Assalamualaikum..
Ajal maut ditangan Tuhan . kita tak tahu ketentuan yang telah Allah tentukan . mana tahu baru sejam lepas kita bersembang dengan kawan kita , tup tup dia dah pergi mengadap ilahi. tambah tambah sekarang ni banyak kes kemalangan dan jenayah . nyawa manusia tu macam tak ada nilai dah.
......
berbalik kepada cerita asal , ni aku nak share 6 cara untuk dapatkan pahala selepas mati . mari la kita sama sama amalkan.
1) Sedekah Al - Quran di masjid atau surau
cara ini memang ramai yang dah buat . bagi sedekah Al - Quran dekat masjid atau surau . setiap kali orang baca Al - Quran yang kita sedekahkan tu , kita akan dapat pahala . selagi ada orang guna dan baca Al - Quran tu , selagi tu kita dapat pahal walaupun kita dah tak ada dekat dunia ni.
2) Pasang kipas di surau atau masjid
macam sedekah Al - Quran juga , selagi orang guna kipas yang kita bagi tu , selagi tu kita dapat pahala.
3) Derma kerusi roda di hospital.
Derma kerusi roda dekat hospital . setiap kali orang guna , kita akan dapat pahala.
4) Beri makanan kepada orang lain
Kalau kita bagi atau share makanan dengan orang lain , makanan itu akan menjadi darah daging orang tu. dan selagi makanan tu jadi darah daging orang lain, kita pun akan dapat pahala
5) Beri baju kepada orang
Ini pun sama dengan derma kerusi roda , kipas dan Al - Quran . tapi derma la baju yang menutup aurat . kalau korang derma baju yang terbelah sana , terbelah sini , selagi orang pakai baju tu , korang akan dapat dosa je.
6) Menyampaikan ilmu yang bermanfaat
Benda ni paling senang nak buat tanpa keluarkan modal . terutama kepada blogger blogger , share la sesuatu yang bermanfaat kepada orang yang baca blog korang . rasanya tak payah la share yang pakwe korang merajuk ke , romantik ke . kadang kadang orang lagi menyampah nak baca. kalau korang share ilmu yang bermanfaat , selagi orang lain amalkan , selagi tu korang dapat pahala. sebab tu cikgu tu pekerjaan yang mulia. sebab kerja diorang untuk share ilmu.
....
see, senang kan nak dapat pahala sebenarnya. nak praktiskan je susah . jom kita sama sama kejar pahala dari sekarang . kita tak tahu ketentuan Allah pada esok hari. so , mari kita renung renungkan dan selamat beramallllll (guna ton suara Prof. Izzi Haji Ali) :)
8 comments:
a veryyyyyyyyyy good entry.. ya buat blogger yg paling senang adalah yg part last tu.. share perkara2 yg berilmu macam entry ini sangat sangat bagus ;)
menyampaikan ilmu itu paling mudah, tp orang sekeliling tak perasan pun kan.
terima kasih untuk ilmu tu.. :)
THANKS FOR SHARING... SAMA 2KITA MELAKUKAN KEBAIKAN TAK KIRA DI MANA PUN...
beli tanah & wakafkn kpd pihak masjid... ank2 yatim...
terima kasih kerana berkongsi...
http://mari.tengok.tv/
InsyaAllah...bagus perkongsian ni...
Buat baik dibalas baik...lnsyaAllah...
Post a Comment