Followers

Maksud Disebalik Warna Bunga



Assalamualaikum..


bunga adalah sebahagian daripada keindahan alam yang mampu memberikan perasaan gembira , tenang dan nyaman selain sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang . okei , ayat buku teks sungguh intro aku .  semenjak aku belajar subjek Etnobotani dan Ekonomi Sekitaran dan pergi fieldwork dekat Taman Herba Perak hari tu memang asyik nak buat entry pasal tumbuhan je . adakah aku bakal menjadi pakar tumbuh tumbuhan macam Prof Jumaat Adam ? kita nantikan.......




hari ni aku nak share sikit pasal makna disebalik warna bunga . korang tahu tak bunga bunga yang warna warni cantik menarik tertarik tu sebenarnya ada makna disebaliknya. mesti korang tahu kan sebab dalam cerita mohabbatein ada cakap kuning maksudnya persahabatan. okei , hari ni aku nak share paal lambang disebalik warna bunga tu.


Merah

dalam drama Nora Elena , Aaron Aziz bagi Siti Saleha bunga mawar warna merah kan . bunga warna merah ni melambangkan asmara , kemasyuran , daya atau hasrat yang kuat dan nafsu amarah . romantik kan Aeron Aziz , eh tak , pengarah dia la romantik sebab Aeron tu pelakon je.





Putih

putih memang sinonim dengan kesucian. so , semestinya bunga warna putih melambangkan kesucian , kepercayaan , kejujuran . tapi bunga warna putih jugak melambangkan berkabung. 




Kuning

yang ni aku pun konfius sebab dalam cerita mohabbatein tu kuning untuk persahabatan kan , tapi menurut nota aku , ceh , kan dah kantoi kopi dari nota. kuning melambangkan kebencian , dukacita dan kesedihan . 



Hitam

ada ke bunga warna hitam ? ada la . bunga tayar. haha. bunga warna hitam melambangkan dukacita , kesungguhan hati dan kesedihan.




Biru

bunga warna biru pulak melambangkan kesetiaan dan perenungan yang dalam . cantik jugak bunga warna biru kan . bole buat tema kahwin ni.




Emas

bunga warna emas melambangkan kemegahan dan kekuasaan. kalau nak lagi megah , cuba buat bunga guna emas then bagi dekat bakal mak mertua korang , confirm lulus.
ada sape sape nak sponsor ?


p/s : semua gambar disponsor oleh pak cik google.




3 comments:

aisya said...

bunga warna pelangi ada tak? hehe

kura said...

bunga hitam!

Bluewendy said...

suka bunga warna biru...!! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...