Followers

Menyesatkan diri di Putrajaya dan Austin Steak House



Assalamualaikum..



kalau plan apa apa dengan kawan kawan, selalunya benda yang di rancang last minit itu yang akan menjadi. kalau rancang awal awal mesti bila dah last minit banyak masalah timbul dan akhirnya cancel semua plan then duduk la bilik sorang sorang melopong tunggu Running Man episod baru keluar. 


macam semalam, last minit planning untuk ke Austin Steak, Bangi akhirnya berjaya dan sangat sangat seronok. khamis petang buat rancangan main main dekat dalam kelas sementara tunggu lecturer masuk, jumaat pagi tengok tengok semua serius nak sewa kereta keluar dan pukul 3.00 petang, selamat la kami berenam orang berhimpit dalam kereta kancil sewa untuk ke Putrajaya. 


kereta sewa RM5 sejam. kitorang ambil separuh hari then berhimpit enam orang. -,-'


destinasi pertama kami ke Jabatan Pendaftaran Negara sebab Mun nak ambil IC. faham faham la jalan dekat putrajaya ni, kalau tak sesat memang tak sah. aku yang dah berapa kali drive pergi sini pun still lost lagi. elok pula tengah sesat nak cari JPN tu, boleh pula meter minyak bagi warning. pasrah je la kalau tiba tiba minyak habis tengah jalan kan.


lepas keluar dari JPN, elok pula nampak Pasar Tani dekat tepi jalan. perut masing masing memang dah kelaparan dari pagi tak makan sebab nak save perut untuk makan steak dekat Austin Steak. nampak pasar tani memang semua dah terbayang bebola cucuk cucuk dengan keropok lekor. tapi perkara yang lebih utama kena utamakan. bagi makan dekat tangki kereta dulu. dan bermula la jurney pusing pusing cari stesen minyak. 


lepas dah jumpa stesen minyak dekat Presint 8, pusing balik Presint 2 untuk ke Pasar Tani. memang nice main pusing pusing. buat habis minyak je kan! -,-' habis beli apa yang perlu kat Pasar Tani tu, semua pakat nak photoshoot kat Taman Botani. bajet semua nak ambil gambar dekat tempat yang cantik macam dalam photoshoot wedding tu. kan banyak wedding photoshoot buat dekat taman dekat putrajaya. last last photoshoot duduk bersila atas rumput depan tasik je.

pic atas with all of us. can u imagine enam orang ni naik kereta kancil. berhimpit sakan la.


i love those flower yang menyerikan gambar itu. :)


habis berphotoshoot, rushing pergi Masjid Putra tuk solat. sampai sampai as usual, kami kena pakai jubah konvo Jadoo. kaler pink gitue. Aku, Ina, Shila dengan Mun je dapat jubah ni. so, kitorang je la yang boleh konvo dulu. Syira ngan Phya kena try lagi next time. hihi

Jadoo's Geng

dua orang yang terlepas.

lepas Maghrib baru kami keluar dari Putrajaya untuk ke Austin Steak. but sekali lagi tension nak mencari jalan balik. kami datang ikut jalan shortcut dari Bangi ke Putrajaya ikut kawasan kilang. tapi nak balik tak jumpa simpang masuk ke jalan tu. berapa kali pusing ikut jalan yang sama sampai dah hafal semua laluan. pukul 9 baru jumpa jalan Bangi and again, sesat di Bangi nak cari Austin Steak House ni. last last singgah Econsave pergi shopping dulu then baru cari Austin Steak House balik. 



finally, jumpa jugak Austin Steak House ni. ekceli Austin Steak House dekat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ni ialah restoran makanan ala ala english macam steak and chicken chop. orang suka tempat ni sebab harga dia murah. just around RM10 macam tu je. dan sangat berbaloi.


terngiur tak terngiur tak?



this's mine! Chicken Golden Blue dan Jus Nenas. air nenas ni gelas dia besar dan sangat sangat sedap. kalau pergi makan dekat sini aku sarankan korang ambil air ni. harga dia RM3 je. Chicken Golden Blue ni pun sedap, dekat dalam dia ada chees. 



see, kalau kita potong, cheese dia keluar. sangat sangat sangat sedap. harga dia RM10.90 je. memang berbaloi. 


bajet nak balik sebelum pukul 11 malam. last last pukul 12.30 baru sampai bilik. memang release tension habis habisan. hari ni baru nak mengadap balik semua esaimen yang kena hantar minggu depan. sigh! -,-'


p/s : promosi Hotlink sempena Chrismas.

1 comment:

Dikbee said...

amboi...sedapnya makan. tp murah la harganya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...