Followers

Lost World Of Tambun



Assalamualaikum..


minggu ni ialah minggu cuti belajar, minggu study week dan juga minggu terakhir 2012. so, bersempena cuti sekolah yang hanya tinggal penghujung ni, semua family sebelah ayah dari Kedah datang berkumpul di Ipoh. makanya minggu study week yang sepatutnya dihabiskan dengan menghadap buku dan nota nota kuliah haruslah ditukar kepada minggu berjimba jimba dan bersuka ria tak ingat dunia. 


oleh sebab adik beradik ayah hanya lima orang dan semua sporting habis, kami memang selalu berkumpul sama sama dan plan aktiviti bersama. bila berkumpul mesti ada je agenda yang kitorang buat, BBQ, karaoke, camping di Pord Dickson dan aktiviti favourite semestinya memancing. tapi kali ni semua berkumpul di Ipoh sebab nak pergi Lost World Of Tambun. walaupun family Pak Njang tak dapat datang sebab adik ipar dia kahwin di Pahang, tapi still meriah. 


satu satunya gambar yang ada dalam henset cikai aku. yang lain dalam fon mahal angah! -,-'


so hari Isnin yang lepas, berjayalah kami berjimba-jimba di Lost World Of Tambun yang hanya sekangkang kera dari rumahku iteu. oleh sebab tempatnya hanya sekangkang kera bin monyet dari rumah aku so nak pergi pun tak ada la rasa eksited sangat. (riak bin takbur betul) h0h0. sejak buka masa aku form 5 dulu tahun 2008, baru dua kali aku merasa pergi sana atas ihsan orang belanja. dari hanya kolam biasa, sekarang dah ada kolam air panas dengan spa bagai, dari tiket masuk harga RM24 sampai la sekarang harga RM45 seorang. hambek kau. dah kaya raya siap boleh buka hotel dah diorang kita kayakan.


oleh sebab kami pergi hari isnin dan esoknya Chrismas, ingatkan orang tak ramai sangat. but it's totally wrong. orang ramai bersepah tak ingat. tambah pula ada boboiboy pula datang. nak cari parking pon dah susah, nak beli tiket pon dah ambil masa setengah jam. 


dan macam Pak Lang aku cakap. 

'pergi Lost World time cuti sekolah macam mandi dekat air kencing orang'.euwwww. *muntah hijau


but it's still worth as semua orang happy dan enjoy. orang orang tua enjoy dengan kolam air panas, budak belia muda remaja enjoy dengan gelongsor yang menghilangkan anak tekak. dan kanak kanak bawah umur enjoy dengan kolam tepi pantai tiruan. all happy! termasuk la budak kecik umur 21 tahun ni. dah macam budak budak dah main gelongsor tak ingat dunia. balik balik baru nak mengadu sakit bon*ot dan hilang anak tekak akibat menjerit tak ingat dunia. time main tak ingat sakit. -,-'




Anugerah Juara Lagu ke-27 6 January 2013. Siapa jadi juara? 
# Kisah dua budak lelaki yang nak jadi doktor dan pelukis. Tengok sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...