Followers

Dah tahap kritikal ni!



Assalamualaikum...



minggu ni rasa macam hidup sangat-sangat tak productive.  bukan productive bagi pompuan-pompuan dah kahwin nak produce anak tu.  aku still budak matured yang tak cukup ketinggian,  belum sampai seru untuk berkahwin.  ni productive dalam menjalankan kerja la.



sem ni kan kelas aku semua petang kecuali lab rabu pagi yang merupakan benda yang paling aku tak suka, menyampah, dan segala men men yang lain.  bila aku dah buat azam baru iaitu bangun awal dan tak nak tidur lepas subuh dah,  hari-hari yang berlalu terasa sangat lambat.  

ni memang dah bosan tahap kronik.


dah bukak tutup refresh loading muka buku, si pencicit a.k.a twitter dan blog sembilanplohtujuhratus kali tapi jam belum pukul 12 lagi.  kelas pulak pukul 4 petang sampai pukul 5 je! ahhh.  rasa macam nak balik Ipoh kejap, pagi esok naik ETS balik UKM ulang alik setiap hari.  



sekurang-kurangnya dekat rumah ada chef yang bertauliah dan boleh habiskan masa dengan melantak tak ingat dunia.  ni duduk bilik yang sekangkang kera dengan bertemankan katil empuk, longgokan buku dan En. Acer Pink je,  apa yang nak buat.  bukan boleh goreng buku-buku ni cicah sambal belacan pun. dapur pun tak ada.  aigoooo,  sangat-sangat bosan dan rasa macam kera sumbang. 



p/s ;- tengah taip-taip entry ni tiba-tiba hujan,  terlupa pulak ada baju dekat ampaian. nak pergi angkat pun tak sempat, memang dah konfem basah lenjun.  haihh!  memang saje je nak bagi aku kerja lebih kan.




7 comments:

kura said...

sy rasa sy tak pernah bosan main2 kouser kat blog ni. haha...

Dayang Deno said...

bosan? deno pun bosan duk hosp ni... lambat lagi balik... huhu

Sayidah Nafisah Ruslan said...

saya yang duduk rumah tak wat pape ni bosan aje.. nak pergi keje malas..

cuti sem sebulan aje.. huhu

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

hahahaha.. betul tu. kadang2 duduk melepak dlm bilik je mmg bosan gila. yg ada cuma lappy. haih... hehehe ^^ seronok nya lah kalau rumah sebelah U. =P

Dikbee said...

jgn bosan, enjoy dunia student coz bila dah keja lg bosan...ofis dah jadi umah no 1, umah plak dah jd no 2. mana taknya, pegi keja matahari lum muncul, balik plak matahari dah tenggelam..bila nak nampak matahari? tu belum plus kena marah ngan bos..huhu. #seb baik umah saya & opis cuma 5 minit ajer..hihi

misz uzmy said...

Teringat zaman study..fuhh bosan gile bila kne duk bilik je..jwpnnye tido je laa..

Unknown said...

hehehe baju dah basah ade kerja hilanglah bosan heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...