 2 ekor tu kan warna putih bertompok hitam dan hitam bertompoh putih.. baby yang baru ni warna kelabu.. mak aku cakap ni anak bani sebab warna sama bani.. yes! akhirnya bani ada zuriat!


tapi aku pelik kalau anak bani kenapa yang lagi 2 ekor tu tak sama.. my mom cakap yang lagi 2 ekor tu anak putih.. eh, takkan sekali beranak lain-lain bapak,..aku dah buat muka pelik tahap gaban dah... my mom cakap kucing memang macam tu.. walaupun kembar tapi dari sperm bapa lain-lain.. mmm,  sangat pelik disitu.. korang pikir la sendiri!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...