Followers

21 Tahun Dah Saya!


Assalamualaikum..



Semalam bersempena 19/12/2012 genap lah umur aku 21 tahun. yeayy! HAPPY BIRTHDAY TO ME! (pumpangdashdushgedabom bunyi bunga api stadium merdeka) wah, dah 21 tahun la! dah boleh kahwin ni. haha. :)  Alhamdulillah, syukur sangat sangat masih dapat menghirup udara segar di usia 21 tahun. tapi rasa macam muda belia baru lepas ambil result PMR semalam je.


semakin hari usia makin bertambah, badan pulak makin membulat, tinggi makin memendek. seluar makin lama makin labuh dan tali pinggang dah boleh simpan dalam laci almari. motif? kalau zaman opah aku umur 21 tahun dah ada 4 orang anak dah ni. aku pula dah ada 7.  5 anak kucing, 2 anak rabbit! cukup la tu kan. tak baik tamak.


birthday tahun ni rasa macam hari hari biasa je. birthday di kala minggu ke-14 pengajian bagi sem 5, minggu terakhir kelas sebelum study week dan minggu semua esaimen kena hantar. memang hari spesial pun jadi tak spesial. tak rasa apa apa langsung. just nak masa cepat berlalu, tak sabar nak habis exam pastu dapat berjimba jimba tak ingat tesis tak siap dengan tempat latihan industri tak cari lagi. *pengsan


birthday kali ni, selain menyemakkan diri dengan edit, print, edit, print, edit lagi, print lagi esaimen empatpuluhsembilan kali, masa dihabiskan dengan reply mesej mesej wish dekat facebook dan pergi makan bbq anjuran kelab KUSDO. kelab lagi ke? haha. thanx to facebook sebab remind birthday birthday orang, kalau tak rasanya berapa kerat je yang ingat birthday kawan kawan kan? expecially orang yang tengah menaip ni. -,-'



thanx  kepada Sufi a.k.a Yuyu Zulaikha saya sebab bagi gambar ni. walaupun tengah busy dengan esaimen dan jurnal bagai tapi sempat juga dia edit edit buat pic ni khas untuk saya. terharu!  terharu! (sambil kesat kesat air mata)


p/s : mesej dari ayah "Hepy Buyday 2 U..moga panjang umur n cepat dapat jodoh..hehe..suke le 2"


1 comment:

Dikbi Kamaruddin said...

selamat hari lahir..... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...