Followers

Break sebentar rehatkan minda..


Assalamualaikum..


Yeayy!! Heaven gile rasa sebab nak balik rumah. Walaupun still ada dekat KL Sentral menunggu tren ETS pukul 10 malam. Tak sabar nak sampai rumah. Rasa macam nak lepaskan tension sangat sangat sambil merenung wajah parents tersayang. Hihi. :)




Rasa bersalah jugak nak balik bila memikirkan esaimen yang datang berduyun duyun macam nak cari gaduh, ditambah lagi status akaun Bank Islam di hujung hujung sem ni. Tapi sebab dah janji dengan Mr. Oren, nak pergi kenduri kakak dia kahwin, 'terpaksa' la balik. Hihi. Padahal dalam hati memang terkinja kinja nak balik.




Sementara tunggu tren yang tak nampak batang hidung lagi, wajibulghunnah la mencekik darah kat KFC dulu. Cadang tadi nak makan ayam McD, ajak adik pergi McD dia macam pikir panjang je. Oh, lupa! Boikot kan. Haha. Terus melencong ke KFC yang berdekatan. Bak kata UAI, kalau orang tu sembelih saudara korang, pastu dia jual dekat korang, korang nak makan ke? Haha. Renung renungkan dan selamat beramal.


2 comments:

Dikbi Kamaruddin said...

balik kpg ker??? best tu

inche hlovate said...

adoii perut lapar..tak mkn lagi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...