Followers

Sambung Belajar atau Kerja ?



Assalamualaikum..


sekarang ni kecelaruan fikiran sedang melanda diri . perkara ini pasti akan jadi dekat final year student macam aku . tak tahu nak buat pilihan sama ada nak sambung belajar lagi atau melangkah ke alam pekerjaan . yela , pejam celik pejam celik , masa dah makin cepat berlalu . sekarang dah masuk bulan 12 . InsyaAllah tinggal lagi 6 bulan untuk habis degree. lepas ini tak tahu lagi apa jalan hidup yang Allah dah tentukan.



sekarang ni , lecturer yang masuk kelas ramai yang tanya siapa yang nak sambung ambil master lepas ni . aku ? entah la . aku kan nak kahwin awal . haha . kalau mak aku baca ni , naya je. kalau sambung master kena tambah lagi dua tahun . lepas sambung master mesti la nak sambung pHD pulak . bagi aku kalau alang alang dah sambung master baik terus sambung pHD . terus dapat title Dr. walaupun tak kerja dekat hospital . hah , ni pun dah ambil masa at least 5 tahun nak habiskan . dan lepas tu baru kerja . lamanyaaaa........

dan aku pulak dah janji dengan diri sendiri , sebelum kahwin nak beli rumah banglo tujuhplohpat tingkat untuk family . selagi tak mampu beli rumah , tak boleh la kahwin .

so , kalau aku sambung master dan pHD dah ambil masa 5 tahun , nak cari kerja dan kumpul duit beli rumah dah ambil masa berapa tahun . at least 3 tahun . semua total dah 8 tahun . sekarang ni umur aku nak masuk 21 tahun lagi 18 hari , tambah 8 tahun maknanya 29 tahun baru boleh kahwin. ohh emm geee!! lamanyaaa....

kalau kahwin umur 29 tahun , umur 30 baru dapat anak . same like my mom . mak aku dah umur 50 tahun , kakak aku baru masuk 20 tahun . oh noooo !! bila nak dapat cucu ? haha , jauhnya aku pikir.


hari tu nampak status ni dekat wall facebook senior.

"Dua hari menumpang kereta pensyarah, 2hari itu juga beliau bercerita tentang kerjaya dan masa depan. katanya, kerjalah dulu, cari keje sampai dapat, ambil peluang mana2 tawaran kerja yang ada. Sambung belajar tu bila2 masa boleh buat, yang penting dapatkan kerja tetap dan mula kumpul harta. Kalau kamu ada PhD pun bukan jaminan untuk mudah dapat kerja. sekarang umur kamu muda lagi, cari aset dan stabilkan kedudukan kewangan. Bantu orang tua selagi mereka masih ada! hanya senyuman sepi yg mampu ak pamerkan. jauh di sudut hati menafsir ada benarnya kenyataan beliau. "

betul apa yang lecturer dia cakap . masa ni la nak bahagiakan parents . semakin lama , usia parents kita makin bertambah . bukan la minta apa apa terjadi tapi ajal maut di tangan Tuhan . kalau apa apa terjadi , menyesal kemudian dah tak guna.

tapi.......... 

emm , macam takut pula nak melangkah ke alam kerja . kerja part time dekat kilang dulu pun dah rasa azab giler . ni pulak nak kerja tetap . dan sekarang ni pulak banyak masalah graduan menganggur . takut la pula kalau tak dapat kerja lepas habis belajar . haishhh!! buntu pale nak memikiorkannye....




6 comments:

deno said...

fikirlah mana yang terbaik....:)

Bluewendy said...

keje yg penting..huhu..klu nak berlajar jek, bila nya nak kumpul harta..skang org dah tgk qualification, pengalaman yg pntng..=)

Nurina Izzati said...

yang penting, buat keputusan yg tepat

Che Rosliza Che mat said...

datang singgah dan follow...

ideablast said...

experience kerja akan byk membantu masa buat masters/PHD... boleh relate dan appreciate apa yg diajar.

tapi kalau positif nak cari duit tanpa kerja tapi terus sambung belajar, InSyaAllah ini boleh membantu. Baca kisah usahawan part-time jana 4-5angka sebulan sambil makan gaji kat sini http://bit.ly/kerja-sambilan-makan-gaji

felice said...

tak peerlu buntu.. kerja dengan ilmu itu dia dtg serentak jer... http://mari.tengok.tv/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...